bersama oku

assalamu'alaikum warahmatullah
lama betoi tak update blog ni...maaf bebanyak...genap tiga minggu memulakan pengajian di sem baru... apa perasaan sahabat-sahabat???
MySpace
semalam, sabtu, 17 januari 2009 bersamaan 21 muharram 1430 hijrah,,
ana mengikuti program bersama oku di Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. progarm ini adalah program anjuran persatuan kursus ana..pesatuan pelajar pemulihan carakerja (pppck) dan ppoc (persatuan pemulihan orang-orang cacat). semua pelajar jurusan pemulihan carakerja terlibat daripada adik-adik diploma semester 2 sehingga senior-senior ijazah semester 8. kat sana kami dibahagikan kepada 10 kumpulan, dimana kami akan bersama dengan 2@3 penghuni oku kat situ..

aktiviti pertama kami dimulakan dengan senam robik..semua pelajar join sama termasuk insan-insan istimewa kat situ..ada yang menggunakan wheelchair, slow learner, little people serta yang tidak mampu bertutur. 

then, makan pagi bersama-sama...sedap..nasi lemak..MySpace

dah kenyang...hati pon senang, kerja pon ringan jek nak buat...
jadi setiap kumpulan dibahagikan untuk bergotong royong disekitar kawasan sekitar. kumpulan ana kena mencuci dekat kelas..da kumpulan lain yang diberikan tugas membersihkan bilik, menyapu halaman, mengelap tingkap dan sebagainya...

selama sejam lebih bergotong royong...acara fashion designing pula berlangsung...iaitu menghias dua orang model menggunakan surat khabar..temanya wedding..tapi kumpulan ana tidak dipilih sebagai pemenang..MySpace
lompat tali
antara pasangan..
tgh design.....designer tak bertauliah..
.ni lagi...

apa yang ana dapat dari program ini..???

dapat membantu golongan  yang memerlukan..
mendalami dan mendekati golongan - golongan istimewa..dorang ini mempunyai sifat terlalu sensitif, mudah beremosi...kurang keyakinan diri dek kerana kekurangan yang ada pada mereka.. ada juga yang terlalu aktif...bercakap+berceloteh tanpa henti..ada pula yang tidak langsung mengeluarkan suara hanya berkomunikasi dengan anggukan dan gelengan...ada yang berkerusi roda...
namun sahabat-sahabat..
mereka juga seperti kita punya hati juga perasaan...meraka sangat2 gembira menerima kedatangan kami...memberi kerjasama yang baik ketika melakukan aktiviti...
sebelum makan...meraka lah yang akan membacakan doa...
mereka juga dahagakan elemen2 rohaniyyah seperti kita..
cuma kita yang cukup jari kaki dan tangan, mempunyai sepasang mata+telinga...sebatang hidung...satu mulut...bergerak dengan bebas...
belum mampu merasa bersyukur..


Ulasan