Sunday, February 24, 2013

Main masak-masak: Sup Ayam

as salam, hari ini dengan rajinnya saya memasak di malam hari sebab lapar. Zauji pergi kerja shift malam, makanya saya makan seorang sahaja.

Sup Ayam campak-campak sahaja.
Kita memerlukan
1- ayam
2-bawang putih
3-kayu manis
4-lada hitam
5-bunga lawang
6-halia
untuk hiasan:
daun sup dan bawang goreng

eh senang je...
no 2 ke no 6 tumbuk.

masukkan air dan ayam dalam periuk, didihkan ayam. dah mendidih masuk bahan yang dah tumbuk tu. akhir sekali, reneh sup itu.

Saya jenis tak suka guna minyak sebab dekat ayam dah ada minyak ayam. Untuk makan dengan zauji kira lepas sebab zauji tak kisah makan apa. senang sungguh zauji!


.......................

eh, garam !!!


No comments: