Perihal hari - hari

Bismillah..

Sambil menunggu encik suami balik dari mesyuarat Pasti ni , ambil masa ini untuk menulis. Perihal hari - hari saya, adalah semakin sibuk. Sibuk mungkin kerana tidak pandai mengawal dan mengurus masa sendiri. Saya telah mencipta sejarah sendiri memandu ke Kuala Lumpur dan pulang ke Johor **tepuk tangan**. Terima kasih suami bagi kebenaran dan kepercayaan.

Sememangnya kita punya tugas yang banyak, dan saya bekerja sebagai jurupulih, membuat kraft secara sambilan, tidak dilupakan tugas sebagai ahli Nisa'. Tugas hakiki sebagai Hamba, anak dan isteri.
Dengan banyaknya tugasan, saya bagai hilang punca pada mulanya. .

Tapi saya fikir, kalau benda tu kena galas, Allah mesti yakin kita boleh buat, why shouldn't i try ???


jadi saya mula dengan membuat jadual saya sendiri , maksudnya, hari ini kena buat apa, tak semua benda saya buat hari-hari. harapnya, saya boleh jadi wanita yang lebih baik !! ada hari kena basuh baju, ada hari kena lipat baju, ada hari kemas rumah.

Masa kerja, laporan pesakit buat terus, balik fikir buat kraf je pula.



mungkin anda juga boleh cuba. hehe.

Ulasan