Friday, December 6, 2013

Wednesday, December 4, 2013

Tuesday, October 22, 2013

2: Edisi baju nikah

Bismillah,

Semasa saya hendak menikah dahulu, tidaklah sempat saya berfikir mana soal baju nikah. Semuanya saya serah bulat- bulat kepada tukang jahit dan tukang sulam.

Ianya asalkan: 

Mengikut SYARIAT !

Ianya membuahkan hasil yang cantik. Omey sangat!

Ini fotonya : 

 
Disebabkan omey sangat, saya hanya pakai sekali sahaja. Ianya jubah dress bersulam kemas. Menarik sangat kan?

Baju untuk majlis dirumah saya jubah plain warna peach yang saya tempah, baju lapis luarnya saya sewa sahaja sekali dengan tudung, layah, kasut serta pakaian luar suami.


Tudung?
Beli sahaja pashmina dwitone, atau corak, padankan bersama tudung awning keras.

Ringkas
....

Selamat merancang baju nikah :)

Sunday, October 20, 2013

1: Post pertama buat permata hati.

Bismillahi walhamdulillah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Menginjak ke trimester ketiga 2 hari lagi. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya, Dialah Maha Memberi dan Mengambil Semula. Moga-moga , Allah beri kesempatan untuk merasai nikmat bersalin dan mempunyai anak, Insya Allah.

Adik, 

Hari ini hari yang bermakna, hari ini kita pergi kuliah dhuha bersama abi ;). Seronokkan dengar cermaha Ustaz Mat Esa. Sepanjang ceramah adik bukan main aktif lagi. Umi jumpa ramai abang, kakak usia 2,3 tahun di majlis ilmu itu, sejuknya mata memandang mereka. Kecil-kecil lagi sudah dibawa ke taman syurga. Umi berdoa moga umi boleh bawa adik nanti ya! Semoga Allah mudahkan . Amiin.

Tadi kita sampai lewat sedikit, pengajian telah bermula, tapi tak apa, asal sampai. Sudah lama abi dan umi ingin ke kuliah, hari ini baru berkesempatan, lapangnya dada ini mendengar mutiara ilmu. ;)

Kuliah tafsir tadi berkisar tentang cara kita menghadapi ahlil kitab. Ahlil kita ini terdiri daripada golongan yahudi dan nasoro. Mereka ialah golongan yang pakar mengenai kitab mereka. Mereka ini menganut agama samawi, iaitu agama yang turun dari langit. Ada persamaan antara kepercayaaan ahlil kitab dan muslim iaitu berkenaan tentang adanya malaikat, syurga, neraka, serta hari akhirat.

Hujjah terbaik bagi muslim menghadapi ahlil kita ialah menggunakan Al-Quran, Hadith, serta kitab asli Zabur dan Injil..

Melalui ayat tersebut (tidak tahu ayat apa), hendaklah kita menghadapi ahlil kitab dengan cara yang terbaik., perdebatan yang lembut lagi hikmah. Ahlil kitab yang telah memeluk Islam ialah Raja Najasyi, Salman al-Farisi, Tamim ad-Dahri dan lain-lain.

Didalam menghadapi ahlilkita, Nabi Muhammad saw telah mengajar kita supaya tidak membenarkan atau mendustakan mereka, bahkan katakanlah Aku Beriman dengan Allah dan Rasul. Ini kerana ahlil kitab ini terkenal dengan meminda kitab-kitab asli.

Kita dilarang bertanya ilmu denganahlil kitan kerana mereka terkenal dengan tokok tambah yang kadangkala benar kadang kala salah atau dusta.

Muslim seharusnya melihat kepada Al-quran dan assunah dahulu , sekiranya cerita ahlil kitab tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Assunnah, maka boleh diterima selagi hal itu tidak memesongkan aqidah seperti nama isteri firaun, berapa besar bahtera nabi nuh.

Hadith

Memulakan amalan penting dengan pujian kepada Allah menambahkan keberkatan. Puji kepada Allah pada perlara makruh atau haram ialah berdosa.

Makna jihad ;
1- bahasa: berusaha bersungguh-sungguh
2- syara': berusaha bersungguh - sungguh menegakkan Islam. 

Jihad terbahagi kepada 5 (4 je umi catit)
1- Pendidikan : jihad memberi ilmu tentang Islam
2- Harta: membelanjakan harta untuk 
Islam
3- tolak: mencari musuh Islam untuk diperangi seperti Saidina Umar menghabtar tentera ke syam
4- semboyan umum  


Jawapan kepada soalan :

Ustaz menyarankan agar kita perlu merasa cukup dengan apa yang ada. Contohnya, sistem pembelian kereta atau rumah sekarang tidak boleh lari dari riba, oleh itu jalan paling selamat ialah mengumpul wang untuk membelinya, biarlah kita merasa cukup dengan apa yang ada sekarang, simpanlah duit dahulu untuk membeli rumah atau kereta tanpa hutang. Marilah kita bersikap berhati- hati dalam semua perkara.

Usai kuliah jam 11 pago, abi umi bergegas ke program kesihatan anjuran Pas cawangan Taman Kota Masai di Pasti Nenas. Alhamdulillah dengan sambutan yang menggalakkkan dari penduduk, mereka datang untuk memeriksa kesihatan mereka secara percuma.

Umi tinggal abi disana, pukul 1 umi pergi ke Tiram membantu kak sofea menyambut ahli mesyuarat ke Tebrau. :)

Alhamdulillah, untuk hari ini. Adik aktif je dalam rahim, sukanya umi walaupun kadang- kadang sakit perut umi adik mengeras.
:)

Moga Allah memberi yang baik- baik dan menjaga keluarga kita ya! 

:)

I love you.





Thursday, September 12, 2013

Memasa senang aje

Bismillah,

Selamat 1 tahun ;)

Selepas 1 tahun baru pandai pegang kuali, buat itu ini. Masakan dah ada rasa dah bak kata abang. ;)






May Allah bless ;)

Nak makan? Datang le rumah

Monday, July 29, 2013

A big shock

Bismillah

Well I guess yesterday was a big shock for me. Despite of being weightless, my Hb drop from 12 to 9.5. What a huge difference. Instead of giving me 1 box of ferum, nurse gave me another one box of ferum, iron tablets. I have sleepless night 2 day earIier because of handling a program, and i did not eat my vitamin since it was out of stock. So, because of the big drop of Hb, again I have to go for another appointment in the next 3 weeks. I am also having a flu, its probably because the lack of water intake.

May Allah bless.

Friday, July 19, 2013

Masak di kampung dan perkembangan terkini sensasi

Bismillah

Memasak di kampung sangat jimat. Semua bahan keliling rumah. Tepi rumah dekat dapur ada pokok nyiur, ummi upah kera pok we untuk pulaskan nyiur jatuh ke bawah. Stok nyiur selalu ada di rumah. Pagi-pagi ummi nak masak, dia kupas nyiur itu menggunakan pengupas tradisional yang ada dekat tepi pokok kelapa tu. Ummi buang kulit, belah nyiur kepada dua , air disimpan untuk di minum.

Serai, lengkuas, halia, lada semuanya tak payah susah-susah nak cari. Semua tu abah dan mok tanam di tanah keliling rumah. Tinggal lagi gali sahaja. Daun limau purut ada dekat rumah mak long, asam limau nipis pun. Daun pandan dekat rumah mok zan, ambil pisau, ambil sahaja. Daun kari ada dekat rumah cik na, bagitahu dia dan kutip sahaja daun. 

Kampung banyak tanah, tinggal lagi nak tanam. Keliling rumah abah tanam pokok salak, tiba masa, masaklah buahnya. Ada juga pokok limau, jambu, celagi dan duku. Dulu, ada bela juga ayam kampung, jadi bila balik ramai-ramai mok masak gulai keladi ayam kampung. Sedap mok masak, kena orang pandai masak keladi sebab ia gatal.

Sedapnya masak di kampung, semua benda tak payah dibeli. Mestilah nak beli tomato ke kubis ke kubis bunga ke kena beli di kedai. Tapi kalau bab ulam-ulaman senang sahaja nak dapat. Makan ulam cicah budu, lazatnya!

Asam keping di kampung mana sama dengan asam keping di johor. Asamnya diperbuat dati buah asam gelugur. Sedap lagi dari asam kandis bentuk bulat johor. Balik nanti beli asam gelugur banyak - banyak buat stok. Ummi sangat handal buat sambal asam gelugur, siap jual lagi. Pandainya ummi masak.

Dekat gondang kampung ummi banyak pokok pauh ringan. Bila musimnya bolehlah merasa pauh ringan muda yang rangup tu. Mok selalu buat sambal mangga muda dengan ikan, sedap sangat.

Dekat kedah pun sama, kebanyakannya ada tepi rumah, untuk makan laksa, mak jadikan pucuk putat yang mak tanam tepi rumah sebagai ulam. Mana ada makan salad dengan laksa dekat kampung. Tok dan tok wan tanam bunga kantan, nanti nak masak petik aje di belakang rumah. Mereka tanam ubi dan ubi jayu juga, manis rasa ubi keledek dan ubi kayu kampung!.

Kami bercita-cita nak menetap di kampung suatu hari nanti dengan izin Allah. 
Duduk di bandar ni semuanya beli, daun pandan sehelai pun sepuluh sen. Pandan tidak segar pula tu, kecewa betul. Nampaknya kenalah kami menanam di halaman tumah, tapi kenalah cari tanah dan beli pasu. Itulah hidup di bandar.

Ifthar tadi kami masak nasi lemak. Mulanya nasi tidak masak, kelam kabut telefon emak tnya nak buat macm mana. Lawak sungguh! .akhirnya kami kukus nasi itu, alhamdulillah ia mengembang dan masak. Saya makn bertambah-tambah.


Kami makan nasi lemak, cempedak goreng dan air sunquick oren. Alhmdulillah. Ramadhan ini tak pernah beli di param , kata abang, dia nak ajar saya berfikir dan cuba memasak. Baiknya abang pada saya. Saya pernah buat kuih sagu, puding karamel, samosa, spagetthi, laksa penang, nasi kerabu , nasi ayam( ini buat dengan abang). Rupanya nak masak tak lama pun, boleh didik diri ini nanti tengahari dan malam memasak. Umi dan mak semuanya pandai memasak, ayah pun tukang masak kenduri, cuma saya sahaja belum mahir mana lagi.

Kandungan

Hari tu pergi scan, walaupun berat badan saya belum naik, doktor cakap jangan risau bayi aktif, berpusing-pusing siap lambai tangan lagi masa scan. Subhanallah.

Ramadhan kareem

Hafizi&saidah




Tuesday, July 9, 2013

Short vacation

Bismillah, 

We went to mersing last week 6 hb. It just a short vacation with hasband and sis in law, also my friend fatin.


We were waiting for the sun rise on that Sunday morning. ;)


Ramadhan kareem, kullu 'am wa antum bikhair. 

Hafizi&Saie



Friday, June 28, 2013

multidisciplinary team

Bismillah...

well rehabilitasi bahasa senang dia pemulihan, jadinya rawatan pemulihan. jadi sama ke dengan rawatan yang diberikan oleh doktor??

doktor diagnose penyakit dengan bantuan, minta juruimej perubatan tolong ambil xray-MRI , atau ambil sample bagi ke makmal untuk jurumakmal perubatan masukkan dalam ujikaji penyakit. lepas tu doktor prescribed ubat, ahli farmasi akan tengok balik ubat tu betul ke tak ok ke tak dan sediakan ubat. dekat hospital.  jururawat menolong memandikan pesakit, bagi ubat kepada pesakit etc etc. dan doktor akan bagi pesakit itu untuk rawatan pemulihan bergantung kepada pesakit tu perlu ke tidak lah. 

rawatan pemulihan ialah merawat tanpa menggunakan ubat. kalau fisioterapi menggunakan kaedah fizikal seperti senaman dan sebagainya, OT pula menggunakan "pekerjaan" sebagai rawatan, dan semestinya ada juga pendekatan fizikal seperti senaman. penggunaan alat2 elektrik juga ada bergantung kepada apa approach yang digunakan oleh jurupulih-jurupulih bidang masing-masing.

gabungan mereka ini ialah multidisciplinary team atau MDT. jangan ingat ddoktor dan misi aje bekerja di hospital. hehehe.

rasanya kalau nak jadi OT dan jumpa pelbagai kes kenalah kerja di hospital. hehehehe. kalau ada rezekilah ye dok. 

keep calm and pray aite !




ye lah mana lah boleh kerja sensorang hendaklah duduk di dalam berjemah.



occupational therapy a.k.a pemulihan carakerja

bismillah

saya kan asyik pending je post ni an. untuk adik adik yang pernah tanya saya OT tu apa, dan orang yang nak kenal OT tu apa. bulihlah kenal-kenal sikit OT.

Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihana pertuturan dan lain-lain. 

ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal. 

pemulihan -rehabilitasi- carakerja ini kiraanya merawat pesakit agar boleh kembali melakukan pekerjaan mereka tidak kiralah pekerjaan harian seperti mandi, gosok gigi atau pekerjaanny contohnya suri rumah guru, juga pekerjaan lapangnya seperti bermain badminton. wahhh.....kan,,cam banyk gitu kan..hehehe.

kalau ambil OT ni kan semua penyakit kita belajar cara rawatnya dari budak kecik ke tua bangka. belajar memang banyak ah. 

peluang kerja bidang OT ni sepatutnya meluas tapi jadi sempit. kalau dekat negara orang putih OT ni femes lagi ah tapi kalau kat sini sesetengah oranag je tahu. kebanyakannya kerja hospital yang lain di pusat-pusat rehabilitasi swasta. 

Siapa nak further OT ni kena lah minat, even awak JPA scholar pun belum tentu awak dapat kerja kerajaan macam farmasi, doktor dan pelajar-pelajar SPA. kalau tak minat , tukarlah ke bidang lain yang lebih anda minat. kemungkinan kerja private ni sangatlah tinggi memandangkan tak banyak kekosongan dalam hospital SEKARANG. Persaingan sengit jugalah!

personally saya more into kanak-kanak fokus lagi kes psikiatri kanak-kanak an tak minat sangat kes-kes tulang atau fizikal.

saya rasa tak rugi lah belajar sebab nanti ada anak saya boleh terapikan dia, explorekan dia dengan macam-macam permainan . sebenarnya bidang OT ni masih banyak perlu diterokai, dan bersedialah anda untuk mencari kerja dengan saingan bila ambil jurusan ini. hehehe. tapi tak apelah, rezeki di tangan Tuhan =). 



tapi tak pa lah, masa itu sudah berlalu tidak boleh di undur lagi. hehehe. ada sebab kenapa Allah campak kita kepada sesuatu. kan??

p.s/ masih cari kerja yang stabil tapi macam nanti akalau kerja 8 jam terlepas pula golden hours dengan anak -anak. dan kalau kerja 5 jam , cikgu aje lah dan bila pulak lah saya ambil cikgu, hehehehe. antara lebih duit dan lebih berkat, lebih berkat yang saya nak. ehehehe. 

hopefully cik abang boleh pindah Penang. hopefully abang dimurahkan rezeki naik gaji untuk kami. insya Allah. Sangat lah harap dapat pindah Penang nanti dekat dengan kelantan dan kedah . :)

Thursday, June 27, 2013

22 jun

Bismillah

Hari tu kan, 22 hb jun, sabtu, kami pergi berhimpun di Dewan Merak Kayangan Felda. Orang berhimpun di Merbok, kami pergi dewan pula, hehehe, bak kata Ustaz Tuan, tak pergi bukan bermakna tak sokong. :)

Ada majlis resepsi sahabat suami, iaitu Afi. selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke syurga!!


Lepas tu petang tu tunggu saabat kami yang bawa kereta tu ada perjumpaan, jadi kami berjalanlah i klcc.


 Beli big apple onut je, letih cari kedainya di klcc.

 Takde orang tolong snapkan, kita snap sendiri aje lah.


Kami yang dah nikah lebih awal :)

Beribu ribu tania!!!


Eh , kita teringat masa kita nikah dulu- dulu. ;)

Friday, June 7, 2013

Him

Bismillah, this is the young man whom i am married with.

He is so shy virtually. He barely update his fb's status, and instead of that , he preferred to just click Share. He did not read my blog also. :p

He is 26 years old last 2nd May. Cik abang is old already. ;)


May Allah bless him and our marriage.





Gift

Bismillah,

The blessing month, Rejab is passing by, alhamdulillah we got a gift from HIM.


when i start not to think about pregnancy and want to let it go naturally, then Allah gave us the gift.

and yeah

KEEP CALM AND EAT.

:)

i lost my appetite, and also i have experienced gassiness. now, i am barely drive to my workplace, and cannot drive for a long journey. i am always fatigue, also headache. i am underweight too. instead of those trials , we are happy indeed.

Pray for us.

Jazakallahu khairal jaza'.

:)





Monday, June 3, 2013

Sejam di melaka

Bismillah, 
Semalam on the way balik Johor dari Kedah, kami singgah Melaka sekejap.
Huu,  tak mao dah pi, jem teruk mumkin sebab cuti sekolah.
Kami pergi kawasan A Famosa je, dan masuk tempat tak berbayar. Panas pulak semalam, sekejap je berjalan.




Kat sini ramai seniman jalanan, penjual jalanan yang mana saya kagum dengan mereka mencari sesuap nasi di bawah panas mentari.

Peegi sejam je tapi nak maeuk dan nak kelur dari melaka ambil masa 2 jam. Letih lenguh dalam kereta terutamanya pemandu. Saya duduk sebelah tertidur.







Saturday, May 25, 2013

Welcome to the club

Nikaahun mubaarakun.

Selamat menikah kawan

Barakallahu lakuma wa baraka ' alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair 

Itu kita dulu-dulu

Monday, May 20, 2013

;) happy month

A bless Rejab.

;)

Sunday, May 12, 2013

Mr fix it: zauj hardworking day

Thanks to mr zauj for willingly helping in house chores. Hehe. 

Well, as an electrician, he fixed the lamp at our hall.

No more black out! 


Today : vacuum the floor


Pic editor : moldiv

Thanks Allah I found you.

Hehe. But actually i tell him to help me wash the plates, instead of doing that he vacuumed the floor.
Lol. In the end, i washed the plates. 




Resipi masakan sihat dan mesra hamil : ikan kukus



Kita kongsi resepi yang sihat dan mesra untuk wanita yang hamil ( kepada yang hamil lah ya)

Bahan- bahan : 

Ikan tidak kira jenis ikan
Halia muda
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Asam limau
Minyak bijan
Sos ikan
Cili padi, cili merah
Garam
Serbuk lada hitam

Cara - caranya : 

1- lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam dalam pinggan
2- hiris halia, bawang, lada kemudian masukkan ke dalam pinggan tadi, sumbat ikan dengan hirisan tersebut
3- titiklan serai,masukkan ke dalam pinggan juga
4- perah buah limau nipis ke dalam pinggan itu juga
5- masukkan sedikit minyak bijan dan sos ikan
6-Tambah air sikit ke dalam pinggan itu
7- kukus selama 8-10 minit pandai- pandai tengok dan rasa.

Masakan kukus ini baik sebab tiada minyak berlebihan, ada halia, bawang yang memberi kesan baik kepada kesihatan. Dan ikan bagus sebab ianya protein dan mengandungi asid folik.

Senang pula tu nak masak, semua masuk dalam pinggan. :)

Ada orang tambah tomato, asam boi dan macam- macam lagi. :) ikut suka hati lah.

Bismillah dan jemput makan :)

Resepi ini gabungan banyak sumber : myresepi.com dan diri sendiri. 

Sunday, May 5, 2013

6 Mei 2013

Aku menahan tangis dan sendu, bukan kerana kekalahan itu tetapi kerana yang menang itu pihak yang zalim.
Allah sebaik-baik perancang.

Saturday, April 20, 2013

escapisme

yeah, that's the word

Thursday, April 18, 2013

Bahagia ada pada orang yang syukur

Less is more.


Di saat saya merasa tertekan sebab belum hamil lagi ni saya crate satu ayat ini. Bahagia ada pada orang yang syukur. Sebabnya macam ini, kalau terus menerus memilih untuk bersediah, mana lah nak rasa bahagia. Tpi . Kalau saya memilih untuk gembira dengan apa yang ada, pasti saya gembira.

Syukur dan redha

Hakikatnya pahit jug nak syukur dan redha bila terkena batang hidung sendiri. Tolak sebab belum hamil tu, banyak benda sebenarnya Allah bagi dekat. Kalau nak kata pasal kerja, hampir 7/7 saya kena kerja. Itu rezeki namanya juga. Sabtu ahad pun kerja sekarang. Memang saya tak minta, tapi Allah yang gerakkn hati orang untuk bagi dekat saya. Baiknya Allah.

Saya ganti kawan saya berkhidmat sebagai jurupulih carakerja di satu pusat kebajikan. Mulanya saya pergi interview, tak dapat pun kerja itu. Bila macam tu saya kata dekat suami saya " takpalah kalau tezeki saya , lambat laun dapat juga" . ye, sebab saya dah usaha dengan pergi interview tersebut. Last minute, pengurus telefon semula untuk minta gantikan kawan saya tu. Wow! Tawakkal is beutiful.

Jadinya saya kena syukur, yakin dan redha serta tawakkal. There will be more happiness to come. Insya Allah.

Harapan diselangi doa

Off course apa-apapun kita berharap, jangan putus dengan doa. Sebab Allah dah bagitahu jangan putus asa dari rahmatnya dan Allah mengikut sangkaan hambaNya padaNya. :).

Ok . Balik semuala pasa hamil tu. Bila fikir-fikir balik, banyak lagi nak kena prepare untuk jadi seorang ibu. I mean spiritually, knowledge and etc. Oh tak mahulah jadi ibu sekadar ibu tetapi kenalah jadi ibu yang menjadi teladan baik buat anak dia. Ibu kan cikgu pertama anak- anak. Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia. Jadi nak membangun ummah perlu jiwa yang kental.oh ya, sebagai ahli gerakan islam dan juga ibu lagilah perlu bertriple-triple kentalnya. Seorang akak ni beritahu, buat kerja Allah sungguh-sungguh, insya Allah , Allah akan bantu setelkan kerja dunia kita. Allah yang Maha Baik.

So, keep cheeers.

:)

Masa untuk ubah! Ini kalilah ! :)




Monday, April 15, 2013

Let's

Bismillah
Women, we are beautiful.

Wednesday, April 3, 2013

Pasir Gudang : Uncle Jon Burger Gedi


Bismillah

Semalam kami makan Burger Homemade daripada Uncle Jon. Saya dan suami balik kerja pukul 7.30 malam, lepas tu keluar semula ke Taman Bukit Dahlia ambil barang. Dah ambil masa kat situ singgah lah dekat medan niaga Taman Cendana.

Suami cadangkan cuba makanan baru. Jadinya kami cuba makan Burger Uncle Jon ni, baru bukak tak silap gerainya.

sebab kami berdua je , beli satu je , combo set RM 7. lagipun makan 1 pinggan kan sunnah :). Suami order cendol yang mana si pelayan salah fahm ingat kami order dua. Jadinya terpaksalh bayar untuk dua cendol.

munkin dalam gambar nampk kecil je burger ni . burger ni lebih besar saiznya dri burger yang selalu kita makan tu. Dekat burger tu biasalah ada salad, mayo, sos, tomato. Fries dia letak serbuk perasa, dan saya tak berapa suka perasa tu. Lain kali nak minta dia tabur garam sahaja.

Apa yang sedap ialah DAGING BUATAN SENDIRI UNCLE JON tu. Tak lama sangat pun tunggu burger ni siap . :)

Alhmdulillah, kami kenyang makan burger ini. Tapi tk bolehlah makan selalu sebab ini kan sejenis makanan segera, lagipun perut kelate ambo, nok nasik jugok. hehe.

by the way ini link FB dia :)

Perasaan ada keychain atas meja, itu kunci kereta kami. dan semestinya handmade by me :). nak order bagi tahu.

INI KALILAH! INI KALILAH !

TAKBIIR!!!

Tuesday, April 2, 2013

isteri yang resah dan teguhnya si dia

semalam si dia mengemas laman rumah kami 
*FOKUS*

sedang ikat plastik hitam
sedang menyapu dengan tekun

bismillah

ikutkan dah 7 bulan nikah, macam lama juga kan? dan selama itu menanti juga anugerah dari Allah bernama zuriat. Apakan daya yang di impi itu belum berkunjung tiba. Biasa lah sebab perempuan mungkit ter -emo sedikit bila asyik di tanya soalan yang sama setiap kali berjumpa kenalan. cuba juga tersenyum lebar setiap di aju soalan itu. 

resah itu tak payah nak cerita , memikir itu ada juga, menanti seperti selalunya. menangis pun ada.

tetapi dek kerana memikir satu benda yang tak pasti itu sehingga mengganggu sinar di wajah adalah sangat tidak baik. sungguh banyak nikmat yang Allah telah berikan baik untuk diri sendiri keluarga. tidak patut bagi saya untuk terlupa banyaknya anugerh Allah dengan mengharapkan anugerah lain yang belum saya dapat bukan?

teguhnya si dia di samping isterinya meminjamkan bahu untuk bersandar, menyediakan telinga untuk mendengar, menyediakan mat untuk melihat dengan kasih sayang.

teguhnya si dia dengan selalu melafazkan yakinnya dia pada Tuhan yang menjadikan dan menganugerahkan.

teguhnya si dia yang sangat bertawakkal akan rezeki kami bukan pada tangan kami setelah kami berusaha.

yang diperlunya bidadari yang sentiasa tersenyum menantinya, menjadi makmumnya, membantunya di kala susah mahupun senang.

Terima kasih Allah, dapat aku menumpang kasihnya di bawah naunganMu.

SIAPA KATA TAK KENAL DAN NIKAH TAK BAHAGIA? 
eheh :)


Friday, March 29, 2013

Recreate own tradition

Bismillah

Eventhough i live at johor, and my husband is kedahan, but back to meal i will recreate kelantanese tradition. Kelantanese always love to eat rice from breakfast to dinner. Haha. We eat nasi kerabu, nasi berlauk or pulut gaul nyiur early in the morning! Even nasi lemak is not popular at kelantan.hehe
The klantanese foods are always sweet but to this point, i am not sweet addicted. Yesterday i was craving for nasi berlauk what i do is, i cook gulai ayam. So delicious, alhamdulillah! Ikan rebus is also yummy! Yumm yumm. Hehe.

Well , i love kelantan and i love tok guru :)
For suhaimi baba the famous director, no matter how famous you are, do some reading!

But i miss my ummi's cooking T_T

Wednesday, March 27, 2013

Try

Banyak songeh juga ipad ...

Sunday, March 10, 2013

Tudung

as Salam

list tudung awning lembut yang ada pada saya.

1- Tudung dari Pretty Aini saiz XXL warna hijau hitam : 1
2- Tudung dari Pretty Aini saiz XXL warna hijau oren : 1
3- Tudung dari Pretty Aini saiz XXL warna hijau tua - hitam - 1
4- Tudung dari Pretty Aini saiz XXL warna merah -hitam - 1
5- Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain merah - 1
6- Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain kelabu - 1
7- Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain ungu - 1
8- Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain blue black - 2
9- Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain coklat - 1
10-Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain kelabu - 1
11-Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain turqoise - 1
12-Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain hijau- 1
13-Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XXL plain biru kekelabuan - 1
14-Tudung berdagu dari Megah Collection  saiz XL pattern ungu - 1
15-Tudung dari Megah Collection  saiz XXXL plain ungu - 1
16- Tudung dari Megah Collection  saiz XL plain coklat pusing - 1

nanti malam saya upload gambarnya :)

Thursday, February 28, 2013

in the air

atas angin
terbayang susuk tubuh kecil,
beratur memakai jubah
jubah besar berline hoodnya
topi empat segi bertali rambu-rambu di tepi
nama diseru
diri melangkah
tangan dihulur
skrol di sambut

oh kangan untuk graduasi lagi

di sebalik itu ada duka tangis
mata yang lebam kurang tidur
rambut yang gugur kerana kuat memikir

hari iru beberapa jam sahaja
tetapi memberi erti sepanjang hayat.


Sunday, February 24, 2013

Main masak-masak: Sup Ayam

as salam, hari ini dengan rajinnya saya memasak di malam hari sebab lapar. Zauji pergi kerja shift malam, makanya saya makan seorang sahaja.

Sup Ayam campak-campak sahaja.
Kita memerlukan
1- ayam
2-bawang putih
3-kayu manis
4-lada hitam
5-bunga lawang
6-halia
untuk hiasan:
daun sup dan bawang goreng

eh senang je...
no 2 ke no 6 tumbuk.

masukkan air dan ayam dalam periuk, didihkan ayam. dah mendidih masuk bahan yang dah tumbuk tu. akhir sekali, reneh sup itu.

Saya jenis tak suka guna minyak sebab dekat ayam dah ada minyak ayam. Untuk makan dengan zauji kira lepas sebab zauji tak kisah makan apa. senang sungguh zauji!


.......................

eh, garam !!!


Tuesday, February 19, 2013

Perihal hari - hari

Bismillah..

Sambil menunggu encik suami balik dari mesyuarat Pasti ni , ambil masa ini untuk menulis. Perihal hari - hari saya, adalah semakin sibuk. Sibuk mungkin kerana tidak pandai mengawal dan mengurus masa sendiri. Saya telah mencipta sejarah sendiri memandu ke Kuala Lumpur dan pulang ke Johor **tepuk tangan**. Terima kasih suami bagi kebenaran dan kepercayaan.

Sememangnya kita punya tugas yang banyak, dan saya bekerja sebagai jurupulih, membuat kraft secara sambilan, tidak dilupakan tugas sebagai ahli Nisa'. Tugas hakiki sebagai Hamba, anak dan isteri.
Dengan banyaknya tugasan, saya bagai hilang punca pada mulanya. .

Tapi saya fikir, kalau benda tu kena galas, Allah mesti yakin kita boleh buat, why shouldn't i try ???


jadi saya mula dengan membuat jadual saya sendiri , maksudnya, hari ini kena buat apa, tak semua benda saya buat hari-hari. harapnya, saya boleh jadi wanita yang lebih baik !! ada hari kena basuh baju, ada hari kena lipat baju, ada hari kemas rumah.

Masa kerja, laporan pesakit buat terus, balik fikir buat kraf je pula.



mungkin anda juga boleh cuba. hehe.

Friday, February 15, 2013

mengorek post lalu

Bismillah

Sem 1


Entri semasa sem 1...pasal pemulihan carakerja. hehe.

---> hari ni kerja, petang pergi kl, in sya Allah ada talk pasal autisme.
jumpa di ukm bangi esok!!!!

Thursday, February 14, 2013

Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja

bismillahi walhamdulillah..

semasa saya spm dulu saya tidak lah A straight scorer, tapi keputusan itu tersenarailah dalam range orang yag dapat duit RM 500 hadiah SPM. dan kelakarnya, saya masuk Harakah sebab di temubual masa penyampaian cek tu. (hahaha).


------> then the journey begin

saya masuk tingkatan 6 rendah sekejap tapi bukan untuk daftar STAM, jadi pergi sekolah pergi buat program badan dakwah, lawak-lawak tapi manis .
beberapa bulan selepas itu, saya dapat MATRIK.
sebab saya ni jenis "follow the flow" saya pergi matrik. nak ujian midsem, saya dapat UIA~!!!. tapi saya tak pergi memandangkan saya dah sayang sangat dengan KMNS . Allah lebih tahu apa yang terbaik.

habis KMNS, keputusan biasa sahaja. hehehehe. btw, alhamdulillah.

saya masa pilih 8 pilihan tu, saya pilih ISM PEMULIHAN CARAKERJA-OT . SEBENARNYA ...saya tak tahu pun kursus tu apa, cuma, yang saya pernah tengok di pameran UKM buat, OT ni buat splinting lah apa lah, rasa macam menarik. dan sebalik tu jugak, nak sambung benda lain lepas ambil OT. ---> niat masa tu :).
..
jadi Julai 2008 bermulalah episod saya  masuk kursus saya tak tahu tu .



ikutkan tak susah sangat tapi saya yang buat susah, sebab poor time management, task management kan. tapi alhamdulillah i manage to grad with second upper :)


sebenarnya OT ni seronok, penuh dengan dunia kreatif.
tapi nantilah saya ulas panjang.

apapun sekarang saya memang dah mula bertatih sebagai seorang juru pilih carakerja ataupun Occupational Therapist.

till then :