Friday, June 27, 2008

satu langkah kehadapan...

assalamu'alaikum warahmatullah...
'asif jiddan,sudah lame blog ini tidak di 'update'
kekurangan masa dan ruang...banyak musyaqqah dan urusan penting yang perlu dilunaskan...

Pastinya tarikh 28 dan 29 haribulan merupakan tarikh yang bererti buat lepasan spm/stpm/matrikulasi/asasi...
hari pendaftaran pelajar baru ke universiti...

ana rasa bagaikan melangkah satu langkah lagi kehadapan,
berdebar-debar menunggu apakah cabaran yang akan ditempuhi selama disana...
apakah diri ini mampu teguh melawan arus perdana masa ini...
apakah diri ini boleh membuatkan ummi dan abah tersenyum..
apakah diri ini berjaya melunaskan segala tanggungjawab yang tergalas dibahu ini...

tanggungjawab sebagai muslim,anak,pelajar,sahabat dan ahli masyarakat...

ummi dan abah...
bagi mereka satu kejayaan bilamana anak mereka berjaya ke menara gading...
senyum mereka melebar...
tawa mereka riang...
wajah mereka ceria...
mata mereka bercahaya...
menandakan betapa gembiranya mereka..
majlis kesyukuran dan solat hajat diadakan...
betapa besarnya harapan mengharapkan mereka permata hati mereka berjaya di universiti nanti...
doa mereka agar anak-anak berjaya...
sedarkah kita itu semua...????

bukan mudah untuk menjadi yang terbaik...
tapi ianya bukan mustahil...
pasakkan azam dihati,,,
berusaha kerana ALLAH..
yakin dan tawakkal padaNYA..
moga DIA membantu kita menghadapi mehnah dan tribulasi sepanjang di universiti dan alam seterusnya...

sahabatku...
tak kira dimana bumi dipijak,,,tetapi disitulah ISLAM dijunjung...
biar apa pun yang melanda+menduga...
kita masih lagi berdiri mandaulatkan ISLAM di bumi MALAYSIA ini...

DOAKU...
DOAKU DAN DOAMU BERSATU DEMI ISLAM,,,
Ma'a taufiq wannajah...
Salam ukhuwwah..

No comments: