Thursday, February 28, 2013

in the air

atas angin
terbayang susuk tubuh kecil,
beratur memakai jubah
jubah besar berline hoodnya
topi empat segi bertali rambu-rambu di tepi
nama diseru
diri melangkah
tangan dihulur
skrol di sambut

oh kangan untuk graduasi lagi

di sebalik itu ada duka tangis
mata yang lebam kurang tidur
rambut yang gugur kerana kuat memikir

hari iru beberapa jam sahaja
tetapi memberi erti sepanjang hayat.


Sunday, February 24, 2013

Main masak-masak: Sup Ayam

as salam, hari ini dengan rajinnya saya memasak di malam hari sebab lapar. Zauji pergi kerja shift malam, makanya saya makan seorang sahaja.

Sup Ayam campak-campak sahaja.
Kita memerlukan
1- ayam
2-bawang putih
3-kayu manis
4-lada hitam
5-bunga lawang
6-halia
untuk hiasan:
daun sup dan bawang goreng

eh senang je...
no 2 ke no 6 tumbuk.

masukkan air dan ayam dalam periuk, didihkan ayam. dah mendidih masuk bahan yang dah tumbuk tu. akhir sekali, reneh sup itu.

Saya jenis tak suka guna minyak sebab dekat ayam dah ada minyak ayam. Untuk makan dengan zauji kira lepas sebab zauji tak kisah makan apa. senang sungguh zauji!


.......................

eh, garam !!!


Tuesday, February 19, 2013

Perihal hari - hari

Bismillah..

Sambil menunggu encik suami balik dari mesyuarat Pasti ni , ambil masa ini untuk menulis. Perihal hari - hari saya, adalah semakin sibuk. Sibuk mungkin kerana tidak pandai mengawal dan mengurus masa sendiri. Saya telah mencipta sejarah sendiri memandu ke Kuala Lumpur dan pulang ke Johor **tepuk tangan**. Terima kasih suami bagi kebenaran dan kepercayaan.

Sememangnya kita punya tugas yang banyak, dan saya bekerja sebagai jurupulih, membuat kraft secara sambilan, tidak dilupakan tugas sebagai ahli Nisa'. Tugas hakiki sebagai Hamba, anak dan isteri.
Dengan banyaknya tugasan, saya bagai hilang punca pada mulanya. .

Tapi saya fikir, kalau benda tu kena galas, Allah mesti yakin kita boleh buat, why shouldn't i try ???


jadi saya mula dengan membuat jadual saya sendiri , maksudnya, hari ini kena buat apa, tak semua benda saya buat hari-hari. harapnya, saya boleh jadi wanita yang lebih baik !! ada hari kena basuh baju, ada hari kena lipat baju, ada hari kemas rumah.

Masa kerja, laporan pesakit buat terus, balik fikir buat kraf je pula.



mungkin anda juga boleh cuba. hehe.

Friday, February 15, 2013

mengorek post lalu

Bismillah

Sem 1


Entri semasa sem 1...pasal pemulihan carakerja. hehe.

---> hari ni kerja, petang pergi kl, in sya Allah ada talk pasal autisme.
jumpa di ukm bangi esok!!!!

Thursday, February 14, 2013

Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja

bismillahi walhamdulillah..

semasa saya spm dulu saya tidak lah A straight scorer, tapi keputusan itu tersenarailah dalam range orang yag dapat duit RM 500 hadiah SPM. dan kelakarnya, saya masuk Harakah sebab di temubual masa penyampaian cek tu. (hahaha).


------> then the journey begin

saya masuk tingkatan 6 rendah sekejap tapi bukan untuk daftar STAM, jadi pergi sekolah pergi buat program badan dakwah, lawak-lawak tapi manis .
beberapa bulan selepas itu, saya dapat MATRIK.
sebab saya ni jenis "follow the flow" saya pergi matrik. nak ujian midsem, saya dapat UIA~!!!. tapi saya tak pergi memandangkan saya dah sayang sangat dengan KMNS . Allah lebih tahu apa yang terbaik.

habis KMNS, keputusan biasa sahaja. hehehehe. btw, alhamdulillah.

saya masa pilih 8 pilihan tu, saya pilih ISM PEMULIHAN CARAKERJA-OT . SEBENARNYA ...saya tak tahu pun kursus tu apa, cuma, yang saya pernah tengok di pameran UKM buat, OT ni buat splinting lah apa lah, rasa macam menarik. dan sebalik tu jugak, nak sambung benda lain lepas ambil OT. ---> niat masa tu :).
..
jadi Julai 2008 bermulalah episod saya  masuk kursus saya tak tahu tu .



ikutkan tak susah sangat tapi saya yang buat susah, sebab poor time management, task management kan. tapi alhamdulillah i manage to grad with second upper :)


sebenarnya OT ni seronok, penuh dengan dunia kreatif.
tapi nantilah saya ulas panjang.

apapun sekarang saya memang dah mula bertatih sebagai seorang juru pilih carakerja ataupun Occupational Therapist.

till then :





Wednesday, February 13, 2013

Random: habis cuti

alhamdulillah, akhirnya selamat sempai semula ke johor. ohoi sekejap aje, 2 hari perjalanan, 2 hari dekat kelantan. tapi tak apa lah, janji balik juga sekejap. Selamat pengantin baru buat sepupu bernama kak na.

cik puan saie dan encik tuan hafizi dah kena mula bekerja pada hari selasa bersamaan 12 hb februari.
kami sampai pada 12 hb februari pukul 2.48 pagi dan paling tidak boleh lupa, duit tunai tidak cukup untuk bayar tol!
sabar sahajalah .

MORAL OF THE STORY : SENTIASA SEDIAKAN DUIT TUNAI "BACK-UP" YE


Kami kalau balik kampung kira dah lalu banyak negeri iaitu johor-pahang-terengganu-kelantan.
jadi tak payah nak bulan madu sangat dah, kira aci lalu semua negeri.


tapi sebenarnya agak sayu bi;a balik sekejap sahaja. dan sebab itu cik puan saie telah bagi cadangan dekat suami dia
"abang, nanti kita duduk perak atau penang ye, senang nak balik kampung".

bagus kan ??
 

Thursday, February 7, 2013

cuti 4 hari

oho oho
untuk chinese new year ni, kami balik kelantan sebab nak swap kereta dengan abah dan ada kenduri sepupu depan rumah
*bunyi bunga api, pumpampumpam*
setelah bekerja ni agak susah nak bercuti, dan cuti kami suami isteri tak sama, suami keja shift, cuti tak tentu.
dan sebab CNY ni suami terpaksa minta cuti 3 hari sebab sebenarnya dia kena kerja.
moga pengorbanannya di berkati Allah.
in a way tahun ni, pertama kali balik kelantan ^^.

4 hari je, 2 hari makan untuk perjalanan balik kelantan, lagi 2 hari rest dekat rumah. kan...
hari selasa naik kerja balik dengan kes pesakit baru.
*dupdapdupdap*
next i got cerebral palsy patient, entah , dulu tak berapa minat kes fizikal, ditakdirkan Allah dapat pulak.
moga Allah bagi kesabaran dekat saya nak mengendalikan pesakit istimewa ini.
tadi pun dah tahap menyirap bila kena pukul dengan pesakit autisme. 
nak nangis teacher tahu tak dik ???

in a way Allah nak latih sabar layan karenah kanak-kanak , oh memang kena bersabar sungguh, sebab kadang-kadang diorang tidak sedar yang diorang buat apa dan kita yang kena under control

but thanks to Allah bagi saya majikan yang baik sangat-sangat. :)
till then,

Happy bless holiday.
ohho..
kenduri-kenduri.



next entri mungkin ??
APA KERJA KU DAN APA KU MENGAJI DULU??

Tuesday, February 5, 2013

update

dah berkurun lamanya tak update blog ni.

bukan sebab sibuk sangat selepas nikah , tapi sebab tak berapa rajin nak kemas kini.

kehidupan lepas nikah?
sama sahaja unless ada orang jaga kita, dan kita jaga orang tu.
lagi, kena rajinkan diri lah nak urus rumah tangga.
lagi, banyak berfikir lagi dari bujang dulu.

kira nikah tu ala kongsi hidup
susah senang sama-sama, hihi, dulu kami naik motor je pergi sana sini, dan sekarang alhamdulillah,bakal ada viva sebiji.
duit tu datang dan pergi cepat juga jadi kena pandai-pandailah bajet kewangan, ukur baju pada badan sendiri.

tapi kami rasa lah nikmat Allah mudahkan rezeki bagi mereka yang bernikah ini.

saya sayang suami saya, dan kena lagi cinta Allah sebab Allah kurniakan dia. :).

dan semestinya kami nak jadi sebahagian dari rakyat Malaysia yang inginkan perubahan :).