=)


Usrati,,
Ridhuwan+fadhil+hizami+firdauz+firdaus+kamarul+aimerul+razali+rasyadan+azree+amirul
Saidah+mahirah+asyura+intan+hidayah+fasihah+amalina+husna zaini
Ana rindu sangat kalian!!!
Mengimbau kenangan lalu semestinya meninggalkan sebak dihati. Gembira, suka,sedih bercampur baur. Kenangan dimatrikulasi amat berkesan dihati ana. Siapa sangka disitulah tempat tarbiyyah ana setelah meninggalkan Maahad Muhammadi tercinta. Dengan keputusan SPM,sekadar 9A ana mendapat tawaran ke kmns. Terdetik kecewa dihati kerana hajat untuk terus ke university tidak kesampaian. Sebetulnya,amat berharap dapat belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Namun, langkah diatur juga, bermula dengan sesi pendaftaran. Ana dihantar oleh ummi,abah, nenek ,ayah su dan keluarga, serta ayah nik sekeluarga. Suasana agak meriah disana. Kemudian terpaksa pula beratur panjang untuk mendaftar. Semasa beratur sempat pula berkenalan dengan seorang kawan, Diana. Masa seminggu dihabiskan dengan sesi orientasi. Letih yang amat!!..tetapi di waktu orientasi itulah , Dengan IzinNya, ana bertemu sahabat-sahabat tersayang..(usrati). Subhanallah..Indahnya Ukhuwwah andai berpaksikan aqidah, berpandukan al-quran dan assunah. Mengingati kata-kata sahabat ana, ukht mahirah “jalinkan ukhuwwah, jauhkan ikhtilat”..kata-kata ini amat bermakna bagi ana kerana antara muslimin dan muslimat itu ada batasan pergaulan yang mestilah kita pegang untuk memelihara diri dan hati juga agar maruah dan ke’izzahan ISLAm terjaga.
rindu bangat sama ntum..
selamat berjuang!!!!!! chayyo' chayyo'
ALLAH MENEMUKAN KITA MEMISAHKAN KITA...NAMUN SELAGI UKHUWWAH DIHATI KITA TETAP BERSAMA..INSYA ALLAH

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam rindu dr ana~
ana pn sgt rindu shbt kmj n kalian smua...