being KMNSian

bismillahi walhamdulillah

ini cerita seorang saie

membelek kembali tahun 2007/2008, saat Allah takdirkan saya di bumi negeri sembilan. jauh perjalanan, berbukit-bukit sampai terputus bukitnya- BUKIT PUTUS-.

melangkah ke satu fasa lagi setelah habisnya fasa sekolah. sekolah menengah yang solehah biiahnya ke tempat yang tidak boleh digambarkan suasananya. sosial kah? solehahkah?

kaki saya melangkah juga ke sana, ramai yang menghantar anak sulung cikgu abdullah ini. pendaftaran selesai dengan lancar dan minggu orientasi bermula. hadiah masuk KMNS adalah baju t-shirt hijau -biru-putih, tudung bawal bidang 45 warna kuning dan beg KMNS.

zapp....

tudung bawal- jarang-kecik. saya pakai juga tapi 2 lapis. lapis dengan tudung lain. bimbang ternampak batang leher , silap-silap rambut sekali.

baju pendek. dipakai 2 lapis juga bersama t-shirt labuh.

5 hari begitu. berjaya dilalui.

aktiviti minggu orientasi yang padat. kami budak baru setahun jagung ini perlu berjalan laju. benar kata fasi ini latihan apabila sesi pembelajaran nanti.

dan 5 hari berjaya dilalui.

walaupun satu masa, bergelut dengan solat dan masa yang padat.
walaupun satu masa, tak sempat nak makan.

5 hari penuh erti bagi seorang pelajar berusia 18 tahun ketika itu. lagi bererti bila bertemu mereka.

MEREKA

bukan saya seorang memakai tudung 2 lapis dan baju 2 lapis. bertemu dan bersenyum dan bersahabat selama setahun. dan kini perhubungan itu sudah menjangkau tahun ke 5.

jika seorang kanak-kanak usia 5 tahun sudah boleh menguruskan diri sendiri, bersosial dengan kawan dan masuk tadika-sudah advance. jadinya persahabatan 5 tahun sudah  boleh matang bukan?

mereka buah hati saya. tersimpan kukuh diingatan saya. dan kami sekarang berhubungan jarak jauh. sesekali sms, sesekali emel, sesekali fb, sesekali telefon, sesekali jumpa di program.

Being KMNSian

disitu saya mendalami ilmu-bilologi , matematik, kimis, bahasa inggeris
disitu saya mengenal dan berkenalan- rakan sepraktikum, rakan seJPP, rakan sebilik, rakan sesurau, rakan se-blok
disitu saya ditempatkan bersama berlainan gender-almaklum sekolah menengah di sekolah perempuan.
disitu saya berkenalan dengan kawan cina dan india
disitu saya melatih skill kepimpinan-pertama dan terakhir bertanding sebagai calon pilihanraya
disitu medan dakwah saya yang baru-ketika itu-

culture shock?
alhamdulillah, saya mampu menanganinya dengan kekuatan dari sahabat-sahabat kepada saya. eheh. mereka bagi super saiya dekat saya. :)

sebenarnya, suasana adalah faktor paling minor untuk mengubah seseorang sekiranya KEIMANAN menjadi faktor major kekuatannya.

saya membina IMAN bersama sahabat-sahabat. saya tidak melakukannya seorang-seorang. saya memang lemah tapi ada yang mengingatkan, ada yang memegang tangan memimpin saya untuk berdiri , berjalan dan berlari. ada yang menadah tangan untuk sahabatnya nan seorang ini. ada yang memeluk saya meminjamkan kekuatan, ada yang menadah telinganya mendengar celoteh saya. ada yang berkata-kata manis membuang rajuk saya.

once KMNSian always KMNSian

sehingga sekarang saya masih lagi mahu berbakti buat KMNS baik secara langsung atau tidak. jika sempat , saya menjadi fasilitator minggu orientasi.

di KMNS hanya 10 bulan. tapi impaknya jauh kedalam. dan rindu tidak pernah padam terutama bersama MEREKA.

dan kelak nanti, UITM bakal menjadi 1 lagi memori dalam lipatan sejarah hidup hamba ALLAH ini.

semoga ALLAH memberkati BUMI KMNS.

Ulasan

Unknown berkata…
Saya KMPPians. ^_^

Tahu tak saya sayang KMPP amat?