SEKITAR 2 MINGGU

bismillahi walhamdulillah

saya pulang ke rumah setelah berprogram 6 hari dari 16 hb januari hingga 22 januari. kebetulan abah dan umi tiada di rumah pada CNY. saya pulang selepas itu.
untuk research saya, banyak hospital telah saya pergi. alhamdulillah, pengalaman berharga. turun naik kenderaan awam untuk episod jelajah hospital itu.

hospital universiti sains malaysia kubang kerian, hospital raja perempuan zainab II kota bharu, hospital tanah merah, hospital pasir mas, hospital pasir puteh dan hospital kuala krai. ibarat dah jelajah seluruh kelantan. hehe.

saya disambut baik oleh pegawai perubatan pemulihan dan therapists di sana. sifat ramah tamah mereka dan kerjasama yang diberikan menjadikan pengalaman ini sangat berbaloi.

alhamdulillah.

Ulasan