isteri yang resah dan teguhnya si dia

semalam si dia mengemas laman rumah kami 
*FOKUS*

sedang ikat plastik hitam
sedang menyapu dengan tekun

bismillah

ikutkan dah 7 bulan nikah, macam lama juga kan? dan selama itu menanti juga anugerah dari Allah bernama zuriat. Apakan daya yang di impi itu belum berkunjung tiba. Biasa lah sebab perempuan mungkit ter -emo sedikit bila asyik di tanya soalan yang sama setiap kali berjumpa kenalan. cuba juga tersenyum lebar setiap di aju soalan itu. 

resah itu tak payah nak cerita , memikir itu ada juga, menanti seperti selalunya. menangis pun ada.

tetapi dek kerana memikir satu benda yang tak pasti itu sehingga mengganggu sinar di wajah adalah sangat tidak baik. sungguh banyak nikmat yang Allah telah berikan baik untuk diri sendiri keluarga. tidak patut bagi saya untuk terlupa banyaknya anugerh Allah dengan mengharapkan anugerah lain yang belum saya dapat bukan?

teguhnya si dia di samping isterinya meminjamkan bahu untuk bersandar, menyediakan telinga untuk mendengar, menyediakan mat untuk melihat dengan kasih sayang.

teguhnya si dia dengan selalu melafazkan yakinnya dia pada Tuhan yang menjadikan dan menganugerahkan.

teguhnya si dia yang sangat bertawakkal akan rezeki kami bukan pada tangan kami setelah kami berusaha.

yang diperlunya bidadari yang sentiasa tersenyum menantinya, menjadi makmumnya, membantunya di kala susah mahupun senang.

Terima kasih Allah, dapat aku menumpang kasihnya di bawah naunganMu.

SIAPA KATA TAK KENAL DAN NIKAH TAK BAHAGIA? 
eheh :)


Ulasan

ummu aufa berkata…
slm, saie..
Biasalah soklan2 pas kawen..nt pas ada anak sore diorang asyik tanya bile nak tambah lagi, pastu kalu dpt anak girl lg diorang tanya bile nak tambah boy lak.huhu. hidup sebagai wanita tak henti dengan persoalan2=)

Insya Allah, usia perkahwinan masih baru lg, Allah nk bg Saie n suami honeymoon berdua dulu^^ moga tak lama lg hadirla penyeri hidup saie n suami, amiin=)