Monday, March 30, 2009

ish....ya ker??


Muslimah Memang Tak Guna
Jun 16, '08 4:51 AMfor everyone
Muslimah Memang Tak Guna
diforward oleh: Afdhal87
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

Friday, March 27, 2009

brain storming

think!! think!!
semalam kelas orhopedic and surgical condition..
kelas yang pada sepatutnya 2 jam berlarutan ke 3 jam...
memang betul2 brainstorming..

dr : what is osteoporosis...?
student : decrease of bone mass..bone porous due to lack of calcium.bone become soft, fragile,easy to #
dr : osteomalacia?
student: decrease of bone mass, known as ricket if it is occur in children.
dr. : the differences btween OM and OP?
student : in OP mineralization occur normally in bone while for OM vice versa..
dr. : what is mineralization?
student : no answer
dr.: back to homeostasis..check back your ANP book...FIND IT!!! THINK2!!
: try to answer in english..be professional
: you not understand because you did not read fully...

semalam, setiap orang akan bangun, mehuju ke white borad, menulis apa yang kami telah baca samada, definition,causes,symptom,complication setiap condition..osteoporosis,osteomalacia,paget's disease,gouty athritis,hallux valgus,asteoathritis..

juga menerangkan apa yang kami telah sebut dengan sebabnya sekali..pathophysiology disease tersebut..memang mendebarkan pun...tapi seronok...

moralnya : perlu ada budaya berfikir jadi terisilah our temporal lobe of the brain..
: nak cakap sesuatu benda mesti ada evidence base klo tidak...sape nak percaya...
budayakan iqra'...
MySpace





Sunday, March 22, 2009

go green

ana gn background baru
  • hijau adalah favourite colour forever and ever
  • backgroud ni comey =) even sama dengan backgroud BADATI MMP (gasak laaaaa)
  • tension wat benda asyik tak jadi
  • p alhamdulillah jadi jgk
  • p ni 2 column jek....MySpace

okeyh..wassalam

lepala da berasapMySpace

Saturday, March 21, 2009

P.O.S.T.E.R


sambil pedih mata baca neuropsychology..^_^
AMACAM???
MySpace
MySpace
MySpace

P.O.S.T.E.R

NI INTUK DITAMPAL MINGGU DEPAN...
hehe..
cOmEyH tak?????

Friday, March 20, 2009

R.I.N.D.U


ilallahi warosuulih


ila usrati


ila sohabati







ma lil rabbun siwaah@ sejuta harapan


Sejuta Harapan

Album : Munsyid : Da'i Nadahttp://liriknasyid.com

La…la…la
Sejuta harapanYang aku sandarkan
Seberkas cahayaMuUntuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupkuKu
ingin bersamaMuDekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMuYa Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x
ini linknyer :
da dua versi...arabic dan malay indonesian...
sedap sangat..!!!

neurotransmitter cinta



ADA APA DENGAN CINTA?


Banyak sebenarnya.........



Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali. Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening. Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...) Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan. Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai.





CINTA vs NAFSU


Kami hanya bercinta.


Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!!





Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak. Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan? Tak percaya jugak?

Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!!





Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu. PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!) Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif. Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat.


Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu. Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian. Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera. Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua....and





they lived happily ever after. Separately. MySpace

artikel dicopy dari iluvislam.com(harap maklum)






Wednesday, March 18, 2009

setelah sekian lama


assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh =)

hari ini ana telah menghadapi test untuk subjek hubungan etnik dengan selamatnya menjawab...alhamdulillah..macam sejarah la...tapi if tak bacer maunya tak ley jawab...esok, test untuk anatomy and physiology bakal menyusul pula. tiada test diganti dengan presentation...life=test,test=tarbiyyah,esok=test,hari ini=test,lusa=test, ujian tanda ALLAH sayang kita...test+quiz=tanda lecturer sayang kita. nak suh kiter baca buku..ulangkaji dan belajar...sambil mendengar ma lill rabbun siiwa..lagu yang ana baru download dri youtube,,,melilau-lilau kat alam maya..sambil menghilangkan ngantok membaca ethnic relation...=)...


ha...nak stop dulu naa,,,insya allah,,akan disambung lagi...=)
sbb skg da pkul 10.30 malam...doakan ana sahabat2 =)