1: Post pertama buat permata hati.

Bismillahi walhamdulillah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Menginjak ke trimester ketiga 2 hari lagi. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya, Dialah Maha Memberi dan Mengambil Semula. Moga-moga , Allah beri kesempatan untuk merasai nikmat bersalin dan mempunyai anak, Insya Allah.

Adik, 

Hari ini hari yang bermakna, hari ini kita pergi kuliah dhuha bersama abi ;). Seronokkan dengar cermaha Ustaz Mat Esa. Sepanjang ceramah adik bukan main aktif lagi. Umi jumpa ramai abang, kakak usia 2,3 tahun di majlis ilmu itu, sejuknya mata memandang mereka. Kecil-kecil lagi sudah dibawa ke taman syurga. Umi berdoa moga umi boleh bawa adik nanti ya! Semoga Allah mudahkan . Amiin.

Tadi kita sampai lewat sedikit, pengajian telah bermula, tapi tak apa, asal sampai. Sudah lama abi dan umi ingin ke kuliah, hari ini baru berkesempatan, lapangnya dada ini mendengar mutiara ilmu. ;)

Kuliah tafsir tadi berkisar tentang cara kita menghadapi ahlil kitab. Ahlil kita ini terdiri daripada golongan yahudi dan nasoro. Mereka ialah golongan yang pakar mengenai kitab mereka. Mereka ini menganut agama samawi, iaitu agama yang turun dari langit. Ada persamaan antara kepercayaaan ahlil kitab dan muslim iaitu berkenaan tentang adanya malaikat, syurga, neraka, serta hari akhirat.

Hujjah terbaik bagi muslim menghadapi ahlil kita ialah menggunakan Al-Quran, Hadith, serta kitab asli Zabur dan Injil..

Melalui ayat tersebut (tidak tahu ayat apa), hendaklah kita menghadapi ahlil kitab dengan cara yang terbaik., perdebatan yang lembut lagi hikmah. Ahlil kitab yang telah memeluk Islam ialah Raja Najasyi, Salman al-Farisi, Tamim ad-Dahri dan lain-lain.

Didalam menghadapi ahlilkita, Nabi Muhammad saw telah mengajar kita supaya tidak membenarkan atau mendustakan mereka, bahkan katakanlah Aku Beriman dengan Allah dan Rasul. Ini kerana ahlil kitab ini terkenal dengan meminda kitab-kitab asli.

Kita dilarang bertanya ilmu denganahlil kitan kerana mereka terkenal dengan tokok tambah yang kadangkala benar kadang kala salah atau dusta.

Muslim seharusnya melihat kepada Al-quran dan assunah dahulu , sekiranya cerita ahlil kitab tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Assunnah, maka boleh diterima selagi hal itu tidak memesongkan aqidah seperti nama isteri firaun, berapa besar bahtera nabi nuh.

Hadith

Memulakan amalan penting dengan pujian kepada Allah menambahkan keberkatan. Puji kepada Allah pada perlara makruh atau haram ialah berdosa.

Makna jihad ;
1- bahasa: berusaha bersungguh-sungguh
2- syara': berusaha bersungguh - sungguh menegakkan Islam. 

Jihad terbahagi kepada 5 (4 je umi catit)
1- Pendidikan : jihad memberi ilmu tentang Islam
2- Harta: membelanjakan harta untuk 
Islam
3- tolak: mencari musuh Islam untuk diperangi seperti Saidina Umar menghabtar tentera ke syam
4- semboyan umum  


Jawapan kepada soalan :

Ustaz menyarankan agar kita perlu merasa cukup dengan apa yang ada. Contohnya, sistem pembelian kereta atau rumah sekarang tidak boleh lari dari riba, oleh itu jalan paling selamat ialah mengumpul wang untuk membelinya, biarlah kita merasa cukup dengan apa yang ada sekarang, simpanlah duit dahulu untuk membeli rumah atau kereta tanpa hutang. Marilah kita bersikap berhati- hati dalam semua perkara.

Usai kuliah jam 11 pago, abi umi bergegas ke program kesihatan anjuran Pas cawangan Taman Kota Masai di Pasti Nenas. Alhamdulillah dengan sambutan yang menggalakkkan dari penduduk, mereka datang untuk memeriksa kesihatan mereka secara percuma.

Umi tinggal abi disana, pukul 1 umi pergi ke Tiram membantu kak sofea menyambut ahli mesyuarat ke Tebrau. :)

Alhamdulillah, untuk hari ini. Adik aktif je dalam rahim, sukanya umi walaupun kadang- kadang sakit perut umi adik mengeras.
:)

Moga Allah memberi yang baik- baik dan menjaga keluarga kita ya! 

:)

I love you.





Ulasan