Saturday, January 31, 2009

februari datang lagi

assalamu'alaikum warahmatullah, salam rindu buat semua

hari ini 1 februari 2009
mungkin bagi ana bulan ini hanyalah sama seperti bulan-bulan masihi yang len..tetapi mungkin ada di kalangan kengkawan kita yang merasakan bulan ini amat istimewa kerana tarikh 14 haribulannya.
tidak perlu lagi memberitahu panjang lebar tentang Valentines Day...kerana umum mengetahuinya.

sahabat2 ayuhlah kita beri kesedaran buat mereka..!!
MySpace

Tuesday, January 20, 2009

pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin

Monday, January 19, 2009

Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM 

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT
 

MENEMBAK 4 HELIKOPTER
 

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
 

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL
 

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.
 

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
 

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL


MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP 

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI


MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL 

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.


MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس 

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)
 

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.


Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.
 

pesanan untuk ingatan bersama

> Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..? 
> Kadangkala,
> tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon
> merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan
> individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka
> pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,
> mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym
> sebagai medium perhubungan. .. terbit rasa hairan di dalam hati ini..
> dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di
> hati mereka..?



> ADA APA DENGAN GAMBAR..??

> Baiklah...
> ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin
> juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana
> taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua
> membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu
> perkatakan selepas ini...

> ana mulakan dengan persoalan..
> Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
> 1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
> 2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
> 3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
> dan byk lagi ana rase....

> jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2
Friendster dan respon mereka...


> KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA

> Sedarlah
> wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh
> berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk
> pandangan umum..??
> Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg
> bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg
> telah dikurniakan Allah kpdnya..
> Adakah kamu fikir kebarangkalian
> gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
> Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
> Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi
> modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang
> mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk
> mengupload gambar kamu di alam maya ini..

> Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin
canggih hari demi hari...
> Tidakkah
> kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn
> hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja
> boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...
> Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan
> kecantikan mereka ditunjuk2..?

> INGAT..!! dengan kemudahan
> sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak
> bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks , dan lain2..
> Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu
> secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.. ..
> Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan
> ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg
> dilakukan olehmu sendiri...
> (jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe
photoshop ini.. hehehe...)



> MUSLIMAH DAN GAMBAR

> Perlu
> ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah
> mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah
> saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
> tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
> Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
> namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai
aurat ..

> Sanggupkah
> kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak
> ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah
> syaitan..??

> Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu
boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum)

> Sedarlah
> muslimah/akhowat. . sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu
> hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak
> perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn
> menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. .!! Jika kamu
> semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu
> satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH. ..!!


> *secara
> jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini
> hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg
> hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn
> agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade
> sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak
> komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak
> yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*

> (Artikel
> ini sepatutnya lebih dirasai oleh bdk sekolah agama..(Al-Amin la
> tuh)...setelah perkara ini tersebar luas, ramai yg mendelete account
> Friendster mereka setelah mnyedari perkara ini.. jika mereka boleh,
> anda bila lagi..??)

> sumber : cetusanmindaseorang pemuda.blogspot. com

Sunday, January 18, 2009

bersama oku

assalamu'alaikum warahmatullah
lama betoi tak update blog ni...maaf bebanyak...genap tiga minggu memulakan pengajian di sem baru... apa perasaan sahabat-sahabat???
MySpace
semalam, sabtu, 17 januari 2009 bersamaan 21 muharram 1430 hijrah,,
ana mengikuti program bersama oku di Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. progarm ini adalah program anjuran persatuan kursus ana..pesatuan pelajar pemulihan carakerja (pppck) dan ppoc (persatuan pemulihan orang-orang cacat). semua pelajar jurusan pemulihan carakerja terlibat daripada adik-adik diploma semester 2 sehingga senior-senior ijazah semester 8. kat sana kami dibahagikan kepada 10 kumpulan, dimana kami akan bersama dengan 2@3 penghuni oku kat situ..

aktiviti pertama kami dimulakan dengan senam robik..semua pelajar join sama termasuk insan-insan istimewa kat situ..ada yang menggunakan wheelchair, slow learner, little people serta yang tidak mampu bertutur. 

then, makan pagi bersama-sama...sedap..nasi lemak..MySpace

dah kenyang...hati pon senang, kerja pon ringan jek nak buat...
jadi setiap kumpulan dibahagikan untuk bergotong royong disekitar kawasan sekitar. kumpulan ana kena mencuci dekat kelas..da kumpulan lain yang diberikan tugas membersihkan bilik, menyapu halaman, mengelap tingkap dan sebagainya...

selama sejam lebih bergotong royong...acara fashion designing pula berlangsung...iaitu menghias dua orang model menggunakan surat khabar..temanya wedding..tapi kumpulan ana tidak dipilih sebagai pemenang..MySpace
lompat tali
antara pasangan..
tgh design.....designer tak bertauliah..
.ni lagi...

apa yang ana dapat dari program ini..???

dapat membantu golongan  yang memerlukan..
mendalami dan mendekati golongan - golongan istimewa..dorang ini mempunyai sifat terlalu sensitif, mudah beremosi...kurang keyakinan diri dek kerana kekurangan yang ada pada mereka.. ada juga yang terlalu aktif...bercakap+berceloteh tanpa henti..ada pula yang tidak langsung mengeluarkan suara hanya berkomunikasi dengan anggukan dan gelengan...ada yang berkerusi roda...
namun sahabat-sahabat..
mereka juga seperti kita punya hati juga perasaan...meraka sangat2 gembira menerima kedatangan kami...memberi kerjasama yang baik ketika melakukan aktiviti...
sebelum makan...meraka lah yang akan membacakan doa...
mereka juga dahagakan elemen2 rohaniyyah seperti kita..
cuma kita yang cukup jari kaki dan tangan, mempunyai sepasang mata+telinga...sebatang hidung...satu mulut...bergerak dengan bebas...
belum mampu merasa bersyukur..


Monday, January 5, 2009

Thursday, January 1, 2009




assalamu'alaikum warahmatullah...

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787