Masak di kampung dan perkembangan terkini sensasi

Bismillah

Memasak di kampung sangat jimat. Semua bahan keliling rumah. Tepi rumah dekat dapur ada pokok nyiur, ummi upah kera pok we untuk pulaskan nyiur jatuh ke bawah. Stok nyiur selalu ada di rumah. Pagi-pagi ummi nak masak, dia kupas nyiur itu menggunakan pengupas tradisional yang ada dekat tepi pokok kelapa tu. Ummi buang kulit, belah nyiur kepada dua , air disimpan untuk di minum.

Serai, lengkuas, halia, lada semuanya tak payah susah-susah nak cari. Semua tu abah dan mok tanam di tanah keliling rumah. Tinggal lagi gali sahaja. Daun limau purut ada dekat rumah mak long, asam limau nipis pun. Daun pandan dekat rumah mok zan, ambil pisau, ambil sahaja. Daun kari ada dekat rumah cik na, bagitahu dia dan kutip sahaja daun. 

Kampung banyak tanah, tinggal lagi nak tanam. Keliling rumah abah tanam pokok salak, tiba masa, masaklah buahnya. Ada juga pokok limau, jambu, celagi dan duku. Dulu, ada bela juga ayam kampung, jadi bila balik ramai-ramai mok masak gulai keladi ayam kampung. Sedap mok masak, kena orang pandai masak keladi sebab ia gatal.

Sedapnya masak di kampung, semua benda tak payah dibeli. Mestilah nak beli tomato ke kubis ke kubis bunga ke kena beli di kedai. Tapi kalau bab ulam-ulaman senang sahaja nak dapat. Makan ulam cicah budu, lazatnya!

Asam keping di kampung mana sama dengan asam keping di johor. Asamnya diperbuat dati buah asam gelugur. Sedap lagi dari asam kandis bentuk bulat johor. Balik nanti beli asam gelugur banyak - banyak buat stok. Ummi sangat handal buat sambal asam gelugur, siap jual lagi. Pandainya ummi masak.

Dekat gondang kampung ummi banyak pokok pauh ringan. Bila musimnya bolehlah merasa pauh ringan muda yang rangup tu. Mok selalu buat sambal mangga muda dengan ikan, sedap sangat.

Dekat kedah pun sama, kebanyakannya ada tepi rumah, untuk makan laksa, mak jadikan pucuk putat yang mak tanam tepi rumah sebagai ulam. Mana ada makan salad dengan laksa dekat kampung. Tok dan tok wan tanam bunga kantan, nanti nak masak petik aje di belakang rumah. Mereka tanam ubi dan ubi jayu juga, manis rasa ubi keledek dan ubi kayu kampung!.

Kami bercita-cita nak menetap di kampung suatu hari nanti dengan izin Allah. 
Duduk di bandar ni semuanya beli, daun pandan sehelai pun sepuluh sen. Pandan tidak segar pula tu, kecewa betul. Nampaknya kenalah kami menanam di halaman tumah, tapi kenalah cari tanah dan beli pasu. Itulah hidup di bandar.

Ifthar tadi kami masak nasi lemak. Mulanya nasi tidak masak, kelam kabut telefon emak tnya nak buat macm mana. Lawak sungguh! .akhirnya kami kukus nasi itu, alhamdulillah ia mengembang dan masak. Saya makn bertambah-tambah.


Kami makan nasi lemak, cempedak goreng dan air sunquick oren. Alhmdulillah. Ramadhan ini tak pernah beli di param , kata abang, dia nak ajar saya berfikir dan cuba memasak. Baiknya abang pada saya. Saya pernah buat kuih sagu, puding karamel, samosa, spagetthi, laksa penang, nasi kerabu , nasi ayam( ini buat dengan abang). Rupanya nak masak tak lama pun, boleh didik diri ini nanti tengahari dan malam memasak. Umi dan mak semuanya pandai memasak, ayah pun tukang masak kenduri, cuma saya sahaja belum mahir mana lagi.

Kandungan

Hari tu pergi scan, walaupun berat badan saya belum naik, doktor cakap jangan risau bayi aktif, berpusing-pusing siap lambai tangan lagi masa scan. Subhanallah.

Ramadhan kareem

Hafizi&saidah




Ulasan