review 2009, suatu muhasabah

bismillahi walhamdulillah,

putaran masa seperti tabi'inya, detik demi detik, minit ke minit, jam bartukar jam, hari berganti bulan, dan sungguh benar kata-kata ALLAH,

"Demi masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian"
(al-'Asr-1)


2009 kini hanya tinggal SEJARAH,
baik manis yang dirasai , baik yang pahit untuk ditelan, semuanya bercampur baur menjadi perisa kehidupan.

diari tahunan ana, terhias lembar demi lembar dengan catatan penuh pengertian. menulis dari hati, nafas seolah tersekat, bagaimana untuk dimulakan,kenangan tergambar diingatan, tersimpan di pengkalan data Hippocampus.

dan sungguh, ianya memberi satu pengalaman, mematangkan fikiran, merasionalkan minda agar apa yang mendatang dapat diharungi dengan TENANG.

2009,
tahun bermulanya dekad kedua hidup ana,tiada lagi angka 1 didepan, bukan lagi belasan, dan sepatutnya tidak lagi bersikap seperti budak hingusan.

resolusi dari 2009:
memperbaiki hubungan dengan ILAHI agar meningkatnya IMUNITI DIRI.


gambar sekitar 2009.


~walimah sahabiah/sepupu~

~asma' zinnirah, husna insyirah~(permata ayah su)
^^ana tumpang gembira^^



adik-adik,yang selalu ana rindu

kata sahabiahku Mahirah " sedih simpan di HATI, gembira juga simpan di HATI".

RINGKASNYA....

UJIAN...
alhamdulillah, kerana bila diuji, hati berdetik yaqin " ALLAH selalu ada bersamaku"


sekeping HATI.
mungkin besarnya hanya segenggam lima jari, tetapi ia mengawal seluruh diri.

"ketenangan terletak di HATI, hanya pada HATI yang dekat pada ILAHI"

Alam Nasyrah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  1. 094:001 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
  2. 094:002 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
  3. 094:003 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
  4. 094:004 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
  5. 094:005 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
  6. 094:006 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  7. 094:007 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  8. 094:008 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

(ASY-SYARH,1-8)







Ulasan