Tuesday, September 27, 2011

Hakikatnya

hakikatnya


saya tak berapa pandai berkawan. (definisi kawan juga subjektif sebenarnya kan.)
bagi saya seorang kawan rapat sudah cukup. 


saya tak berapa suka ber"angkat-angkat"
tidak pernah ada istilah itu dalam kamus hidup 


saya tak berapa suka ke tempat ramai
sebab saya suka seorang-seorang


independent
isolate diri


orang boleh kata itu semua


"janji saya tidak bercakap pasal orang saya anggap orang tidak bercakap pasal saya"


tapi saya ramai kenalan
untuk senyum bertegur sapa dan bersalaman
setakat itu boleh dikatakan


kenapa ye?


memori zaman kanak-kanak - kawan baik di rampas- bolehlah dikategorikan sebagai faktor penyumbangnya


saya banyak cakap, tapi saya memang kurang bercakap bila bab luahan perasaan sebab saya rasa tiada orang yang boleh untuk saya luah.


dan sebenarnya bila saya meletakkan dinding dengan orang lain, ia juga penyekat kegembiraan. tapi tak apa, dah biasa =)


dan saya sangat menghargai insan ini yang tegar dengan karenah saya:


- mai = yang duduk sebelah sejak dari sem 1 hingga sem 6
-kak maziah-yang bagi tidur katil dia dan dengar komen2 saya
-yana- ada benda kita satu kepala
-mahirah-yang jadi tukang dengar, tukang komen, tukang nasihat sepanjang dari matrikulasi hingga sekarang
-alang+kak uti + kak ina- partner bising sama-sama
-gyah- yang jadi kawan baik sangat-sangat dari form 2 hingga sekarang
-kak za- akak yang banyak bagi nasihat


maaf ye


buat kamu- saya tak berapa pandai berkawan


hakikatnya


mereka-mereka ini tiada dengan saya. tapi dah biasa =)


dan selamanya saya ada ALLAH.





1 comment:

Amirul Mukmin said...

lama dah akak x post, lama dah x dengar suara ye, bagaimana praktikal kat sana, ok ke