pesanan untuk ingatan bersama

> Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..? 
> Kadangkala,
> tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon
> merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan
> individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka
> pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,
> mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym
> sebagai medium perhubungan. .. terbit rasa hairan di dalam hati ini..
> dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di
> hati mereka..?



> ADA APA DENGAN GAMBAR..??

> Baiklah...
> ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin
> juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana
> taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua
> membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu
> perkatakan selepas ini...

> ana mulakan dengan persoalan..
> Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
> 1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
> 2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
> 3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
> dan byk lagi ana rase....

> jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2
Friendster dan respon mereka...


> KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA

> Sedarlah
> wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh
> berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk
> pandangan umum..??
> Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg
> bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg
> telah dikurniakan Allah kpdnya..
> Adakah kamu fikir kebarangkalian
> gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
> Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
> Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi
> modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang
> mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk
> mengupload gambar kamu di alam maya ini..

> Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin
canggih hari demi hari...
> Tidakkah
> kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn
> hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja
> boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...
> Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan
> kecantikan mereka ditunjuk2..?

> INGAT..!! dengan kemudahan
> sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak
> bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks , dan lain2..
> Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu
> secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.. ..
> Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan
> ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg
> dilakukan olehmu sendiri...
> (jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe
photoshop ini.. hehehe...)



> MUSLIMAH DAN GAMBAR

> Perlu
> ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah
> mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah
> saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
> tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
> Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
> namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai
aurat ..

> Sanggupkah
> kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak
> ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah
> syaitan..??

> Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu
boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum)

> Sedarlah
> muslimah/akhowat. . sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu
> hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak
> perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn
> menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. .!! Jika kamu
> semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu
> satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH. ..!!


> *secara
> jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini
> hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg
> hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn
> agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade
> sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak
> komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak
> yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*

> (Artikel
> ini sepatutnya lebih dirasai oleh bdk sekolah agama..(Al-Amin la
> tuh)...setelah perkara ini tersebar luas, ramai yg mendelete account
> Friendster mereka setelah mnyedari perkara ini.. jika mereka boleh,
> anda bila lagi..??)

> sumber : cetusanmindaseorang pemuda.blogspot. com

Ulasan