Friday, June 28, 2013

occupational therapy a.k.a pemulihan carakerja

bismillah

saya kan asyik pending je post ni an. untuk adik adik yang pernah tanya saya OT tu apa, dan orang yang nak kenal OT tu apa. bulihlah kenal-kenal sikit OT.

Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihana pertuturan dan lain-lain. 

ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal. 

pemulihan -rehabilitasi- carakerja ini kiraanya merawat pesakit agar boleh kembali melakukan pekerjaan mereka tidak kiralah pekerjaan harian seperti mandi, gosok gigi atau pekerjaanny contohnya suri rumah guru, juga pekerjaan lapangnya seperti bermain badminton. wahhh.....kan,,cam banyk gitu kan..hehehe.

kalau ambil OT ni kan semua penyakit kita belajar cara rawatnya dari budak kecik ke tua bangka. belajar memang banyak ah. 

peluang kerja bidang OT ni sepatutnya meluas tapi jadi sempit. kalau dekat negara orang putih OT ni femes lagi ah tapi kalau kat sini sesetengah oranag je tahu. kebanyakannya kerja hospital yang lain di pusat-pusat rehabilitasi swasta. 

Siapa nak further OT ni kena lah minat, even awak JPA scholar pun belum tentu awak dapat kerja kerajaan macam farmasi, doktor dan pelajar-pelajar SPA. kalau tak minat , tukarlah ke bidang lain yang lebih anda minat. kemungkinan kerja private ni sangatlah tinggi memandangkan tak banyak kekosongan dalam hospital SEKARANG. Persaingan sengit jugalah!

personally saya more into kanak-kanak fokus lagi kes psikiatri kanak-kanak an tak minat sangat kes-kes tulang atau fizikal.

saya rasa tak rugi lah belajar sebab nanti ada anak saya boleh terapikan dia, explorekan dia dengan macam-macam permainan . sebenarnya bidang OT ni masih banyak perlu diterokai, dan bersedialah anda untuk mencari kerja dengan saingan bila ambil jurusan ini. hehehe. tapi tak apelah, rezeki di tangan Tuhan =). 



tapi tak pa lah, masa itu sudah berlalu tidak boleh di undur lagi. hehehe. ada sebab kenapa Allah campak kita kepada sesuatu. kan??

p.s/ masih cari kerja yang stabil tapi macam nanti akalau kerja 8 jam terlepas pula golden hours dengan anak -anak. dan kalau kerja 5 jam , cikgu aje lah dan bila pulak lah saya ambil cikgu, hehehehe. antara lebih duit dan lebih berkat, lebih berkat yang saya nak. ehehehe. 

hopefully cik abang boleh pindah Penang. hopefully abang dimurahkan rezeki naik gaji untuk kami. insya Allah. Sangat lah harap dapat pindah Penang nanti dekat dengan kelantan dan kedah . :)

No comments: