Friday, November 28, 2008

native deen...small deeds

MySpace

Native Deen
Small Deeds
Ever been on a drive? Inside in your ride

MySpace

And your looking through the glass, see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking


MySpace

Or this cat's (guy) gotta flat, and the spare's all whack
No jack in the back, and no clue where he's at
There ain't no real rush, but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright, and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask "you ok"?

MySpace

That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook

Chorus: I just can't believeMySpace
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass, as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile, and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother, under the weather
Obeying yo your lovely mother, it's for the better
Stay and help your baby brother, put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her, tell her you miss her MySpace
At night do quiet dikhr (mentioning God), and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker, to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams, cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!


~a good song to share~

Sunday, November 23, 2008

alfatihah

buat akh suhaimi...
buat ukht hajar...
buat akh hafiz...

buat datuk ana tersayang...muhammad bin seman...meninggalkan dunia fana ini,menyambut panggilan ILAHI pada 21 November 2008,JUMAAT..

ya,,ianya memang memedihkan,,menyedihkan..insan istimewa yang selalu menasihati, memberi teguran buat ana telah tiada,,tetapi hakikatnya setiap insan pasti kembali...
siitu ala barakatillah...


sediakah kita???MySpaceMATI ITU PASTI, HIDUP INSYA ALLAH

pulang ke klate !!!

MySpace

assalamu'alaikum warahmatullah...kaifa haalukum..???
cuti senmester bermula...ana am peluang ni untuk pergi ke kota bharu bandaraya Islam...sememangnya aktiviti wajib klo blik ke kampung..sekolah ana juga terletak di bandar ini...kota bharu semakin maju...tetapi yang menyejukkan hati ana..bacaan al-quran yang bergema di bandar ini...
tidak lupa...kedai buku jaafar rawas...kedai kegemaran untuk mencari bahan-bahan ilmiyyah...
kedai buku muda osman yang selalu ana kunjungi untuk melihat novel-novel terbaru karya Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Ramli Awang Murshid..

semasa di jaafar rawas tadi, ana bertemu dengan adik junior ana, ukht sarah dan ukht norida,, juga senior ana..ukht ida..

sememangnya bandar ini bandar pertemuan ana bersama sahabat-sahabat...
MySpace

klo antum berkesempatan, ada ruang and peluang jemput datang ke Kota Bharu ya !!!
MySpace

tazkirah bersama ustaz suazhar.abdullah

alhamdulillah..berkesempatan jugak untuk menjenguk blog pada hari ini..semalam ana mendengar tazkirah maghrib daripada Ustaz SuAzhar bin Abdullah..bekas muallim ana di Maahad Muhammadi Lilbanat..sekarang bekerja di Pusat Bahasa Arab..Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nilam Puri..ustaz yang memang terkenal dengan kafaqihan dalam bidang bahasa arab..
MySpace

apa yang diutarakan oleh ustaz adalah mengenai syabab (pemuda) dan peranan mereka..
MySpace

waktu muda merupakan masa paling berharga,syabab bakal menjadi pimpinan masa hadapan bagi menggantikan pemimpin yang sedia ada dan bakal mencorakkan sesebuah negara.bukan itu sahaja, golongan syabablah yang banyak mendokong gerakan-gerakan Islam..Kisah Sirah Nabawiyyah..kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama Sahabat baginda Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, ketika itu Abu Bakar al-Siddiq masih muda, kisah ashaabul kahfi dimana 7 orang pemuda yang sanggup melarikan diri daripada raja yang zalim demi mempertahankan aqidah Islam. bukan itu sahaja, qdizaman nabi Ibrahim alaihissalam, salah seorang nabi ulul azmi menentang Raja Namrud. Raja Namrud dikatakan antara tiga pemerintah yang memerintah hampir seluruh dunia..nabi Ibrahim juga ketika itu masih muda,,

sahabat sekalian...
sedarkah kita bahawa golongan syabablah agen perubahan.???

MySpace

golongan syabab mestilah berani dalam berjuang untuk menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. juga berani bersuara menyuarakan kebenaran...la takhaf wala tahzan innaLLAHA ma'ana... tidak takut kepada sesuatu melainkan ALLAH subhanahu wataala..

juga, mengamalkan budaya ilmu melalui halaqah-halaqah ilmu ,daurah dan sebagainya. dizaman globalisasi ini, kita dapat mencari banyak maklumat hanya dengan satu klik sahaja, sama-sama manfaatkan teknologi yang ada untuk Islam. disamping itu, menigkatkatkan bacaan bagi meningkatkan thaqafah. tetapi bukanlah hanya membaca buku agama sahaja, malah membaca mengenai semua bidang sepert ekonomi,sains etc.

kita juga perlu mengetahui hal-hal semasa yang berlaku di sekeliling kita sama ada di kampus, dalam negeri,luar negeri,luar negara. jadilah mahasiswa yang ambil tahu dan cakna dengan perkembangan semasa.

ada banyak lagi yang diutarakan oleh ustaz tetapi ana akan masukkan di post-post yang akan datang...MySpace INSYA ALLAH...ana mohon maaf atas kesilapan,tersalah taip,kata dan sebagainya..dek kerana kesuntukan waktu,jari-jari yang mula lenguh...dan idea yang membeku..

KITA MAMPU MERUBAH..!!!

Sunday, November 16, 2008

cutenyeeee.....
/hihi
/no
/wahaha
/floor
/please
/blush
/blur
alhamdulillah..akhirnya tercapai jugak hasrat untuk masukkan ikon-ikon tomey nih
/hihi

wajah baru


comey tak???
ana cuba decorate blog nih..klo tak kena pada pandangan antum...sila komen...

ana susah nak online di kampung...tak ada streamix...

papun ana akan bukak gak...pergi cc untuk update antivirus kaspersky yang mahal nih...

ha...sama2 manfaatkan cuti ni...

untuk sahabat-sahabat ku:

meh belajar MASAK...
Kek...nasi...pasta...spaggheti...bihun goreng..mee hailam...atau apa-apa aje

+...belajar MEMANDU...

+ ...ulang kaji

+...ape-ape aje yang bermanffat dan dapat tambah ILMU...



+ Bejar wat FLASH...DREAMWEAVER ..PHOTOSHOP pun bagus jugakkk...=)

(ala...katun ni tak gerak)

hobi baru

ana da hobi baru,,insya allah..sebagai hiburan alternatif.juga bagi pendengar nasyid..
ana suka mendengar english nasyid...selalunya ana download dari you tube...

antara munsyid yang baru ana kenali...

native deen..




dawud wharnsby



yang memang kita ketahui


yusuf islam



sami yusuf



zain bhika





rashid bhika




kumpulan outlandish ni ana tak pasti penasyid ke tidak..
lagu-lagu mereka bercirikan kemanusiaan ...




semua yang ana kenalkan ini mungkin sudah antum kenali..
genre muzik mereka berbagai...hatta rap pun ada..=)
marilah cuba dengar!!

mereka ni banyak bercerita dalam lagu mereka..
tetapi if tak dapat dengar dengan jelas pa yang mereka katakan dalam lagu tu..antum boleh download video yang dah da lirik.ataupun cari lirik melalui internet..

dunia dihujung jari...just click..it is easy..

manfaatkan teknologi di era globalisasi ni..=)

sepanjang minggu ini



assalamu'alaikum warahmatullah..

alhamdulillah..final exam baru berakhir..tepat jam 12 tengah hari di dewan kuliah 1 banguan C, fakulti uitm kampus sains kesihatan,jalan othman petaling jaya..that means..berakhirlah satu semester pengajian ana..alhamdulillah..buku anatomy and physiology telah dimasukkan di dalam beg untuk dibawa pulang..waktu yang terluang nnati akan digunakan untuk membaca silibus sem depan..bahtera penyelamat+muqadimah aqidah muslimin+fiqh sirah..waa..banyaknya yang belum dikhatam..buku dibeli berlambak-lambak tapi hanya sedikit yang baru di baca..jika buku itu mampu bersuara..apa reaksi mereka ya???..sama-sama fikirkan.

barang-barang telah siap dikemas pagi tadi, bersiap sedia untuk clearance dari pihak pentadbiran. kalut jugakla nak mengemas..banyak betul barang rupanya..esok ana bakal meninggalkan rumah b-17-3..kolej alamanda..rumah ana ni didiami 11 orang semuanya..uniknya semua pelajar diletakkan 1 course 1 rumah..



seorang demi seorang daripada kami meninggalkan rumah ni..=(..ni da ana n 3 orang lagi..madi+wani+sarah...kenapa ana sayang rumah ini..??
kerana ahli-ahlinya...biarpun ada pelbagi karenah tetapi itu bukan masalahnya..semoga ALLAH menemukan kami lagi didalam satu rumah semester hadapan..=) masih banyak yang ana mahu kongsi dengan mereka...



terima kasih sahabat rumahku...maaf atas segalanya..andai diri ini tidak menjadi qudwah hasanah buat kalin..

buat...
nurmaisarah binti ishak
syazana binti parni
nurul amani binti othman
athirah binti rasidi
syaida maisara binti mohmed mustapha
hazwani binti othman
nur madihah binti ab rah,an
nuril 'atiyyah binti jamal
maziyah syarifah binti ab rasid
maisara binti abdullah

misarah yang selalu ajak ana solat
ana sebagai tempat untuk tukar duit syiling
al-quran amani yang ana selalu pinjam coz quran ana hilang masa pergi ke um untuk dengar ceramah daripada syeikh mohamad soeyam
balik sesama ke kampung di negeri kepimpinan ulama' dengan thirah
mai yang menjadi tukang dengar rasa hati ana
wani yang selalu bagi pinjam printer
roti dan mayonis madi yang slalu ana makan
charger atie yang ana selalu pinjam..charger ana rosak..=(
k.maz yang selalu tempahkan makanan
sara yang selalu gerak awal-awal pagi untuk study..^^

i'm wondering whether they are already arriving they home safely or not...=]

mereka semua ada potensi..insya allah..
allahu akbar!!!!

Tuesday, November 11, 2008

mujahidah sejati-nahwan nur




Untukmu Mujahidah Sejati
Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

ni nasyid besh!!~~

sesuatu untuk dikongsi..





Pelajar lahirkan anak, bukti kajian UKM bukan 'sampah'
Johari Jaafar
Sat | Mar 10, 07 | 11:10:21 am MYT
IPOH, 10 Mac (Hrkh) - Kejadian seorang pelajar tingkatan empat melahirkan anak di bilik rawatan sekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Manjong membuktikan kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung gejala seks bebas di kalangan pelajar adalah benar. Iklan



Ini sekaligus menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo, yang menganggap kajian itu sebagai `sampah'.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nur Azli Musa, ketika mengulas kejadian pelajar yang melahirkan anak di sekolah seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini.

"Pemimpin-pemimpin Umno jangan cepat mempertikaikan kajian yang dibuat oleh pihak UKM kerana kejadian pelajar sekolah menengah mengadakan hubungan seks haram sehingga melahirkan anak bukan menjadi rahsia lagi, tetapi sudah banyak kes seumpama itu terjadi," katanya.

Beliau meminta pemimpin atasan Umno prihatin dengan gejala yang sedang melanda remaja masa kini dan jangan mudah mempertikaikan dan memperlecehkan kajian yang telah dibuat.

Beliau kemudiannya memetik laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Indonesia `Republika' seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, memetik kajian yang dibuat agensi Perancang Keluarga Indonesia, mendedahkan hampir 50 peratus remaja perempuan melakukan seks di luar nikah.

Menurut akhbar itu lagi, kajian tersebut dilakukan di lima buah kota besar termasuk Jakarta, Bandong dan Yogyakarta pada tahun 2003 dan bertambah dari tahun ke setahun. "Kajian yang dibuat oleh pihak UKM itu bukan bertujuan untuk menyalahkan remaja semata-mata, tetapi ianya bertujuan mendedahkan betapa seriusnya gejala seks bebas di kalangan remaja", ujarnya . Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Dato' Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini, turut mempertikaikan hasil kajian itu yang disifatkannya tersasar dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Lagi lama gejala seks bebas di kalangan pelajar sekolah tidak dibanteras, lagi ramai pelajar melahirkan anak di sekolah nanti', kata Ustaz Nur Azli.

"Kita tidak dengar ada menteri di Indinesia yang menganggap kajian itu sebagai `sampah' tetapi kenapa Menteri Besar dari Umno boleh bercakap seperti itu?" tanya beliau. - mks. _
berita ini ana petik daripada harakah daily.net tetapi bukan perihal siasah yang ana ingin sampaikan tetapi perihal masyarakat sekarang. dimanakah semuanya bermula?..kurang didikan agama? kelemahan iman dan aqidah? kurang perhatian ibu bapa? banyak andaian mahupun ulasan yang boleh dibuat.tetapi apakah sumbangan kita untuk membendung masalah ini?konsep amar makruf nahi mungkar perlu ditekankan.sahabat-sahabat nasihatilah sahabat yang lain andai kita lihat dia semakin hanyut...

(adiin annasiihat)

Sunday, November 9, 2008

maahad muhammadi lilbanat medan tarbiyyah..=)

badan dakwah dan tarbiyyah (BADATI)..ana melangkah kaki ke sekolah ni ketika dii tingkatan 4,,mulanya agak berat hati meninggalkan srkolah dulu..maahad syamsul maarif..tapi digagahkan jugak untuk menuntut ilmu...jadi ana terlibat sepenuhnya dengan badati ketika tingkatan lima...

.:Sejarah Penubuhan:.
Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah atau ringkasnya BADATI sebenarnya telah lama wujud sebagai BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam) di bumi Maahad Muhammadi semenjak sekitar 60-an lagi. Bergerak sebagai badan yang menyeru ke arah kebaikan, usrah, ceramah, tamrin, dan sebagainya, tidak jauh bezanya dengan kegiatan BADATI hari ini.


Walaubagaimanapun, BALKIS dimansuhkan pada tahun 1981 dan kegiatan keagamaan ini diteruskan oleh Persatuan Islam di bawah bahagian ko-kurikulum.


Menyedari betapa pentingnya satu badan khas yang menjalankan kegiatan dakwah secara menyeluruh, beberapa orang guru telah mengambil inisiatif menubuhkan semula BALKIS sebagai platform untuk aktiviti keagamaan yang lebih cergas selepas hampir 10 tahun badan dakwah dimansuhkan.


Akhirnya dengan arahan dari YIK, BALKIS diwujudkan semula pada 2 Mei 1993 secara rasminya dan ditukar kepada Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah (BADATI). Nama ini diilham oleh Ustaz Mas Sulaiman Ab Ghani, salah seorang guru penasihat badan dakwah ketika itu.


Dengan pengiktirafan ini, BADATI diletakkan di bawah bahagian Hal Ehwal Murid sebagai sebuah badan induk di Maahad Muhammadi Lilbanat. Sehingga kini, BADATI lebih advance dengan cara penyampaian dakwah yang pelbagai seperti penerbitan lidah rasmi BADATI, Al-Irsyad dan Buletin Tarbiah, pertandingan-pertandingan dan sebagainya.


Melangkah menghadapi hari-hari yang mendatang, BADATI diharap lebih berwibawa untuk mentarbiah puteri-puteri MMP, meneruskan kegemilangan bumi yang penuh barakah ini. Sesungguhnya bumi Maahad akan terus kekal sebagai bumi tarbiah selagi ada insan yang ingin mentarbiah dan ditarbiah.


psst:ni ana copy paste dari blog badati...=)

=)


Usrati,,
Ridhuwan+fadhil+hizami+firdauz+firdaus+kamarul+aimerul+razali+rasyadan+azree+amirul
Saidah+mahirah+asyura+intan+hidayah+fasihah+amalina+husna zaini
Ana rindu sangat kalian!!!
Mengimbau kenangan lalu semestinya meninggalkan sebak dihati. Gembira, suka,sedih bercampur baur. Kenangan dimatrikulasi amat berkesan dihati ana. Siapa sangka disitulah tempat tarbiyyah ana setelah meninggalkan Maahad Muhammadi tercinta. Dengan keputusan SPM,sekadar 9A ana mendapat tawaran ke kmns. Terdetik kecewa dihati kerana hajat untuk terus ke university tidak kesampaian. Sebetulnya,amat berharap dapat belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Namun, langkah diatur juga, bermula dengan sesi pendaftaran. Ana dihantar oleh ummi,abah, nenek ,ayah su dan keluarga, serta ayah nik sekeluarga. Suasana agak meriah disana. Kemudian terpaksa pula beratur panjang untuk mendaftar. Semasa beratur sempat pula berkenalan dengan seorang kawan, Diana. Masa seminggu dihabiskan dengan sesi orientasi. Letih yang amat!!..tetapi di waktu orientasi itulah , Dengan IzinNya, ana bertemu sahabat-sahabat tersayang..(usrati). Subhanallah..Indahnya Ukhuwwah andai berpaksikan aqidah, berpandukan al-quran dan assunah. Mengingati kata-kata sahabat ana, ukht mahirah “jalinkan ukhuwwah, jauhkan ikhtilat”..kata-kata ini amat bermakna bagi ana kerana antara muslimin dan muslimat itu ada batasan pergaulan yang mestilah kita pegang untuk memelihara diri dan hati juga agar maruah dan ke’izzahan ISLAm terjaga.
rindu bangat sama ntum..
selamat berjuang!!!!!! chayyo' chayyo'
ALLAH MENEMUKAN KITA MEMISAHKAN KITA...NAMUN SELAGI UKHUWWAH DIHATI KITA TETAP BERSAMA..INSYA ALLAH

huhu


assalamu'alaikum warahmatullah..
subhanallah...lama gila tak buka blog..sbnonya tak tao nak tulis pa..p tulis je la,,,skrg ni ana tgh exam...final tok semester 1,, ana amik 6 subjek yang terdiri daripada :
anatomy and physiology
psychology
therapeutic activity
introduction to occupational therapy
tamadun islam dan tamadun asia
and last but not least bulan sabit merah malaysia...
sumanya agak tough...papon ana cuber yang terbek..and tawakkal 'alaih...p usaha dulu la...mana bley berserah jek tao!!!