conteng...

Antara hobi saya,
sama ada di waktu lapang atau diwaktu sesak,
apa yang ada di tangan dan sekeping kertas reja atau nota, tepi-tepi yang kosong di isi dengan lukisan.
lukisan luahan, biar orang tidak memahami apa contengan itu, saya sudah berpuas hati kerana mampu meluahkan dengan bahasa yang saya senang.

pernah..
di dewan peperiksaan..oleh kerana kehabisan idea
@
berehat seketika dari menulis jawapan, tangan akan melukis apa yang bermai di fikiran..
hingga seorang pengawas peperiksaan berhenti dan bertanya..
kamu lapar ke???
(saya lukis burger, fries, air)

dulu-dulu...
hobi melukis sehingga membuat dialog cerita seperti komik..
cerita kanak-kanak mungkin...yang pasti saya sudah lupa apa objek utama ketika darjah satu @ dua dahulu...

tingkatan 3...
paling suka buat nota sains rantaian makanan...
rumput dimakan burung-burung dimakan helang
hanya kerana 1...dapat melukis binatang itu...

kini...
saya bukanlah pelukis terkenal,
atau mengambil jurusan seni...
tapi melukis tetap dekat di hati...
bagi mengekspresi diri..
apa yang muncul di fikiran..
apa yan menerewang di minda...


lihat nota saya...
penuh dengan contengan lukisan..
setiap helaian pasti punya cerita berbeza....

luahkan..
biarpun ianya tidak difahami...

lukiskan..
biarpun hanya engkau sahaja yang mengerti...

art therapy for me ^^


Ulasan

farhan ali berkata…
sampai kena tego tu, hi2
ish2 anak dara ni :D
azalia hjsalleh berkata…
hik3 chumel je kak saida nie