Wednesday, April 3, 2013

Pasir Gudang : Uncle Jon Burger Gedi


Bismillah

Semalam kami makan Burger Homemade daripada Uncle Jon. Saya dan suami balik kerja pukul 7.30 malam, lepas tu keluar semula ke Taman Bukit Dahlia ambil barang. Dah ambil masa kat situ singgah lah dekat medan niaga Taman Cendana.

Suami cadangkan cuba makanan baru. Jadinya kami cuba makan Burger Uncle Jon ni, baru bukak tak silap gerainya.

sebab kami berdua je , beli satu je , combo set RM 7. lagipun makan 1 pinggan kan sunnah :). Suami order cendol yang mana si pelayan salah fahm ingat kami order dua. Jadinya terpaksalh bayar untuk dua cendol.

munkin dalam gambar nampk kecil je burger ni . burger ni lebih besar saiznya dri burger yang selalu kita makan tu. Dekat burger tu biasalah ada salad, mayo, sos, tomato. Fries dia letak serbuk perasa, dan saya tak berapa suka perasa tu. Lain kali nak minta dia tabur garam sahaja.

Apa yang sedap ialah DAGING BUATAN SENDIRI UNCLE JON tu. Tak lama sangat pun tunggu burger ni siap . :)

Alhmdulillah, kami kenyang makan burger ini. Tapi tk bolehlah makan selalu sebab ini kan sejenis makanan segera, lagipun perut kelate ambo, nok nasik jugok. hehe.

by the way ini link FB dia :)

Perasaan ada keychain atas meja, itu kunci kereta kami. dan semestinya handmade by me :). nak order bagi tahu.

INI KALILAH! INI KALILAH !

TAKBIIR!!!

No comments: