Saturday, April 20, 2013

escapisme

yeah, that's the word

Thursday, April 18, 2013

Bahagia ada pada orang yang syukur

Less is more.


Di saat saya merasa tertekan sebab belum hamil lagi ni saya crate satu ayat ini. Bahagia ada pada orang yang syukur. Sebabnya macam ini, kalau terus menerus memilih untuk bersediah, mana lah nak rasa bahagia. Tpi . Kalau saya memilih untuk gembira dengan apa yang ada, pasti saya gembira.

Syukur dan redha

Hakikatnya pahit jug nak syukur dan redha bila terkena batang hidung sendiri. Tolak sebab belum hamil tu, banyak benda sebenarnya Allah bagi dekat. Kalau nak kata pasal kerja, hampir 7/7 saya kena kerja. Itu rezeki namanya juga. Sabtu ahad pun kerja sekarang. Memang saya tak minta, tapi Allah yang gerakkn hati orang untuk bagi dekat saya. Baiknya Allah.

Saya ganti kawan saya berkhidmat sebagai jurupulih carakerja di satu pusat kebajikan. Mulanya saya pergi interview, tak dapat pun kerja itu. Bila macam tu saya kata dekat suami saya " takpalah kalau tezeki saya , lambat laun dapat juga" . ye, sebab saya dah usaha dengan pergi interview tersebut. Last minute, pengurus telefon semula untuk minta gantikan kawan saya tu. Wow! Tawakkal is beutiful.

Jadinya saya kena syukur, yakin dan redha serta tawakkal. There will be more happiness to come. Insya Allah.

Harapan diselangi doa

Off course apa-apapun kita berharap, jangan putus dengan doa. Sebab Allah dah bagitahu jangan putus asa dari rahmatnya dan Allah mengikut sangkaan hambaNya padaNya. :).

Ok . Balik semuala pasa hamil tu. Bila fikir-fikir balik, banyak lagi nak kena prepare untuk jadi seorang ibu. I mean spiritually, knowledge and etc. Oh tak mahulah jadi ibu sekadar ibu tetapi kenalah jadi ibu yang menjadi teladan baik buat anak dia. Ibu kan cikgu pertama anak- anak. Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia. Jadi nak membangun ummah perlu jiwa yang kental.oh ya, sebagai ahli gerakan islam dan juga ibu lagilah perlu bertriple-triple kentalnya. Seorang akak ni beritahu, buat kerja Allah sungguh-sungguh, insya Allah , Allah akan bantu setelkan kerja dunia kita. Allah yang Maha Baik.

So, keep cheeers.

:)

Masa untuk ubah! Ini kalilah ! :)




Monday, April 15, 2013

Let's

Bismillah
Women, we are beautiful.

Wednesday, April 3, 2013

Pasir Gudang : Uncle Jon Burger Gedi


Bismillah

Semalam kami makan Burger Homemade daripada Uncle Jon. Saya dan suami balik kerja pukul 7.30 malam, lepas tu keluar semula ke Taman Bukit Dahlia ambil barang. Dah ambil masa kat situ singgah lah dekat medan niaga Taman Cendana.

Suami cadangkan cuba makanan baru. Jadinya kami cuba makan Burger Uncle Jon ni, baru bukak tak silap gerainya.

sebab kami berdua je , beli satu je , combo set RM 7. lagipun makan 1 pinggan kan sunnah :). Suami order cendol yang mana si pelayan salah fahm ingat kami order dua. Jadinya terpaksalh bayar untuk dua cendol.

munkin dalam gambar nampk kecil je burger ni . burger ni lebih besar saiznya dri burger yang selalu kita makan tu. Dekat burger tu biasalah ada salad, mayo, sos, tomato. Fries dia letak serbuk perasa, dan saya tak berapa suka perasa tu. Lain kali nak minta dia tabur garam sahaja.

Apa yang sedap ialah DAGING BUATAN SENDIRI UNCLE JON tu. Tak lama sangat pun tunggu burger ni siap . :)

Alhmdulillah, kami kenyang makan burger ini. Tapi tk bolehlah makan selalu sebab ini kan sejenis makanan segera, lagipun perut kelate ambo, nok nasik jugok. hehe.

by the way ini link FB dia :)

Perasaan ada keychain atas meja, itu kunci kereta kami. dan semestinya handmade by me :). nak order bagi tahu.

INI KALILAH! INI KALILAH !

TAKBIIR!!!

Tuesday, April 2, 2013

isteri yang resah dan teguhnya si dia

semalam si dia mengemas laman rumah kami 
*FOKUS*

sedang ikat plastik hitam
sedang menyapu dengan tekun

bismillah

ikutkan dah 7 bulan nikah, macam lama juga kan? dan selama itu menanti juga anugerah dari Allah bernama zuriat. Apakan daya yang di impi itu belum berkunjung tiba. Biasa lah sebab perempuan mungkit ter -emo sedikit bila asyik di tanya soalan yang sama setiap kali berjumpa kenalan. cuba juga tersenyum lebar setiap di aju soalan itu. 

resah itu tak payah nak cerita , memikir itu ada juga, menanti seperti selalunya. menangis pun ada.

tetapi dek kerana memikir satu benda yang tak pasti itu sehingga mengganggu sinar di wajah adalah sangat tidak baik. sungguh banyak nikmat yang Allah telah berikan baik untuk diri sendiri keluarga. tidak patut bagi saya untuk terlupa banyaknya anugerh Allah dengan mengharapkan anugerah lain yang belum saya dapat bukan?

teguhnya si dia di samping isterinya meminjamkan bahu untuk bersandar, menyediakan telinga untuk mendengar, menyediakan mat untuk melihat dengan kasih sayang.

teguhnya si dia dengan selalu melafazkan yakinnya dia pada Tuhan yang menjadikan dan menganugerahkan.

teguhnya si dia yang sangat bertawakkal akan rezeki kami bukan pada tangan kami setelah kami berusaha.

yang diperlunya bidadari yang sentiasa tersenyum menantinya, menjadi makmumnya, membantunya di kala susah mahupun senang.

Terima kasih Allah, dapat aku menumpang kasihnya di bawah naunganMu.

SIAPA KATA TAK KENAL DAN NIKAH TAK BAHAGIA? 
eheh :)