Sunday, August 30, 2009

rindu masa dahulu




bismillahi walhamdulillah

hari ini saya mahu mengatakan tentang rindu lagi...

ooh....hati dipagut rindu....

ketika saya selesai menge"post" tentang ramadhan kareem..ramai sahabat-sahabat saya yang sama-sama belajar di maahad muhammadi perempuan menyatakan perasaan yang sama..
sesungguhnya kami memang dipagut rindu...

tentu sekali rindu akan ketenangan, keberkatan di maahad muhammadi..dan saya juga rindu akan maahad syamsul ma'arif , tempat dimana saya bermula bergelar pelajar sekolah menengah...

alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat

di syamsul maarif..
saya mula mengenal apa itu badan dakwah..
mengenal apa itu amanah, tanggungjawab
apa itu Islam

dan saya teruskan bila berpindah ke maahad muhammadi...memang tahun pertama di maahad muhammadi bukanlah pengalaman yang manis bagi saya,,kerana melihat kepada syakhsiah segelintir pelajarnya...kenapa begitu?
hati meronta..tidak suka...
tetapi bila di tingkatan 5, saya memasuki badan dakwah,,,
hati kembali diikat dengan ukhuwwah,diri semakin tenang,,,
ooh..bukan badan dakwah tidak buat kerja...tetapi...saya yakini kita hanya berusaha dan ALLAH yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

ustaz-ustazah+cikgu cikgi
sangat berusaha untuk memastikan tullab bukan sahaja pandai tetapi teguh agamanya...juga dapat membawa imej Islam walau dimana mereka berada.

"jadilah seperti benih yang bila dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke hutan menjadi bukit"

teringat ym bersama fatin(rakan sekelas yang belajar di aus skrg)...

kita yang menentukan mahu menerima nasihat atau tidak..pokoknya bila berada diluar lingkungan maahad, tanggung jawab menjaga, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa di maahad adalah bergantung kepada kita sendiri...

dan saya melihat kepada kunci kepada semuanya adalah KEFAHAMAN
dengan faham barulah kita akan yakin untuk berpegang dengan apa yang telah kita pelajari..

dan untuk memhami, semestinya kena BERFIKIR dalam tindakan perbuatan dan perkataan


~ ya ALLAH, rahmatilah guru-guruku yang telah mengajarku dahulu~ AMIIN

kita adalah kita..berubah dan berubah kepada yang lebih baik..insya ALLAH.

Saturday, August 29, 2009

ramadhan kareem

assalamu'alaikum warahmatullah

bismillahiwalhamdulillah

ramadhan datang lagi, ini merupakan ramdhan pertama di puncak alam..
sumanya seperti biasa, cuma, tiada makan tengah hari dari kafe Hotel UiTM, dan malamnya di isi dengan terawih...lagi..ditambah sahur dan qiamullail..alhamdulillah...kali ini belum lagi dapat pulang ke kampung...rindu+rindu masakan ummi...
lagi..rindu ramadhan di asrama maahad muhammadi...tapi hakikatnya dan sememangnya..masa tidak akan mampu berputar kembali.

Monday, August 17, 2009

uhibbukum fillah-emel dari sahabat

Assalamualaikum wbt..
Khas kutujukan buat sahabat sababiah semua yang sedang dalam perjuangan.
Moga kita menjadi insan terpilih untuk terus berada di sisiNYA, dan moga perjalanan ini dapat kita akhiri bersama-sama dengan suatu kemenangan yang nyata.

****************************************UHIBBUKUM FILLAH*****************************************

hambaallah1: np nangis??

hambaallah2:sbb teringat dan takut akan sesuatu..

Deras air mata berselang dengan sendunya.Mata merah berair menunjukkan sesuatu yg disembunyikan.Lalu hatinya menjawab..


*Aku menangis...
bila kuterbaca sabda Rasulullah S.A.W: "Pada Hari Kiamat nanti, seorang dihadapkan atau diseret lalu ia dicampakkan ke dalam api neraka, maka terburailah segala isi kandungan dalam perutnya, serta ia pula berputar-putar atau berpusing-pusing sebagaimana berputar-putarnya keldai tempat tambatan (yang diikat tiang). Maka seluruh ahli Neraka berkumpul mengerumuninya lantas mereka bertanya: "Wahai fulan(kawan)!, Apa yang telah terjadi kepada diri kamu ini? Apakah kamu tidak menyeru ke arah kebaikan (amal ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar)?" Ia menjawab: "Bahkan ya.Aku telah menyeru ke arah kebaikan, tetapi aku sendiri tidak melakukannya dan aku juga telah mencegah kemungkaran, tetapi aku sendiri melakukannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Aku menangis...
bila kuterbaca perumpamaan daripada Imam al-ghazali tentang orang yang berilmu mengajar orang lain namun ia sendiri tidak beramal iaitu:"Buku tulis yang boleh digunakan untuk mencatat, tetapi ia sendiri tidak memiliki apa-apa.Atau seperti batu asah yang diguna untuk menajam pisau tetapi ia sendiri tidak boleh memotong apa-apapun. Begitu juga seperti Jarum yang digunakan untuk menjahit pakaian, namun ia sendiri tidak berpakaian"

*Aku menangis...
bila kuterbaca ayat ALLAH yang termaktub pada surah al-Baqarah ayat 44 : "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?" ,ayat 264 : "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang)menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia(riya'), ayat 42 : "Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

*Aku menangis...
bila kuterbaca hadis riwayat al-Dailami : "Orang yang paling teruk siksanya pada hari kiamat ialah seseorang yang di anggap ada kebaikan pada dirinya namun sebenarnya tidak ada kebaikan sama sekali pada dirinya.

*Aku menangis...
bila kuterbaca hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:"Sesungguhnya orang yang paling seksa menerima azab pada hari kiamat ialah orang yang ALIM{{seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan keduniaan terutama ilmu keagamaan}} yang mana ALLAH jadikan ilmunya tidak berfaedah baginya."

*Aku menangis...
bila kuterbaca ayat 188 surah al-'imran:"Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan,-jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan selamat dari seksa, dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

*Aku menangis...
bila terbaca
"seseorang yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuk atau ketakwaannya, maka ia adalah orang yang semakin jauh dengan ALLAH."
"Sesiapa yang belajar ilmu kerana untuk mematahkan orang jahil atau untuk berlumba-lumba dengan orang alim atau untuk menarik perhatian masyarakat, maka tempatnya di dalam Neraka.

Tangisannya memecah kesunyian tatkala itu..airmata mengalir deras tiada henti...'
"GERUN!!TAKUT!!Takut diri,orang dikenali dan org yang tersayang termasuk dalam golongan-golongan itu...Ya ALLAH...Ampuni DOSA hamba-hambamu..."..hatinya berkata..

********************************************************************************************************

mengintai Ramadhan di balik awan Syaaban.. Mohon maaf atas segala kesilapan dan semoga Allah panjangkan umur kita untuk Ramadhan tahun ini..

Monday, August 3, 2009

klik-klik





bismillahi walhamdulillah

baru sahaja selasai interview untuk pengerusi Blok jam 11.30 p.m tadi
selesai mendesign banner, nametag dan notis iklan program minggu ini
hati dipagut resah..esok test intervention for medical neuro intervention

~cuti seminggu yang mencipta havoc~