Wednesday, December 23, 2009

ana sudah punya pilihan!

baru-baru ini ana membeli sebuah buku karangan Fatimah Syarha, "PeMilik Cintaku setelah Allah dan Rasul", juga buku "DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM"
akn ana kongsikan serba sedikit tentang buku ini, tetapi bukan sekarang...ada masalah internet...insya Allah bila dah buka kampus...
TUNGGU...

Thursday, November 26, 2009

clearance~ tamatnya semester 3~


assalamu'alaikum warahmatullah

http://www.emocutez.com

alhamdulillah...setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T, dimana diri ini masih deberi peluang menghirup oksigen dalam Iman dan Islam http://www.emocutez.com

peperiksaan akhir semester 3 berakhir tepat pada 12 tengah hari, kertas occupational therapy intervention in Medical and Neurological Condition (subjek Mr. Jaya tu...^^).

peperiksaaan yang berlangsung selama 3 jam bagaikan tak terasa,
hyperhidrossis...especially dekat palm.almaklum 3 jam pegang pen...http://www.emocutez.com

practical exam pula pada 19 & 20 hb nov...

OCCUPATIONAL THERAPY ASSESSMENT IN MEDICAL AND NEUROLOGICAL CONDITION

alhamdulillah kena rivermead behavioral memory test...tak susah masa buat scoring..tapi semasa viva,,,payah jugak nak jawab...


20 hb nov

clearance bilik A1 508 C 5..bilik pertama setelah berada di Puncak Alam...


JUMPA LAGI SEMESTER HADAPAN ~ INSYA ALLAH!






Sunday, October 18, 2009

ianya suatu putaran

yes,,it is a cycle,,, sudah dijangka dan tersurat ....ana menghabiskan silibus bulan sabit merah pada hari ini..alhamdulillah....^_^.....

and it is a cycle..

yang bermula pasti ada pengakhirannya...matahari terbit dan terbenam, bulan juga begitu, air laut naik dan surut, adanya pertemuan muncul juga perpisahan...adanya kelahiran akhirnya kematian...

and it is a cycle...

zaman sekolah rendah, menengah matrikulasi sudah berlalu...dan pasti alam universiti juga bakal ditinggalkan...dan sudah pastinya.......alam kehidupan didunia diakhiri..

and it is a cycle...

ana mengatakan kepada sahabat ana yang sekarang di korea.....bersabarlah bilamana insan disekeliling kita tidak memahami atau cuba memahami situasi kita..kerana kita terkadang tidak memahami diri sendiri...HAnya Dia Yang Mengetahui dan Menyayangi...bukan???

insya Allah pertarungan sebenar akan bermula pada 28 hb -15 hb 11....

tapi seperti biasa menuju itu hari-hari hari test!!!

28 hb 10 -kinesiology
31 hb 10 -peadiatric
02hb 11 -medical neurological condition
08hb 11 -medical neurological assessment
09hb 11 -health information system
15hb 11 -medical neurological intervention




Saturday, October 17, 2009

take a deep breath and start



hari-hari berlalu dengan sangat pantas, dan diri ini terkadang terhanyut mengikut arus...menjelang final, hari-hari test juga ada viva...terkadang merungut kerana tekanan.....kata seorang junior " tak payah complain, itulah belajar"....mulut tersenyum...betul jugak....ye,,,diri asyik merungut dengan serba-serbi kekurangan dan kesulitan yang ada, walhal jarang sekali melafazkan alhamdulillah, malah jarang sekali cuba memprioritizekan apa yang penting dahulu....

adik-adik teen circle, dah lama tidak bermuzakarah & bertanyakan khabar mereka...pasti mereka asyik menunggu khabar dari ana..astaghfirullahal'aziim,,,

saat diri dirundung masalah, hati tidak tenang, minda tidak mampu berkolaborasi dengan jasad, aah,,tewas lagi...emosi menguasai diri!!

amanah dan tanggungjawab...tertanggung berat dibahu...bukan merasakan ia sebagai bebanan cuma bimbang tidak tertunai dek kedhaifan dan kesilapan diri sendiri..

insya allah ada ibrah dari setiap kejadian, ada hikmah yang diberikan,,

dan air mata mengalir lagi...semangat dikuatkan, senyum dilebarkan agar insan sekeliling bisa melihat diri seperti biasa..

hanya Dia yang Maha Mengetahui Dan Mengerti...

ummi , abah...

kakok da h masuk ke dekad yang kedua...

terimah kasih tidak terhingga kerana melahirkan mengasuh, mendidik mentarbiyyah..hingga menjadi diri ini sekarang...

saat diri tertewas dengan perasaan, hati sakit dan perit,,, Ya Allah...air mata diseka lagi...

diri masih mencari diri, kekuatan dan ketenangan,,,,





video

Wednesday, September 16, 2009

salam syawal




~ semoga ramadhan kali ini lebih bermakna~

~ semoga syawal ini lebih bererti~

Sunday, August 30, 2009

rindu masa dahulu




bismillahi walhamdulillah

hari ini saya mahu mengatakan tentang rindu lagi...

ooh....hati dipagut rindu....

ketika saya selesai menge"post" tentang ramadhan kareem..ramai sahabat-sahabat saya yang sama-sama belajar di maahad muhammadi perempuan menyatakan perasaan yang sama..
sesungguhnya kami memang dipagut rindu...

tentu sekali rindu akan ketenangan, keberkatan di maahad muhammadi..dan saya juga rindu akan maahad syamsul ma'arif , tempat dimana saya bermula bergelar pelajar sekolah menengah...

alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat

di syamsul maarif..
saya mula mengenal apa itu badan dakwah..
mengenal apa itu amanah, tanggungjawab
apa itu Islam

dan saya teruskan bila berpindah ke maahad muhammadi...memang tahun pertama di maahad muhammadi bukanlah pengalaman yang manis bagi saya,,kerana melihat kepada syakhsiah segelintir pelajarnya...kenapa begitu?
hati meronta..tidak suka...
tetapi bila di tingkatan 5, saya memasuki badan dakwah,,,
hati kembali diikat dengan ukhuwwah,diri semakin tenang,,,
ooh..bukan badan dakwah tidak buat kerja...tetapi...saya yakini kita hanya berusaha dan ALLAH yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

ustaz-ustazah+cikgu cikgi
sangat berusaha untuk memastikan tullab bukan sahaja pandai tetapi teguh agamanya...juga dapat membawa imej Islam walau dimana mereka berada.

"jadilah seperti benih yang bila dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke hutan menjadi bukit"

teringat ym bersama fatin(rakan sekelas yang belajar di aus skrg)...

kita yang menentukan mahu menerima nasihat atau tidak..pokoknya bila berada diluar lingkungan maahad, tanggung jawab menjaga, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa di maahad adalah bergantung kepada kita sendiri...

dan saya melihat kepada kunci kepada semuanya adalah KEFAHAMAN
dengan faham barulah kita akan yakin untuk berpegang dengan apa yang telah kita pelajari..

dan untuk memhami, semestinya kena BERFIKIR dalam tindakan perbuatan dan perkataan


~ ya ALLAH, rahmatilah guru-guruku yang telah mengajarku dahulu~ AMIIN

kita adalah kita..berubah dan berubah kepada yang lebih baik..insya ALLAH.

Saturday, August 29, 2009

ramadhan kareem

assalamu'alaikum warahmatullah

bismillahiwalhamdulillah

ramadhan datang lagi, ini merupakan ramdhan pertama di puncak alam..
sumanya seperti biasa, cuma, tiada makan tengah hari dari kafe Hotel UiTM, dan malamnya di isi dengan terawih...lagi..ditambah sahur dan qiamullail..alhamdulillah...kali ini belum lagi dapat pulang ke kampung...rindu+rindu masakan ummi...
lagi..rindu ramadhan di asrama maahad muhammadi...tapi hakikatnya dan sememangnya..masa tidak akan mampu berputar kembali.

Monday, August 17, 2009

uhibbukum fillah-emel dari sahabat

Assalamualaikum wbt..
Khas kutujukan buat sahabat sababiah semua yang sedang dalam perjuangan.
Moga kita menjadi insan terpilih untuk terus berada di sisiNYA, dan moga perjalanan ini dapat kita akhiri bersama-sama dengan suatu kemenangan yang nyata.

****************************************UHIBBUKUM FILLAH*****************************************

hambaallah1: np nangis??

hambaallah2:sbb teringat dan takut akan sesuatu..

Deras air mata berselang dengan sendunya.Mata merah berair menunjukkan sesuatu yg disembunyikan.Lalu hatinya menjawab..


*Aku menangis...
bila kuterbaca sabda Rasulullah S.A.W: "Pada Hari Kiamat nanti, seorang dihadapkan atau diseret lalu ia dicampakkan ke dalam api neraka, maka terburailah segala isi kandungan dalam perutnya, serta ia pula berputar-putar atau berpusing-pusing sebagaimana berputar-putarnya keldai tempat tambatan (yang diikat tiang). Maka seluruh ahli Neraka berkumpul mengerumuninya lantas mereka bertanya: "Wahai fulan(kawan)!, Apa yang telah terjadi kepada diri kamu ini? Apakah kamu tidak menyeru ke arah kebaikan (amal ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar)?" Ia menjawab: "Bahkan ya.Aku telah menyeru ke arah kebaikan, tetapi aku sendiri tidak melakukannya dan aku juga telah mencegah kemungkaran, tetapi aku sendiri melakukannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Aku menangis...
bila kuterbaca perumpamaan daripada Imam al-ghazali tentang orang yang berilmu mengajar orang lain namun ia sendiri tidak beramal iaitu:"Buku tulis yang boleh digunakan untuk mencatat, tetapi ia sendiri tidak memiliki apa-apa.Atau seperti batu asah yang diguna untuk menajam pisau tetapi ia sendiri tidak boleh memotong apa-apapun. Begitu juga seperti Jarum yang digunakan untuk menjahit pakaian, namun ia sendiri tidak berpakaian"

*Aku menangis...
bila kuterbaca ayat ALLAH yang termaktub pada surah al-Baqarah ayat 44 : "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?" ,ayat 264 : "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang)menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia(riya'), ayat 42 : "Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

*Aku menangis...
bila kuterbaca hadis riwayat al-Dailami : "Orang yang paling teruk siksanya pada hari kiamat ialah seseorang yang di anggap ada kebaikan pada dirinya namun sebenarnya tidak ada kebaikan sama sekali pada dirinya.

*Aku menangis...
bila kuterbaca hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:"Sesungguhnya orang yang paling seksa menerima azab pada hari kiamat ialah orang yang ALIM{{seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan keduniaan terutama ilmu keagamaan}} yang mana ALLAH jadikan ilmunya tidak berfaedah baginya."

*Aku menangis...
bila kuterbaca ayat 188 surah al-'imran:"Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan,-jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan selamat dari seksa, dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

*Aku menangis...
bila terbaca
"seseorang yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuk atau ketakwaannya, maka ia adalah orang yang semakin jauh dengan ALLAH."
"Sesiapa yang belajar ilmu kerana untuk mematahkan orang jahil atau untuk berlumba-lumba dengan orang alim atau untuk menarik perhatian masyarakat, maka tempatnya di dalam Neraka.

Tangisannya memecah kesunyian tatkala itu..airmata mengalir deras tiada henti...'
"GERUN!!TAKUT!!Takut diri,orang dikenali dan org yang tersayang termasuk dalam golongan-golongan itu...Ya ALLAH...Ampuni DOSA hamba-hambamu..."..hatinya berkata..

********************************************************************************************************

mengintai Ramadhan di balik awan Syaaban.. Mohon maaf atas segala kesilapan dan semoga Allah panjangkan umur kita untuk Ramadhan tahun ini..

Monday, August 3, 2009

klik-klik





bismillahi walhamdulillah

baru sahaja selasai interview untuk pengerusi Blok jam 11.30 p.m tadi
selesai mendesign banner, nametag dan notis iklan program minggu ini
hati dipagut resah..esok test intervention for medical neuro intervention

~cuti seminggu yang mencipta havoc~

Sunday, July 12, 2009

dari sahabat



award ini dtangnya dari azliani ismail, sahabat saya yang kini berada di Mesir..jazakillahhi khairan jaza'.

mengenai dia:

1) lahir bulan yang sama dengan saya
2) sahabat naqibah menghandle usrah bersama ketika di tingkatan 5 dahulu
3) kecil-kecil cili api...bersemangat waja
4) dj sekolah ^^
5) antara pimpinan badan dakwah

mengenai saya:
^_^

Saturday, July 11, 2009

sandaran cinta-satu muhasabah

Sandaran Cinta
Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com



Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa#8230;ooo#8230;

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Friday, July 10, 2009

right here right now!



alhamdulillah wasyukurillah..

sudah genap tujuh hari saya berada di kampus baru, alhamdulillah hati rasa amat gembira dan tenang disini.bangunan baru, penempatan baru dan fasiliti yang memuaskan hati. cuma, untuk keluar dari sini ke pusat bandar agak jauh, hampir sejam menaiki bas ke shah alam.tiada lagi bunyi hon, jalan sesak,sibuk dan memenatkan. kalau penat pun, masa naik tangga dari kolej ke fakulti,yang itu...memang penat.hampir 200 anak tangga, lepas tu jalan lagi, bangunan fsk 6 adalah bangunan yang paling hujung!T_T tapi, kami menaiki bas ke fakulti,selesai masalah.

untuk semester baru ini, medical and neuro pula,
medical and neurological condition
+occupational therapy assessment in medical & neurological condition
+ot intervention in medical & neurological conditin
+kinesthesiology
+pharmacology in rehabilitation
+paediatric condition
+mandarin!!!!!!!!

hari pertama , terus belajar dan memang yang banyak kena dibaca dan dicarimaklumat assignment pun sudah menjengah!!!

doakan saya !!!!!

Thursday, July 2, 2009

chipsmore..kejap ade kejap tak de..apalah!!

salam dalam kerahmatan,,,

lama tak jump..ape kaba???
akhirnya cuti dua bulan hampir ke penghujungya...hmm..masa pantas berlalu bukan? alhamdulillah, gembira dapat balik ke rumah..menghirup udara segar kg. masjid kerawang nan permai..
serai yang abah tanam dah boleh dijual,
buah salak sedang masak meranum..banyak,,bertangkai-tangkai..
atmosferanya tetap sama...
air telaga sejuk menyegarkan...

sehari sahaja dari selepas balik Perak...jemputan menjadi ahli panel forum untuk program Min Ana Ila Aina (M.A.N.A) menjengah..program anjuran Alumni Maahad Muhammadi Kelantan (AMAL) sampai untuk adik2 yang bakal ke matrikulasi dan IPT..selaku senior..kami memberi penerangan kepada adik-adik tentang pembelajaran dan suasana di mtrkulasi, STAM, dan asasi...

sehari lepas tu...program Family Day AMAL pulak...p tak dapat hadirkan diri hari itu...(maaf kepada urusetia program,,,T_T)
ada pelbagai aktiviti dianjurkan termasuklah konsert UNIC...

lagi program ROADSHOW AMAL, program ni dihandle oleh ana n sahabat2 dari lajnah aktiviti AMAL. banyak juga yang kena diuruskan..terima kasih kepada sahabat2 yang mambantu..

AMAL sebagai WASILAH UNTUK MEMBERI

bak kata ust. Hasrizal.."erti hidup pada memberi"
Maahad Muhammadi telah memberikan banyak kenangan buat diri dan sahabat-sahabat..
bumi barakah ini telah berjasa buat ramai pelajarnya..
AMAL telah lama ditubuhkan untuk menjadi jambatan kepada bekas pelajarnya untuk menyumbang untuk sekolah..
ianya gabungan daripada Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan Kota bharu dan Pasir Pekan
banyak program yang dianjurkan untuk membantu sekolah disamping mengeratkan hubungan antara alumni dan pelajar...
ha..sesiapa nak tao lagi boleh klik di http://amal-maahad.net.

ME & SENIOR YEAR..^_^

senior dah...semester 3 tahun 2...keputusan hari alhamadulillah...tapi masih lagi kena ditingkatkan..(p/s:sem ni kena dapat AD!!) fakulti ana berpindah ke kampus baru di Puncak Alam..entah apa yang bakal menanti disana..yang pastinya...sem ini mesti lebih baik dari sem lepas...buat adik-adik..Selamt Berorientasi..Selamat Menjejakkan kaki ke Universiti....Kakak-kakak dan abang-abang mengalu-alukan dengan hati terbuka...=)

Wednesday, May 27, 2009

silent

assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh
selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,
me currently at PERAk..
having internet problem so far..


salamm semanis ukhuwwah sekencang dakwah..

saidnafis,
kg.kepala bukit,
bukit gantang
PERAK.

Saturday, May 23, 2009

my first award!!

<

asslamau'alaikum warahmatullah

ana dapat award ni dari ukhti habiibati mahirah..
jazakillahu khairan jaza' =)
jadi ana forwardkan award ini kepada :a href=http://www.myem0.com/emoticon/baby-mickey-mouse/>MyEm0.Com


ukhti habibati Aida Rahayu
ukhti habiibati kak Azizan
ukhti habibati Azliani
ukhti habiibati Suriani
ukhti habiibati Hafsah
ukhti habiibati Ainina
ukhti habiibati Adik Anis
ukhti habiibati Kak Samhani
ukhti habiibati kak Fatimah
ukhti habiibati kak jawahir

MyEm0.Com

Thursday, May 21, 2009

kenapa pelajar MAAHAD cemerlang?

Tulisan : Cikgu nik
Bekan Pengajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu

( PK HEM Maahad Muhammadi Gua Musang)
Penasihat BT

Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.

Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).

Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.

Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.

Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. ( Tapi saya percaya dengan pentadiran Mak Su Nah ( Mudirah loni) dialah orang yang paling lama di mmp kata orang paling banyak makan garam)

Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.

Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.

Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak
Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.

Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Siti Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.

Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.InysaAll ah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat.


dicopy dan di paste dari blog kak Samhani, MT AMAL

Wednesday, May 20, 2009

orientasi KMNS 09/10

assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..
moshi moshi ^_^MyEm0.Com
umahku ini sudah bersawang dan kelihatannya macam tokang pecah..
'asif jiddan..afwan..sorry..go mennei...lama tak diupdate...
MyEm0.Com
Pagi sabtu lalu, berakhirnya tugas saya sebagai FASILITATOR MINGGU SUAI KENAL, MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, sesi O9/10.MyEm0.Com
seramai 130 fasi...dari Alumni KMNS...
adik-adik baru pula mencecah angka 1949 pelajar pada hari pendaftaran.
ini pengalaman kali ketiga saya menjadi fasilitator...setelah selesai gradute dari KMNSMyEm0.Com
paper terakhir imtihan saya..orthopedic and surgical condition(diajar oleh Dr. Alia)...50 MCQ & 14 ESSAYS end at 4.15 sharply..4th MAY 2009..
saya bertolak ke KMNS...matrik tersayang pada 6hb...menjadi fasilitator senior dengan istilah yang diberikan FASI TUA BANGKA...untuk adik2 fasilitator junior, batch 08/09...
kelainan pada kali ini...adanya camping di kolej...hari pertama kami bermalam di dalam khemah di parking pensyarah...lucu pun ada gak sebnonyer,,,tak pernah2 camping dekat kolej..MyEm0.Com
fasi,,best sangat ke?
my answer is...
ianya medan berbakti,memberi,menerima,dan menimba pengalaman...
anda akan menemui seribu macam perangai dan pelbagai orang pada hari pertama pendaftaran...
adik2 pelajar baru yang semestinya lain dari adik2 pada tahun lepas..
saya sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk biro kebajikan(sekali lagi..macam tahun lepas)...tapi sebagai fasilitator tua bangka membantu adik2 fasilitator baru iaitu husna dan farid...saya bersama dr. saufi.,pelajar perubatan uitm..(da nak grad da)...
pesakit kami kali ini macam terseliuh, demam,migrain...memang selalu terima pesakit begini time orientasi...MyEm0.Com
tapi..
kali ini berbeza kerana setelah 2 semester pengajian di fakulti sains kesihatan..pengalaman sebagai jawatankuasa kebajikan amat menyeronokkan...mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam pbsm dan kelas...alhamdulillah...sempat la saya mengurut"retrograde massage" untuk pelajar terseliuh dan membalut kakinya macam saya buat untuk kawan dalam kelas pbsm...
ubat-ubat pulak...lagi banyak yang saya kenal..
condition mereka lagi banyak yang saya tao..
ada daripadanya mengalami masalah tulang belakang...scoliosis...
"tulang belakang yang membengkok seakan-akan huruf S."

alhamdulillah..sempat gak promote adik2 masuk sains kesihatan...

frankly speaking..memang susah nak carry p bukan tak boleh..berusaha insya ALLAH boleh hadapi semua benda...

"jika menginginkan kesenanganMyEm0.com,,usah mencipta angan-angan yang pastinya tidak akan kesampian...
jika menginginkan keseronokanMyEm0.com,,,usah bermimpi menggapai awan,,yang pastinya tidak akan berkesudahan..
jika inginkan sebuah igauan bertukar menjadi kenyataan...terima segala kesusahan,,hadapi dengan ketabahan,,MyEm0.Comberserah dan bertawakkal dengan penuh pengharapan"
MyEm0.Com
saidnafis^_^
ukay perdana ampang

Wednesday, April 29, 2009

Labibah Ahmad

Ustaz Zainudin Hashim Tue Apr 28, 09 7:00:57 pm MYT
Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.



Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.
Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.
Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.
Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun
Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.
Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.
Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.
Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.
Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.
Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.
Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah
Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.
Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta. - lanh
Sumber: www.ikhwanonline.com, http://ar.wikipedia.org _
p/s:teringat dekat k.bah...da lam tak jumpa...bila nak gi induk nih??

kenape tak suka..

assalamu'alaikum warahmatullah..

bercakap dari pengalaman sendiri..
respon kepada adikku humairah..kat shout box tuh..
nti tamrin??? huhuhu..
tak dinafikan ada yang suke ke tamrin...ada yang tak suka.
takpa2

MyEm0.Com



tamrin tu ape??
perkataan bahasa arab yang dimelayukan..bermaksud = latihan,,,
program kerohanian & keagamaan yang diisi dengan ceramah-ceramah & modul bermanfaat..




hati ini telah jatuh cinta pada tamrin..sejak tingkatan satu...


sehingga sekarang....


rindu pada sekolah menengah dimana ana diberi latihan ataupun memberi latihan buat adik-adik...




disitu kukenal sahabat..


mengorbankan masa bersama-sama merancang program...


bersengkang mata bersama menyiapkan barang-barang,,


menangis bersama,,,berqiamullail bersama..




sehingga kini adik2 junior yang menyambung tugas kakak2nya yang telah menyambung pengajian diluar ataupun didalam negara,,,sering bertanya..


antara sms yang ana terima.."kak saidah bila nak balik""


hati dipagut rindu...lambaian ketenangan bumi maahad dan syamsul maarif..


wajah kiut miut adik-adikku,,,

jawatankuasa kem bina sahsiah 07


tamrin BEST!!!
foto ini foto lama...
almaklum..ana tak punya kamera dan tak mengambil gambar dari sahabat2 lain...
wahai diriku,,sahabatku,,kakakku juga adikku...
kita pewaris rantai-rantai perjuangan,,
yang memerlukan pengorbanan, ketabahan, kesabaran,,
sehingga ISLAM,,,tinggi dijulang..
Sesungguhnya Engkau tahubahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
MySpace


Monday, April 27, 2009

pagi yang damai

MyEm0.com

bertemu kembali~~

~~imtihan: 5 paper telah berlalu~~

hubungan etnik

anatomy & physiology

occupational therapy assessment in orthopedic & surgical condition

occupational therapy intervention in orthopedic & surgical condition

neuropsychology...

MyEm0.Com

soalan2 agak mencabar jugak....

apapun yang penting BERUSAHA!!!!

Saturday, April 18, 2009

keluargaku keluarga BESAR

alhamdulillah..
pagi ahad yang damai..
matahari belum keluar lagi..
usai solat subuh berjemaah bersama k.maziah roomate tersayang..
(ekk...saidah,,,tak ngaji lagi ni...!!)

hari ini nak guna "saya"
ana=saya..mempunyai makna yang sama..

KELUARGA BESAR SAYA

saya anak sulung
da sorang adik perempuan
tapi ada 4 orang adik lelaki..
hero2 belaka

MySpace

tapi saban tahun keluarga saya semakin membesar,
rasanya sejak saya tingkatan 2,
sekarang ada kakak, abang,adik yang ramai..
alhamdulillah,
umat ISLAM itu bersaudara...
usrah mengikat kami dengan ukhuwwah islamiyyah,
tak seibu juga tak sebapa,
tapi kami adik beradik...

sahabat-sahabat seperjuangan,
bagaikan adik beradik,
perjuangan kita perjuangan yang sama
perjuangan kita perjuangan agama
perjuangan kita mengharap redhaNYA..
walaupun kita bukan insan sempurna
kita lemah lagi hina,
namun,
kita mahu kita Indah dimataNya

"Wahai orang-orang yang beriman..mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang labih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya" AS-SOFF ayat 10 & 11

JOM USRAH..MAHUKAH KAMU MENJADI ADIK-BERADIK SAYA???
MySpace

Tuesday, April 14, 2009

isteri kedua..???


Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?
serunaiklang_91
editor : everjihad
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Sumber : penditamuda.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

L.O.V.E+hubb+sayang+sarang hae+ai

assalamu'alaikum warahmatullah

frankly speaking, ana bukanlah pakar untuk bercakap tentang perkara ini...

manusia+pencipta...
cinta kepadaNya..
melebihi segalanya...
buktikan kita CINTA kepadaNya

manusia+manusia
bila bercakap dengan walaupun hanya melalui telefon,
rindu padanya amat membara,
mendengar tawariangnya,
bisa membuat ana tertawa,
celotanhya, bisa menghibur,,,
ana amat cinta padanya..
insan itu ummi
abah pula...
ketabahannya,
pegangannya,
lembut tetapi tegasnya,
membuak-buak rindu ana padanya...
ana juga cinta padanya...
adik-adikku..
darah yang mengalir adalah sama..
even jenis darah mungkin tidak serupa..
gene mu gene ku juga..
ana juga cinta pada mereka
sahabat,teman,kawan
dulu,kini,selamanya,,
ana sayang pada mereka...
muslimin???
no until akad
man+another creature
perlu juga sayang mereka..
senario lain
A menelefon "abangnya".....dari jam 5 ptg sehingga ke maghrib..solat..kemudian sambung b'gayut lagi...
B ym dengan "abangnya" menghantar gambar yang tidak bertudung..na'uzubullahi min zalik..
& banyak lagi...
berat dalam kepala....macam satu batu besar menghempap lepala...
inikah sayang yang ingin ditunjukkan..???
kawan+teman..
hari ini kita adalah anak
nanti kita adalah ummi,ibu.papa,walid
insya allah...bakal nenek & datuk...
peliharalah generasi ini...
the steps
fardhu muslim-baitul muslim-mujtama' muslim-daulah islamiyyah-khilafah islamiyyah
kita pada hari esok adalah kita pada hari ini
p/s:
tepuk dada tanya iman??
iman sihatkah??
hati pula macam mana??

Friday, April 10, 2009

aku ingin mencintaiMu

Aku Ingin Mencintai-MuMunsyid : EdCousticAlbum : Muhasabah Cinta
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Reff:
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cintaDalam do'a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU
ya Rabbi

Thursday, April 9, 2009

bukan yang terakhir..









tadi, jamuan kelas sempena peperiksaan diadakan..sederhana tetapi meriah...alhamdulillah...temanya..putih+pink+merah...

pagi tadi 5 jam dalam kelas anatomy and physiology (anp) 2 jam untuk presentation cranial nerve...3 jam lagi test...100 soalan mcq dlam ms 1 jam...dan da 2 test..maknanya 200 soalan 2 jam...yang tak sempat tanda 2 kosong la markah...=(

kecape-an yang amat..dengan malamnya, satu rumah bersengkang mata menyiapkan assignment & test& presentation...

kumpulan ana...present pasal accessory nerve 11

nerve (saraf ) ni adalah salah satu saraf didalam otak (brain)...innervate dekat 2 muscles which iare sternoclaidomastoid mucle & trapezius....lihat gambar





Wednesday, April 8, 2009

dari muslimah untuk muslimah =)







TAKBIR!!


ALFUN MABRUK

ni gambar sepupu ana time walimahnya bulan 2 lepas...
then insya allah bakal bergelar ibu bulan 11 nnt.
sape sangka... orang yang asyik berkongsi cerita dengan kita, gurau sama2..
minat sama.. da jadi milik orang..
sebenarnya da lama nak post p takda gamba,,
zawani+dr.abu zarr...alfun mabruk

Monday, April 6, 2009

rest

salam,alaik,,
nak k.i.v update blog... P blogwalking as usual..
saifulislam...iluvislam..gamisdaily..mahasiswakini..harakah.net..takkan ku lupokan untuk ditatap ..
MySpace
exam...21.4-12.5..
fasi matrix...dlm sminggu..
hjung bulan 5..back to hometown..
miss ummi abah...adik2..
adik2 maahad..syamsul maarif...=)

MySpace
sediakah diuji???

BUKIT GANTANG IS OURS...INSYA ALLAH..
TAKBIRRRRRRRRRR!!!!!!!
MySpace