turki " negara dua wajah"

bismillahi walhamdulillah...

pagi ini, masih putarannya seperti biasa, doaku dan harapanku, moga hari ini lebih baik dari semalam. seusai mathurat dan doa, buku baru dibeli " Turki: Negara Dua Wajah" oleh Dr. Abdullah Azzam dicapai. Elok lagi buku ini, dek kerana tuannya yang tidak pernah menyelak helaiannya. ^_^
pengantar penerbit dibaca sebagai muqaddimah bacaan, sungguh di untaian kata penerbit sudah menerbitkan rasa semahunya menghabiskan buku ini. insya Allah.

sedikit dari buku ini:

mustafa kamal attartuk, suatu nama yang telah meruntuhkan Khalifah uthmaniyyah, berakhirnya daulah Islamiyyah.

WHAT WAS HE DONE ????


  1. meruntuhkan istitusi waqaf dan ulama dan diletakkan dibawah pengurusan kementerian agama
  2. pengharaman tariqat tasawwuf.
  3. tulisan jawi diharamkan digantikan ke tulisan roman.
  4. pengharaman sonkok dan tudung
  5. undang-undang keluarga digantikan dengan undang - undang swiss
  6. gerakan pembaratan
  7. dan banyak lagi....
ini hanyalah sedikit contoh dari banyaknya jenayah mustafa kamal dan konco-konconya.
realitinya, tempiasnya apa yang berlaku ada di Malaysia (tidak sedikit pun banyak)

keagungan Islam diletakkan serendah-rendahnya sebagai urusan agama dan ritual semata-mata sedangkan Islam itu adalah sebagai cara hidup.

imbasan sekilas pada diri ini, sudah cukup terjaga dari lenakah diriku ini???

"janji ALLAH itu PASTI, ISLAM pasti DIJULANG KEMBALI"

An Nashr (Pertolongan)

01 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
02 Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
03 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

"Cita-citaku,
ISLAM gemilang,
cita-citaku,
daulahnya menjulang"

KEEP THE FAITH


~MAY ALLAH BLESS~
the light of the most precious happiness (sa'idah nafisa)





Ulasan