Sunday, May 12, 2013

Resipi masakan sihat dan mesra hamil : ikan kukus



Kita kongsi resepi yang sihat dan mesra untuk wanita yang hamil ( kepada yang hamil lah ya)

Bahan- bahan : 

Ikan tidak kira jenis ikan
Halia muda
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Asam limau
Minyak bijan
Sos ikan
Cili padi, cili merah
Garam
Serbuk lada hitam

Cara - caranya : 

1- lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam dalam pinggan
2- hiris halia, bawang, lada kemudian masukkan ke dalam pinggan tadi, sumbat ikan dengan hirisan tersebut
3- titiklan serai,masukkan ke dalam pinggan juga
4- perah buah limau nipis ke dalam pinggan itu juga
5- masukkan sedikit minyak bijan dan sos ikan
6-Tambah air sikit ke dalam pinggan itu
7- kukus selama 8-10 minit pandai- pandai tengok dan rasa.

Masakan kukus ini baik sebab tiada minyak berlebihan, ada halia, bawang yang memberi kesan baik kepada kesihatan. Dan ikan bagus sebab ianya protein dan mengandungi asid folik.

Senang pula tu nak masak, semua masuk dalam pinggan. :)

Ada orang tambah tomato, asam boi dan macam- macam lagi. :) ikut suka hati lah.

Bismillah dan jemput makan :)

Resepi ini gabungan banyak sumber : myresepi.com dan diri sendiri. 

No comments: