tazkirah bersama ustaz suazhar.abdullah

alhamdulillah..berkesempatan jugak untuk menjenguk blog pada hari ini..semalam ana mendengar tazkirah maghrib daripada Ustaz SuAzhar bin Abdullah..bekas muallim ana di Maahad Muhammadi Lilbanat..sekarang bekerja di Pusat Bahasa Arab..Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nilam Puri..ustaz yang memang terkenal dengan kafaqihan dalam bidang bahasa arab..
MySpace

apa yang diutarakan oleh ustaz adalah mengenai syabab (pemuda) dan peranan mereka..
MySpace

waktu muda merupakan masa paling berharga,syabab bakal menjadi pimpinan masa hadapan bagi menggantikan pemimpin yang sedia ada dan bakal mencorakkan sesebuah negara.bukan itu sahaja, golongan syabablah yang banyak mendokong gerakan-gerakan Islam..Kisah Sirah Nabawiyyah..kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama Sahabat baginda Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, ketika itu Abu Bakar al-Siddiq masih muda, kisah ashaabul kahfi dimana 7 orang pemuda yang sanggup melarikan diri daripada raja yang zalim demi mempertahankan aqidah Islam. bukan itu sahaja, qdizaman nabi Ibrahim alaihissalam, salah seorang nabi ulul azmi menentang Raja Namrud. Raja Namrud dikatakan antara tiga pemerintah yang memerintah hampir seluruh dunia..nabi Ibrahim juga ketika itu masih muda,,

sahabat sekalian...
sedarkah kita bahawa golongan syabablah agen perubahan.???

MySpace

golongan syabab mestilah berani dalam berjuang untuk menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. juga berani bersuara menyuarakan kebenaran...la takhaf wala tahzan innaLLAHA ma'ana... tidak takut kepada sesuatu melainkan ALLAH subhanahu wataala..

juga, mengamalkan budaya ilmu melalui halaqah-halaqah ilmu ,daurah dan sebagainya. dizaman globalisasi ini, kita dapat mencari banyak maklumat hanya dengan satu klik sahaja, sama-sama manfaatkan teknologi yang ada untuk Islam. disamping itu, menigkatkatkan bacaan bagi meningkatkan thaqafah. tetapi bukanlah hanya membaca buku agama sahaja, malah membaca mengenai semua bidang sepert ekonomi,sains etc.

kita juga perlu mengetahui hal-hal semasa yang berlaku di sekeliling kita sama ada di kampus, dalam negeri,luar negeri,luar negara. jadilah mahasiswa yang ambil tahu dan cakna dengan perkembangan semasa.

ada banyak lagi yang diutarakan oleh ustaz tetapi ana akan masukkan di post-post yang akan datang...MySpace INSYA ALLAH...ana mohon maaf atas kesilapan,tersalah taip,kata dan sebagainya..dek kerana kesuntukan waktu,jari-jari yang mula lenguh...dan idea yang membeku..

KITA MAMPU MERUBAH..!!!

Ulasan

suazhar berkata…
Assalamulaikum...Ukhti Saidah

Terima kasih kerana masih mengingati muallim yang tak seberapa ini...ada beberapa orang anak didik ust Su yang ust tak boleh lupakan akhlak dan senyuman keikhlasan seorang muslimah sejati...antaranya kak saidah di sana...

Walaupun berada di UiTM...tetapkan bersama jemaah Islam..kerapkan jenguk-jenguk pada Al-Quran dan kitab arab krn ia merupakan asas kepada Ilmu Islam ...

Please...jangan tinggal Bahasa Arab yang dipelajari di MMP dulu..itu adalah antara rezeki dan nikmat yang cukup besar untuk dijaga..