Thursday, August 28, 2008



Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Menjengah kembali...

assalamu'alaikum warahmatullah...
amat lama ana menyepikan diri dari blog ini...alhamdulillah...sedar tak sedar..dah sebulan lebih ana menjejakkan kaki ke universiti..hingga sekarang ana masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan suasana disini..melatih untuk menguatkan diri di sini..antara persoalan dibenak ana ialah...dilema...memahami orang len atau kita memahami mereka..mengikut arus ataupun melawan arus...it is not just as easy as abc..begitu susah untuk istiqamah dan istimrar dalam melakukan sesuatu..bilamana tiada kekuatan dan sokongan...ana rindu sahabat-sahabat di sekolah dahulu..bilamana hati diikat dengan ukhuwwah islamiyyah...diri diasuh dengan tarbiyyah..sentiasa diberi tazkirah dan nasihat..suasana dan biiah solehah yang tak akan didapati di mana-mana..sewaktu mengikuti program ibadah dahulu...ana teringat kata-kata seorang kaunselor...benih yang baik,dicampak ke laut menjadi pulau..dicampak ke tanah menjadi hutan..sedarkah kita bahawa ia merupakan satu cabaran...bukan sesuatu yang mudah untuk berdiri teguh mempertahankan apa yang telah dipelajari dahulu..berada ditengah-tengah ramai manusia yang tidak tahu..yang alpa...lalai..sahabat..doakan diri ini..insya ALLAH ramadhan bakal menjengah kembali..semoga RAMADAHAN tahun ini lebih bermakna dari RAMADHAN yang lalu..berusaha menjadi lebih baik...