maahad muhammadi lilbanat medan tarbiyyah..=)

badan dakwah dan tarbiyyah (BADATI)..ana melangkah kaki ke sekolah ni ketika dii tingkatan 4,,mulanya agak berat hati meninggalkan srkolah dulu..maahad syamsul maarif..tapi digagahkan jugak untuk menuntut ilmu...jadi ana terlibat sepenuhnya dengan badati ketika tingkatan lima...

.:Sejarah Penubuhan:.
Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah atau ringkasnya BADATI sebenarnya telah lama wujud sebagai BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam) di bumi Maahad Muhammadi semenjak sekitar 60-an lagi. Bergerak sebagai badan yang menyeru ke arah kebaikan, usrah, ceramah, tamrin, dan sebagainya, tidak jauh bezanya dengan kegiatan BADATI hari ini.


Walaubagaimanapun, BALKIS dimansuhkan pada tahun 1981 dan kegiatan keagamaan ini diteruskan oleh Persatuan Islam di bawah bahagian ko-kurikulum.


Menyedari betapa pentingnya satu badan khas yang menjalankan kegiatan dakwah secara menyeluruh, beberapa orang guru telah mengambil inisiatif menubuhkan semula BALKIS sebagai platform untuk aktiviti keagamaan yang lebih cergas selepas hampir 10 tahun badan dakwah dimansuhkan.


Akhirnya dengan arahan dari YIK, BALKIS diwujudkan semula pada 2 Mei 1993 secara rasminya dan ditukar kepada Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah (BADATI). Nama ini diilham oleh Ustaz Mas Sulaiman Ab Ghani, salah seorang guru penasihat badan dakwah ketika itu.


Dengan pengiktirafan ini, BADATI diletakkan di bawah bahagian Hal Ehwal Murid sebagai sebuah badan induk di Maahad Muhammadi Lilbanat. Sehingga kini, BADATI lebih advance dengan cara penyampaian dakwah yang pelbagai seperti penerbitan lidah rasmi BADATI, Al-Irsyad dan Buletin Tarbiah, pertandingan-pertandingan dan sebagainya.


Melangkah menghadapi hari-hari yang mendatang, BADATI diharap lebih berwibawa untuk mentarbiah puteri-puteri MMP, meneruskan kegemilangan bumi yang penuh barakah ini. Sesungguhnya bumi Maahad akan terus kekal sebagai bumi tarbiah selagi ada insan yang ingin mentarbiah dan ditarbiah.


psst:ni ana copy paste dari blog badati...=)

Ulasan