sharing: BAGAIMANA AKU DAPAT MENGUSAI DIRI UNTUK BERJAYA DALAM REDHA-NYA???

kata2 ini menyapa inbox fb, sellfish klo tak dipanjangkan buat yang lain. maaf, entry ini agak la panjang.


BAGAIMANA AKU DAPAT MENGUSAI DIRI UNTUK BERJAYA DALAM REDHA-NYA??? 

Di kala fatrah imtihan semakin hampir,

Hamba –hamba Allah itu,

Ada yang terasa tenang terus berusaha sungguh-sungguh dengan pergantungan pada Allah tiada putus..dia terus berusaha..dan berusaha sehabis daya..tanpa putus bertawakkal kepada sang Esa yang Maha Menentukan..Dia tahu dia sememangnya tak kuat,tak mampu pun untuk 'berusaha segigih itu dengn ujian-ujian yang hadir'.Kadang-kadang air mata mengalir merasa sukarnya ya ALLAH!!.Tetapi..dia mampu kuat bila dia rasa 'Allah' anugerahkan kekuatan itu untuknya..Alhamdulillah,Allah sambut 'surat cintanya' dalam doa kudusnya setiap kali solat ' YA ALLAH , aku lemah,tapi dengan KEKUATANmu kuatkan aku dan sahabat-sahabatku dalam perjuangan menuntut ilmuMU..

Antara hamba-hamba Allah itu juga,

Ada yang begitu bersemangat berusaha sungguh-sungguh,persiapan rapi sudah dibuat,segalanya perfect..'all settled' ..walau ada rasa takut sikit-sikit,tapi mampu tersenyum,mengatakan' I'm confident myself'…InsyaAllah aku pasti berjaya dengan usaha aku ni'..Alhamdulillah ,tenangnya kalau sudah bersiap untuk ke medan perang dengan senjata yang lengkap kan??Namun sama-sama untuk kita 'betulkan semaian akidah dalam jiwa' .Berhubunglah hatimu dengan Allah selalu ,ingatkan hati itu..'Aku yakin dengan mu ya Allah,semua kemampuanku ini adalah milikMU..izinkan aku untuk Kau anugerahkanku kejayaan yang Engkau redhai'..Yakinlah dengan ALLAH kita tidak akan kecewa tapi kalau yakin dengan usaha kita itu,kita akan rasa kecewa jika tidak seperti yang diharapkan..

Antara hamba ALLAH itu juga..

Ada yang terasa kuat sekejap untuk studi,kemudian rasa lemah, rasa 'down' ,stress,fikiran berserabut terasa jiwa kacau,segalanya tak terurus,masa inilah pelbagai masalah timbul,masalah hati,mudah rasa sakit hati,rasa nak marah,rasa sensitif,mudah merajuk,'selfish' ,hak dengan sekeliling terabai.Mula gagal mengusai diri,mula teringin untuk mendekati benda-bnda yang melalaikan dan perkara maksiat..cuba kita cermin diri mengimbas kembali pengalaman lepas ada atau tidak masalah-masalah ini berlaku kepada diri sendiri??
Ya Allah!! Mengapakah??

Setelah dikaji ,sedar tak sedar ..puncanya adalah Hanya kerana 'AKU TEWAS MENGUASAI DIRI AKU ' ketika fatrah imtihan…ini lah jawapannya..betul atau tidak kita berhak tentukan..
……………………………………………………



MENGUSAI DIRI > >PERLU MENANG DALAM PERTARUNGAN JIWA..
Sendi-sendi Kekuatan Dalam pertarungan jiwa :

1) HATI ..
Hati itu menjadi sendi KEKUATAN utama dalam pertarungan jiwa :
Mengikut kata saidina Ali : Allah mempunyai bejana di bumi ini,iaitu hati.Hati yang paling Allah kasihi ialah hati YANG PALING LEMBUT,PALING BERSIH,PALING CEKAL' ..Saidina Ali menerangkan maksudnya : Paling cekal dalam beragama,paling BERSIH DALAM KEYAKINANNYA , dan paling lembut terhadap saudaranya..

2) AKAL ..

Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat MELIHAT,MENGETAHUI SESUATU,DAPAT MEMBEZAKAN SESUATU,DAPAT MENGAMBIL ILMU yang kelak akan digunakan untuk mencapai tempat yang hampir dengan Allah,mengetahui kekuatan & kebesaran Allah..

Akal mukmin yang sedar dapat membezakan antara yang baik dan buruk ,halal dan haram ,maaruf dan mungkar ,kerana mukmin yang sedar itu melihat perkara ini dengan cahaya dari ALLAH yang dapat melihat sesuatu di sebalik tutup yang halus.

TAHUKAH KITA BAGAIMANA CAHAYA AKAL AKAN HILANG???(Hilang Ilmu)

1) Maksiat
2) Kekal dalam maksiat
3) Terang-terangan melakukan maksiat
4) Tidak bertaubat setelah melakukan maksiat

Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang melakukan dosa ,akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya'

ADAKAH JIWA KITA TERTEWAS???Tanda-tanda jiwa tewas :
1) Hati telah mati atau jadi keras
2) Akal manusia itu padam dan tidak bercahaya atau menyeleweng
3) Tewas dengan pertarungan SYAITAN (terbuka pintu-pintu masuk segala kejahatan ke dalam jiwanya)
Syaitan menjadi teman karibnya 'Syaitan telah mengusai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah' Al-Mujadalah ;19
4) Lupa mengingati Allah


SEORANG ALIM MENYIMPULKAN SYAITAN MENGUSAI KITA MELALUI 10 PINTU :
'ku renung dan ku fikir dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia,tiba-tiba ku dapati syaitan memasukinya dari 10 pintu':

1) Tamak & jahat sangka, aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2) Cintakan hidup dan panjang angan-angan,lantas aku menghadapainya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut secara tiba-tiba.


3) Cintakan kerehatan dan nikmat ,lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk

4) Kagum dengan diri sendiri (ujub),lantas aku menghadapi dengan mensyukuri pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.


5) Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka .lantas aku menghadapi dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6) Hasad ,lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah ,(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.


7) Riya' dan sukakan pujian manusia .lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas..

Bakhil ,lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal


9) Takabbur ,lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'

10) Tamak,lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia…



BENTENG MENGELAK DARI PANAHAN TIPUDAYA SYAITAN :

1) MENGINGATI ALLAH sewaktu memulakan sesuatu pekerjaan 
2) MENJAUHI MAKAN BANYAK ,BERMEWAH-MEWAH sekalipun halal dan bersih..

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah,oleh itu sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar'

3) Membaca Al-Quran ,Berzikir,Beristighfar
4) Menjauhi sifat tergesa-gesa
5) sentiasa bersifat berhati-hati dalam semua perkara

RUJUKAN : Maza Ya'ni Intimai'e LilIslam.. 
....................................... 

SUKARNYA JALAN MENUJU KEJAYAAN ITU!!!!! 



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129 

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya (Al-Imran 159)

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! 

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” 
-Surah Yusuf ayat 12
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah:5&6)



Gantungkan harapanmu pada Allah,
Tetapkan aqad,
Teguhkan niat LILLAHI taala
Walau apapun mehnah yang datang bertamu,
Tanamkan benih tawakkal,
Dan berusaha sehabis dayamu,
Berserah & berdoa kepada yang Maha Berkuasa Atas segala sesuatu..

Ya Allah hadirkan hati kami dalam mencari redhaMu,
Dalam menuntut ilmuMu dan Kuatkan semangat kami untuk berjuang menghadapi imtihan dunia ini..
Kami ber'tawassul' dengan masa2 kami yg kami luangkan untuk membntu agamaMu..engkau mudahkan kami dalam pelajaran kami..Izinkan kami utk Engkau bagi Kekuatan kepada kmi
Berusaha Berjaya Liddinil Islam!
Ya Allah saksikanlah hati-hati para pejuang agamaMu…berjihad dalam Medan IlmuMU ..Moga Kami tidak menjadi Fitnah kepada Islam..

::25APRIL2011::Edit :Perkongsian pengisian Solat Hajat Batch Tahun 3(siswi)::Buat sahabat-sahabat daie ilallah..::







P/S: ATTALAQ: 2-3. ^^

Ulasan