Tuesday, September 11, 2012

ikatan yang teguh

bismillahi walhamdulillah

1st of all, alhamdulillah , saya sudah berkahwin dengan sorang pemuda. Saya tak pandai nak jiwang-jiwang ni eyh, cuma saya nak cerita dengan niat nak bagi motivasi buat mereka yang sedang bersabar dan berusaha ke arah perkahwinan dan yang menjauhi hubungan cinta sebelum nikah. Perlu diingat, saya seorang yang biasa-biasa sahaja! Ambil kisah ini sebagai panduan. =)

Allahu Akbar.

Allah itu Maha Besar, perancanganNya melangkaui perancangan manusia. Sejujurnya perjalanan jodoh saya tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya yang tidak mengenalinya, tidak pernah bergerak kerja dengannya, menerima lamarannya melalui keluarganya setelah beristikharah dan beristisyarah dengan keluarga. Kami bertaaruf sekadarnya sahaja bersama orang tengah yang sudah berkahwin dan teman rapat yang dipercayai. ziarah dari keluarganya menyusul beberapa bulan setelah bertaaruf. Kami bertunang setelah diusulkan oleh keluarga. 

Sepanjang bertunang, kami sangat jarang berhubung sama ada melalui telefon bimbit, facebook, twitter ataupun email. Selalunya jika perlu kami akan berbincang hanya berkenaan pertunangan dan perkahwinan. oh, ada juga kami "mengupdate" diri masing-masing, tapi hanya berkaitan dengan apa program yang kami ikuti. 

Alhamdulillah

7 bulan bertunang kami lalui. Saya sibuk menghabiskan pelajaran, dia baru memulakan alam kerjaya. Pertunangan kami tidak disebarkan secara meluas hanya teman rapat yang diberitahu. 

Kami sibuk dengan diri masing-masing. Saya dan dia banyak menghubungi keluarga bakal mertua kami, meghubungkan silaturrahim dengan keluarga bakal mertua bukan dengan diri masing-masing. hehe

Tunang

Kami banyak dibantu keluarga membuat persiapan majlis dan sepanjang majlis. Alhamdulillah.



Subhanallah


Indahnya sabar itu kawan-kawan. Manisnya bila Allah redho. =) . Berdoalah selalu agar dimudahkan urusan, diberi kesabaran, dan rezeki. Sungguh, janji Allah itu pasti. ^^

Jazakumullahu khairan kathiira

Saya dan pasangan ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih buat seluruh keluarga kami, sahabat kami yang dekat dan jauh. Mereka yang mendoakan kami dari dekat dan jauh. Semoga Allah membalas jasamu dengan balasan yang baik. AAmiin.


cincin yang saya sarungkan tak masuk elok, jadi akhirnya inche suami sarungkan sendiri!

inche suami dengan sahabat karibnya



tetamu yang hadir ^^

"facepalm"*gaya orang tak pernah pegang lelaki cam gitu la. hahaha*
Pengantin muslimah mengikut syariat 

Saya bergaya juga semasa majlis. Saya hanya memakai bedak, sedikit gincu, celak mata, sedikit blusher dan inai di jari. Jurusolek saya adalah adik saya, Sumayyah dan kawan baik adik saya, Amirah. Mereka sangat memaham saya dan citarasa saya. Semestinya tidak pada bulu mata PALSU dan mekap berlebihan. Tambahan, tunang saya telah berpesan sebelum kami berkahwin untuk tidak bersolek berlebih-lebihan. 

Untuk tudung, saya menyewa tudung Awning bermanik dan membalut Pashmina berwarna 2 tone pink-purple. Baju saya merupakan jubah "straight cut", manakala bahagian luarnya saya sewa, busana pink belacan bermanik. Saya memakai sarung kaki tebal yang tidak menampakkan jari kaki dan tumit saya. Disebabkan jubah itu berkain jarang, tidak dilupakan baju "inner, handsock dan kain dalam". Mahkota dan "veil" dipakaikan oleh kawan umi. hehe. saya tak pandai nak pakai sendiri. haha.


Bicara hati

Saya berkahwin dengan dia yang biasa, bersama cuba menjadi hamba Allah yang baik dan taat kepadaNya. Saya dan dia hanyalah insan biasa yang mahu berpayung di bawah rahmat kasih Tuhan. Saya dan dia bukan orang senang, kaya, dan ternama. Saya menyediakan diri saya bahawa saya akan berkahwin dengan pemuda agama. Bahawa dia seorang pejuang, yang bakal meninggalkan saya disaat perjuangan memerlukannya. Dia juga milik ummah. dan dia juga mengahwini seorang sayap kiri perjuangan yang juga milik ummah. 

Terima kasih Tuhan~

Buat kawan-kawan

Sabarlah , sabarlah dan sabarlah
berdoalah, berdoalah dan berdoalah.
Hati itu milik Tuhan, Minta Allah pegang hatinya untukmu.

May Allah bless us all!


3 comments:

miss phea said...

mabruk saidah..indahnya ikatan,,,ur journal very inspired..i like:)

saie said...

be patience cik puan. Allah will lead the way.
allah ltak didepan semua benda jadi lapang ^^

azalia hjsalleh said...

Alhamdulillah..
I'm happy for you sis =)
izinkan saya berkongsi cerita akak supaya dpt beri motivasi utk diri sendiri & kwn2