rindu masa dahulu




bismillahi walhamdulillah

hari ini saya mahu mengatakan tentang rindu lagi...

ooh....hati dipagut rindu....

ketika saya selesai menge"post" tentang ramadhan kareem..ramai sahabat-sahabat saya yang sama-sama belajar di maahad muhammadi perempuan menyatakan perasaan yang sama..
sesungguhnya kami memang dipagut rindu...

tentu sekali rindu akan ketenangan, keberkatan di maahad muhammadi..dan saya juga rindu akan maahad syamsul ma'arif , tempat dimana saya bermula bergelar pelajar sekolah menengah...

alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat

di syamsul maarif..
saya mula mengenal apa itu badan dakwah..
mengenal apa itu amanah, tanggungjawab
apa itu Islam

dan saya teruskan bila berpindah ke maahad muhammadi...memang tahun pertama di maahad muhammadi bukanlah pengalaman yang manis bagi saya,,kerana melihat kepada syakhsiah segelintir pelajarnya...kenapa begitu?
hati meronta..tidak suka...
tetapi bila di tingkatan 5, saya memasuki badan dakwah,,,
hati kembali diikat dengan ukhuwwah,diri semakin tenang,,,
ooh..bukan badan dakwah tidak buat kerja...tetapi...saya yakini kita hanya berusaha dan ALLAH yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

ustaz-ustazah+cikgu cikgi
sangat berusaha untuk memastikan tullab bukan sahaja pandai tetapi teguh agamanya...juga dapat membawa imej Islam walau dimana mereka berada.

"jadilah seperti benih yang bila dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke hutan menjadi bukit"

teringat ym bersama fatin(rakan sekelas yang belajar di aus skrg)...

kita yang menentukan mahu menerima nasihat atau tidak..pokoknya bila berada diluar lingkungan maahad, tanggung jawab menjaga, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa di maahad adalah bergantung kepada kita sendiri...

dan saya melihat kepada kunci kepada semuanya adalah KEFAHAMAN
dengan faham barulah kita akan yakin untuk berpegang dengan apa yang telah kita pelajari..

dan untuk memhami, semestinya kena BERFIKIR dalam tindakan perbuatan dan perkataan


~ ya ALLAH, rahmatilah guru-guruku yang telah mengajarku dahulu~ AMIIN

kita adalah kita..berubah dan berubah kepada yang lebih baik..insya ALLAH.

Ulasan

Mrs mistri berkata…
salam saidah..
doakan saye jugk ^^
salam saidah..
ingat saya lagi x?

~ja@zakirah