Tuesday, September 11, 2012

ikatan yang teguh

bismillahi walhamdulillah

1st of all, alhamdulillah , saya sudah berkahwin dengan sorang pemuda. Saya tak pandai nak jiwang-jiwang ni eyh, cuma saya nak cerita dengan niat nak bagi motivasi buat mereka yang sedang bersabar dan berusaha ke arah perkahwinan dan yang menjauhi hubungan cinta sebelum nikah. Perlu diingat, saya seorang yang biasa-biasa sahaja! Ambil kisah ini sebagai panduan. =)

Allahu Akbar.

Allah itu Maha Besar, perancanganNya melangkaui perancangan manusia. Sejujurnya perjalanan jodoh saya tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya yang tidak mengenalinya, tidak pernah bergerak kerja dengannya, menerima lamarannya melalui keluarganya setelah beristikharah dan beristisyarah dengan keluarga. Kami bertaaruf sekadarnya sahaja bersama orang tengah yang sudah berkahwin dan teman rapat yang dipercayai. ziarah dari keluarganya menyusul beberapa bulan setelah bertaaruf. Kami bertunang setelah diusulkan oleh keluarga. 

Sepanjang bertunang, kami sangat jarang berhubung sama ada melalui telefon bimbit, facebook, twitter ataupun email. Selalunya jika perlu kami akan berbincang hanya berkenaan pertunangan dan perkahwinan. oh, ada juga kami "mengupdate" diri masing-masing, tapi hanya berkaitan dengan apa program yang kami ikuti. 

Alhamdulillah

7 bulan bertunang kami lalui. Saya sibuk menghabiskan pelajaran, dia baru memulakan alam kerjaya. Pertunangan kami tidak disebarkan secara meluas hanya teman rapat yang diberitahu. 

Kami sibuk dengan diri masing-masing. Saya dan dia banyak menghubungi keluarga bakal mertua kami, meghubungkan silaturrahim dengan keluarga bakal mertua bukan dengan diri masing-masing. hehe

Tunang

Kami banyak dibantu keluarga membuat persiapan majlis dan sepanjang majlis. Alhamdulillah.



Subhanallah


Indahnya sabar itu kawan-kawan. Manisnya bila Allah redho. =) . Berdoalah selalu agar dimudahkan urusan, diberi kesabaran, dan rezeki. Sungguh, janji Allah itu pasti. ^^

Jazakumullahu khairan kathiira

Saya dan pasangan ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih buat seluruh keluarga kami, sahabat kami yang dekat dan jauh. Mereka yang mendoakan kami dari dekat dan jauh. Semoga Allah membalas jasamu dengan balasan yang baik. AAmiin.


cincin yang saya sarungkan tak masuk elok, jadi akhirnya inche suami sarungkan sendiri!

inche suami dengan sahabat karibnya



tetamu yang hadir ^^

"facepalm"*gaya orang tak pernah pegang lelaki cam gitu la. hahaha*
Pengantin muslimah mengikut syariat 

Saya bergaya juga semasa majlis. Saya hanya memakai bedak, sedikit gincu, celak mata, sedikit blusher dan inai di jari. Jurusolek saya adalah adik saya, Sumayyah dan kawan baik adik saya, Amirah. Mereka sangat memaham saya dan citarasa saya. Semestinya tidak pada bulu mata PALSU dan mekap berlebihan. Tambahan, tunang saya telah berpesan sebelum kami berkahwin untuk tidak bersolek berlebih-lebihan. 

Untuk tudung, saya menyewa tudung Awning bermanik dan membalut Pashmina berwarna 2 tone pink-purple. Baju saya merupakan jubah "straight cut", manakala bahagian luarnya saya sewa, busana pink belacan bermanik. Saya memakai sarung kaki tebal yang tidak menampakkan jari kaki dan tumit saya. Disebabkan jubah itu berkain jarang, tidak dilupakan baju "inner, handsock dan kain dalam". Mahkota dan "veil" dipakaikan oleh kawan umi. hehe. saya tak pandai nak pakai sendiri. haha.


Bicara hati

Saya berkahwin dengan dia yang biasa, bersama cuba menjadi hamba Allah yang baik dan taat kepadaNya. Saya dan dia hanyalah insan biasa yang mahu berpayung di bawah rahmat kasih Tuhan. Saya dan dia bukan orang senang, kaya, dan ternama. Saya menyediakan diri saya bahawa saya akan berkahwin dengan pemuda agama. Bahawa dia seorang pejuang, yang bakal meninggalkan saya disaat perjuangan memerlukannya. Dia juga milik ummah. dan dia juga mengahwini seorang sayap kiri perjuangan yang juga milik ummah. 

Terima kasih Tuhan~

Buat kawan-kawan

Sabarlah , sabarlah dan sabarlah
berdoalah, berdoalah dan berdoalah.
Hati itu milik Tuhan, Minta Allah pegang hatinya untukmu.

May Allah bless us all!


Wednesday, August 1, 2012

teman:biar jadi orang

bismillahi walhamdulillah

mafhum hadith : "sebaik-baik manusia yang bermanfaat kepada orang lain"

so, even seorang dapat manfaat dari blog ni, kira bersyukur sangat dah =).
_________________________________________________________________________________

satu ketika dahulu, saya dan kawan menamakan satu ceramah untuk persatuan : BIAR JADI ORANG.

tagline yang sangat deep maknanya untuk diri sendiri dan harapnya untuk orang lain.
Islam agama yang tiada paksaan tapi, ada batas2 yang penganutnya (kita) kena ikut. contoh mudah lah, kita barang yang bukan kita punya, mestilah tuan dia ada syarat2 yang kita kena ikut.
_________________________________________________________________________________
wishlist buku:
1-tafsir fi zilaalil quran
2-buku asbaabun nuzul al-quran
3-prophetic parenting
4-reclaim ur heart

wishlist ibadah
1-khatam al-quran beserta makna
2-puasa enam + ganti secepatnya!
3-qiam bebanyak sket
4-habeskan buku ilmiah yang berlambak2 dekat umah dan local disk!

wishlist aktiviti
1-join program di kelantan yang meriah
2-setelkan urusan pernikahan
_________________________________________________________________________________
balik kampung malam ni. insya Allah .








Tuesday, July 31, 2012

Food For Soul = Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman

RAMADHAN 11

nota diri untuk tazkirah tadi.

daripada ustaz Farhan Abdullah al-Hafiz.

dulu dia paderi kristian tao , sekarang Pendakwah =)
_________________________________________________________________________________

perkataan TAQWA banyak disebut di dalam Al-Quran contohnya : 




2:183

(2:183)

Sahih International

O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -



Malay

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sahabat pernah bertanya kepada nabi Muhammad S.A.W tentang di mana letaknya TAQWA. jawab baginda S.A.W : TAQWA letaknya di hati.

satu kisah lagi di mana Abu Hurairah di tanya apa tu TAQWA.


jawab baginda : TAQWA itu engkau ibarat berjalan di jalan yang berduri, oleh itu engkau berjalan  dengan penuh berhati-hati agar tidak terkena duri itu.

orang berTAQWA selalu mengingati hidup di dunia in sekadar menumpang sekejap sahaja, untuk sampai ke destinasi sebenar kita, dia akan memilih jalan yang betul agar tidak menyimpang di akhir nanti. 



3:102

(3:102)
Sahih international

O you who have believed, fear Allah as He should be feared and do not die except as Muslims [in submission to Him].



Malay

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.



PERPADUAN

paling nampak, solat berjemaah lah simbol perpaduan.


3:103



(3:103)

Sahih International



And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided.


Malay

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
_________________________________________________________________________________


Jawapan Imam Ghazali menjawab pertanyaan anak muridnya, Syeikh Hassan tentang anugerah Allah buat ummat Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan :
1- huruf "Ro": rahmatun minallah (rahmat daripada Allah)
2- huruf "Miim": maghfiratun minallah (keampunan daripada Allah)
3- huruf "Dho'": dhom-a-nun minallah (jaminan daripada Allah = SYURGA). refer alkahfi: 108



18:108
Sahih International
Wherein they abide eternally. They will not desire from it any transfer.
Malay
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.


"best nye!!!!!!"

4- huruf "Alif": amaanun minallah (keamanan daripada Allah)
5- huruf "Nuun": nuurun minallah (cahaya-hidayah daripada Allah)

"sebaik-baik sedekah pada bulan Ramadhan "
_________________________________________________________________________________
Allahu a'lam. 
alhamdulillah. 

mohon maaf atas apa yang kurang =)

credits to: http://quran.com/, Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.
_________________________________________________________________________________

may Allah bless
Ramadhan kareem ^^
mungkin benda tu kita dah tahu, that's why it is tazkirah kan???





Sunday, July 29, 2012

10 sudah berlalu

nak cakap tahniah ke tak dekat diri sendiri sebab dah puasa 10 hari?


alhamdulillah atas segala ni'mat yang Allah bagi. boleh bangun lagi, celik mata, sahur, solat, mengaji. hisy, tapi macam tak cukup pulak benda2 yang dah dibuat. biasa2 je. 





------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kakok: aisyah dah berapa juzu'

aisyah (13 tahun): dah 2 kali khatam ramadhan ni

kakok (tercabar) ; ha???

aisyah : tadarrus dekat sekolah

aisyah sekolah maahad tahfiz, dan dah 2 kali khatam secara tadarrus, nasib tadarrus, kalo tak, takke rasa terlambat gila diri sendiri.

soalnya, apa rasa bila BACA? diri sendiri pun tengah cari strategi nak tadabbur Quran tu. rugi lah bila baca tak da rasa. macam makan tapi tak rasa masam/manis/pedas. tawar hhebe bak istilah orang kelate.

tak rugi  usaha ye dop? biar alquran meresap di jiwo dan rago. woooo.

-----------------------------------------------------------------------
semalam terasa macam jumpa selebriti dekat surau bukit mulia ini.

siapa? USTAZ SALMAN MASKURI. tazkiran ringkas tentang kelebihan sedekah bulan ramadhan. memang benda ringan and dah tahu kan? tapi bila orang peringat ni...best. ustaz gitao
sedekahlah dengan apa yang mampu, dan sedekah tu boleh bawa keberkatan dekat hari-hari kita.

BESTNYA hidup dalam tarbiyyah. tenang dalam kurang, redho dalam tekanan. sebab..ALLAH kan ade.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAPPY BLESS RAMADHAN....

Friday, July 27, 2012

betapa TUHAN sayang padamu


Jalan-jalan Johor

bismillahi walhamdulillah

semasa saya berpraktikal selama 8 bulan di johor, saya berkesempatan berjalan-jalan di sana.

untuk kali ini saya akan kenalkan tempat makan yang best =). sekarang puasa ye , nanti dah lepas raya boleh pergi.

RESTORAN AGUS, TAMAN UNIVERSITI

dengar khabarnya ada cawagan lain lagi tempat ni, tapi saya pergi sini je, sebab senior saya belanja.

boleh tahan lah makanan dia, setimpal dengan harga.

boleh tengok juga link lain : http://saji.my/place/restoran-agustaman-universiti-johor/.

RESTORAN SAYAM 1, STULANG

ini banyak kali saya dan rakan-rakan pergi. makan ramai-ramai. pemiliknya berasal dari kelat. yang paling best dekat kedai ini adalah servis dia cepat sangat. tak payah tunggu lama.

yang famous dekat sini adalah menu ala-ala thiland dan yang bersangku paut dengan makanan laut.

stulang ni dekat lah dengan the zone.

dan restoran ni dekat dengan surau. nak solat pun senang.



Monday, July 23, 2012

orang seni

bismillahi walhamdulillah

mai kata saya orang seni.
sebab saya suka lukis, design, conteng dan tulis.
saya suka baca novel.
saya suka doodle2 , sampai mai kasik hadiah satu drawing book -tq mai-
saya suka tulis jugak-bila ada mood-

orang seni sangat tu tak la kot.


either saya akan express pa saya nak @ saya fikir. mcm hlovate gtao tu.

saya suka benda comel. dan saya suka komen poster/ banner yang tak cantik.

dah Allah bagi benda yang kita ada kelebihan kena wat kebaikan ye x???

banyak benda boleh buat tapi tak terbuat, buat benda yang tak payah buat tu banyak.

orang seni ke? entah. yang pasti memang ade aliran seni dalam diri-flash and blood-heh.

seni tak seni, batasyan syariat still kena jaga. seni suara, seni lakon layar, seni lukis, seni fotografi dan semua senian2 yang sewaktu dengannya.

apape nak buat tengok hukum hakam, bukan disekat tapi untuk kebaikan. saya tumpang bangga dengan orang seni yang berhijrah (terkesan dengan lagu aku yang berdosa yang di compose sham kamikaze).

native deen, outlandish, samy yusuf, even mat luthfi ade seni masing2.

even mungkin anda orang seni senanye. haha.

dah TUHAN bagi kelebihan, acu guna ke arah ISLAM saidah.

tengok nayzak. tengok spread salam tu, tengok owh so muslim tu.

faham dak? tak faham ke? ramdomness is my style. sorry.

salam ramadhan 4. allahu robbi, moga ramadhan ini ramadhan yang terbaek. amiin.

may Allah ease everything, my up and down.

take care u all.

my name is saie n someone tell me i'am seni.

bakat bukan buat simpan wat pekasam oi.~

Sunday, July 22, 2012

gigih ke?

boleh dikatakan pelajar terpaksa gigih bila sv suh betulkan lagi tesis even after dapat markah. siap hak ni, memang insya allah ak jd sv.




semangat sikit saidah!






semut pun usaha saidah

ada la cam gini ea???

ye kan???


semua image saya google. terima kaseh gugel ye. 
saya akan selalu carik awak.



Saturday, July 21, 2012

from Ammar

You never saw your fathers face,
or knew the warmth of your mothers embrace,
Your grandfathers heart burned with concern,
Yet death would come to him in turn,
None to look up to, so you cast your vision to the sky,
When you speak the truth, it hurts when they say you lie,
Doesn't it? Yet you move on, take it all in stride,
The honest prophet who by his own people is belied,
With only two pillars of support, an uncle and a perfect wife,
And in the same year, each one would lose their life
Jibreel gave Khadijah his salaam, told her of a house in paradise,
but an Angel other than him, came to your house to collect its price,
You went to Taif, seeking support for the message you need to spread,
They laughed at you, and sent their kids to stone you until you bled,
At Uhud you were deserted, so they struck you with vicious blows,
and rumors were spread about Aisha, that caused pain that Allah only knows,
Your close cousin Ja'far's absence was finally ended, from Abyssinia he would come,
But in one day, he would be martyred with Zayd your adopted son,
And Ruqayyah would pass away, and Umm Kalthoum as well,
You held Ibraheem in your hands, with a heart that breaks and eyes that swell,
Death would ask permission to take your soul but not the souls of those you love,
And you never expressed distress to the tests that came from up above,
The trials made you strong, and for Allah's perfect company you would yearn,
For it is to Allah that we belong, and to Him is our return

Wednesday, July 18, 2012

my very own bigday



dear friend, here the official announcement
alhamdulillah wa syukurillah
it is one step to the thousands steps
barely will make it
the du'a is the worth the most. 

........
i'm believe with what Allah promise us. HE will not ever put you down. 
i tell you what, the parents and Allah blessing is the most important.
and i would say, the is the best choice for this moment
.........
subhanallah walhamdulillah allahu akbar
always bear in mind, everything is loans
even the partner that we'll be going to marry
....
hlovate: the best deal is to have a best partner.
...
say NO to COUPLE. ^^ *peace*

Thursday, June 7, 2012

tak baek merungut

bismillahi walhamdulillah

tengah buat data analisis. mak ai, banyak jugek kena buat, kebluran pulak tu. nak cakap je. sebab macam tak sesui nak twitt atau fb.
tak baek merungut luah je, kira boleh tak? hahaha.
ok sambung kerja. ^^


Tuesday, June 5, 2012

official announcement

bismillahi walhamdulillah

my clinical is officially ended! yeay! alhamdulillah. peads paling abest untuk area. tapi praktikal paling gempak dekat permai. sayang korang, siyes, sayang korang. kakak, angah, abang cik, kak cik dan adik. hahahaha.
ada lagi sebulan. sebulan yang tak berapa panjang untuk menghabiskan degree. boleh punya, dah nak masuk 3 hari buat case study bernama suzy. !

Wednesday, April 4, 2012

hobi nan satu

melukis, menconteng, mewarna
hai, teruja :)

yang ni kira dah upgrade.
sketch pakai pensil
scan
colour pakai paint
:)

se-ro-nok
alhamdulillah

next project:
poster ROW :)

mula kerjaan ini after habis viva
esok viva :D
rabbuna yusahhil

Sunday, March 25, 2012

angan-angan biar jadi kenyataan

bismillahi walhamdulillah

ini saya scan. hihi


satu ketika dahulu semasa saya di sekolah rendah jawapan untuk apa yang saya nak jadi adalah doktor juga guru. tetapi semasa saya di sekolah menengah memandangkan memasuki aliran sains saya bercita-cita menjadi doktor. tetapi sebaliknya saya belajar sains kesihatan dan bakal bergradusi dalam program ijazah sarjana muda pemulihan carakerja.


untuk bidang pemulihan carakerja, saya lebih ke arah child psychology :)


tetapi

sekarang saya melihat saya yang akan datang sebagai seorang pemilik Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam , kedai kraftangan dan rekaan (design). dan Work at HOME MUM. paling-paling tidak saya mahu menjadi pendidik :)

pusat asuhan kerana nanti saya nak menjaga anak saya dengan tangan saya sendiri. asuhan saya sendiri.. kita tahu mendidik anak sekarang adalah satu cabaran, dan saya rasa satu tanggungjawab yang sangat besar.

kerana minat saya yang mendalam terhadao dunia kreatif seperti membuat kraftangan, melukis dan mereka, saya memasang angan-angan untuk membuka kedai pula.

macam-macam kan.

disebabkan perniagaan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w juga sumber untuk perjuangan ISLAM. saya mahu menyahut cabaran itu.

dan saya menyimpan impian mengambil master di bidang psikologi dan mungkin doploma untuk rekaan grafik.


itu 5 tahun lagi.

dan sekarang. habiskan IJAZAH dahulu.

dan saya mohon do'anya untuk merelialisasikannya.

Saturday, March 24, 2012

being KMNSian

bismillahi walhamdulillah

ini cerita seorang saie

membelek kembali tahun 2007/2008, saat Allah takdirkan saya di bumi negeri sembilan. jauh perjalanan, berbukit-bukit sampai terputus bukitnya- BUKIT PUTUS-.

melangkah ke satu fasa lagi setelah habisnya fasa sekolah. sekolah menengah yang solehah biiahnya ke tempat yang tidak boleh digambarkan suasananya. sosial kah? solehahkah?

kaki saya melangkah juga ke sana, ramai yang menghantar anak sulung cikgu abdullah ini. pendaftaran selesai dengan lancar dan minggu orientasi bermula. hadiah masuk KMNS adalah baju t-shirt hijau -biru-putih, tudung bawal bidang 45 warna kuning dan beg KMNS.

zapp....

tudung bawal- jarang-kecik. saya pakai juga tapi 2 lapis. lapis dengan tudung lain. bimbang ternampak batang leher , silap-silap rambut sekali.

baju pendek. dipakai 2 lapis juga bersama t-shirt labuh.

5 hari begitu. berjaya dilalui.

aktiviti minggu orientasi yang padat. kami budak baru setahun jagung ini perlu berjalan laju. benar kata fasi ini latihan apabila sesi pembelajaran nanti.

dan 5 hari berjaya dilalui.

walaupun satu masa, bergelut dengan solat dan masa yang padat.
walaupun satu masa, tak sempat nak makan.

5 hari penuh erti bagi seorang pelajar berusia 18 tahun ketika itu. lagi bererti bila bertemu mereka.

MEREKA

bukan saya seorang memakai tudung 2 lapis dan baju 2 lapis. bertemu dan bersenyum dan bersahabat selama setahun. dan kini perhubungan itu sudah menjangkau tahun ke 5.

jika seorang kanak-kanak usia 5 tahun sudah boleh menguruskan diri sendiri, bersosial dengan kawan dan masuk tadika-sudah advance. jadinya persahabatan 5 tahun sudah  boleh matang bukan?

mereka buah hati saya. tersimpan kukuh diingatan saya. dan kami sekarang berhubungan jarak jauh. sesekali sms, sesekali emel, sesekali fb, sesekali telefon, sesekali jumpa di program.

Being KMNSian

disitu saya mendalami ilmu-bilologi , matematik, kimis, bahasa inggeris
disitu saya mengenal dan berkenalan- rakan sepraktikum, rakan seJPP, rakan sebilik, rakan sesurau, rakan se-blok
disitu saya ditempatkan bersama berlainan gender-almaklum sekolah menengah di sekolah perempuan.
disitu saya berkenalan dengan kawan cina dan india
disitu saya melatih skill kepimpinan-pertama dan terakhir bertanding sebagai calon pilihanraya
disitu medan dakwah saya yang baru-ketika itu-

culture shock?
alhamdulillah, saya mampu menanganinya dengan kekuatan dari sahabat-sahabat kepada saya. eheh. mereka bagi super saiya dekat saya. :)

sebenarnya, suasana adalah faktor paling minor untuk mengubah seseorang sekiranya KEIMANAN menjadi faktor major kekuatannya.

saya membina IMAN bersama sahabat-sahabat. saya tidak melakukannya seorang-seorang. saya memang lemah tapi ada yang mengingatkan, ada yang memegang tangan memimpin saya untuk berdiri , berjalan dan berlari. ada yang menadah tangan untuk sahabatnya nan seorang ini. ada yang memeluk saya meminjamkan kekuatan, ada yang menadah telinganya mendengar celoteh saya. ada yang berkata-kata manis membuang rajuk saya.

once KMNSian always KMNSian

sehingga sekarang saya masih lagi mahu berbakti buat KMNS baik secara langsung atau tidak. jika sempat , saya menjadi fasilitator minggu orientasi.

di KMNS hanya 10 bulan. tapi impaknya jauh kedalam. dan rindu tidak pernah padam terutama bersama MEREKA.

dan kelak nanti, UITM bakal menjadi 1 lagi memori dalam lipatan sejarah hidup hamba ALLAH ini.

semoga ALLAH memberkati BUMI KMNS.

Wednesday, March 21, 2012

DARI KAKAK

bismillahi walhamdulillah

adik kakak, tahniah 5A5B

mumtaz untuk STAM ye insya ALLAH.

...

my big bro,

will be STAM candidate this year. cita-cita ke bumi urdhun. moga ALLAH mudahkan.

:)

mabruuk

bismillahi walhamdulliah

senyum lebar ke telinga
hati gembira tak terkata
melihat mereka bersatu di hari bahagia.

sungguh saya melihat ketengangan dan kebahagiaan pada mereka yang menjaga perhubungan sehingga 'akad.

hari bahagia mereka, diri sendiri pun sangat gembira.

cik puan hidayah roselan dan encik rizal
cik puan azimah ismail dan encik izuan
cik puan shafidah dan encik hafiz
cik puan umairah esa dan encik anas rosedi

juga buat yang bakal menyambut cahaya mata pertama,

puan sakinah dan encik farid
puan syafi'ah dan encik aly

dan ramai lagi sebenarnya..

baitul muslim itu berbeza, matlamatnya untuk REDHA ALLAH, jalannya berlandaskan sunnah RASULULLAH. hati dijaga dari khilaf-khilaf maksiat dan dosa. pergaulan sihat dan ikhtilat sifar.
SABAR adalah kuncinya. syariat menjadi pembatasnya.

suami/isteri yang dinikahi itu adalah pinjaman tak ternilai dari ALLAH. itu dijaga dengan amanah. di didik dengan mujahadah.

berdua lebih baik, agar langkah lebih kedepan, maju setapak seiringan, juga agar bisa lebih kuat.

^______________^

baitul muslim itu antara tangga-tangga menuju ke JANNAH. =). keputusan yang bukan mainan, memerlukan kematangan dan kedewasaan.

baitul muslim itu bukan sekadar percintaan , tetapi pengurusan dalam kehidupan.

nah!

baitul muslim itu indah.

SUBHANALLAH.

~

mabruuk buat kamu-kamu.










Friday, March 16, 2012

SATURDAY REMINDER


I LOVE TO PLAY WITH COLORS, CRAFT AND ART :)

i am still on my pediatric clinical. 

i am good, same old alhamdulillah

~
May Allah Bless

Saturday, February 11, 2012

life

bismillahi walhamdulillah

i am alive~ alhamdulillah
life?
still living ..alhamdulillah with islam and iiman. insya Allah. safe and sound. :)
every second is the chance given by Allah s.w.t for us.

bukan saja-saja


dihidupkan dihantar ke bumi bukan saja-saja. tapi kita selalu buat leka, tak tahu apa. bangun tidur, makan, belajar, makan lagi, tidur balik. habis and finished. tiada erti?

tidak, tidak bukan saja-saja.

ini bukan main-main, ini cubaan. penilaian dan ujian. tiada seorang pun terlepas.

bila ek saya sedar semua tu?

bila masuk sekolah menengah. masa tu. sebelum tu buta makna. sekarang pun celik dari dulu tapi selalau je ada memori problem. ehe. means: tolong ingatkan aku !

berjaya dalam hidup: bila PASS masuk ke SYURGA di AKHIRAT.

NOTE:

apa sumbangan untuk ISLAM hari ini??








Thursday, February 9, 2012

yang belum selesai

bismillahi walhamdulillah

banyak benda yang belum selsesai:


untuk study
  1. urusan research
  2. praktikal
untuk diri sendiri:
  1. belajar menjahit
  2. belajar software yang banyak tu: ilustrator, after effect, cyberlink (i am addicted to design)
  3. belajar format laptop
  4. praktis balik kereta
  5. habiskan bacaan buku pengetahuan
  6. jahit felt: felt craft
  7. bisnes
biar boleh sumbang balik kepada ISLAM! insya Allah






Wednesday, February 8, 2012

SEKITAR 2 MINGGU

bismillahi walhamdulillah

saya pulang ke rumah setelah berprogram 6 hari dari 16 hb januari hingga 22 januari. kebetulan abah dan umi tiada di rumah pada CNY. saya pulang selepas itu.
untuk research saya, banyak hospital telah saya pergi. alhamdulillah, pengalaman berharga. turun naik kenderaan awam untuk episod jelajah hospital itu.

hospital universiti sains malaysia kubang kerian, hospital raja perempuan zainab II kota bharu, hospital tanah merah, hospital pasir mas, hospital pasir puteh dan hospital kuala krai. ibarat dah jelajah seluruh kelantan. hehe.

saya disambut baik oleh pegawai perubatan pemulihan dan therapists di sana. sifat ramah tamah mereka dan kerjasama yang diberikan menjadikan pengalaman ini sangat berbaloi.

alhamdulillah.

Monday, January 16, 2012

dear lady: perasan tak?

bismillahi walhamdulillah

saya rasa macam nak buat brand "dear lady". amacam?

dear lady perasan x?

semua tahu apa untuk menutup aurat ye, bukan membungkus aurat^^

semua maklum akan hanya 2 je yang boleh di buka: muka dan tapak tangan.

saya tak bercakap pasal dalil, tetapi pasal PRAKTIS.

perasan tak tudung yang dipakai itu jarang? even kain sembahyang.

first sekali saya nak cerita pasal kain sembahyang. penting. sebab kita solat 5x sehari. campur sunat ba'diah, qabliah mungkin akan jadi 10 ke atas. abaikan calculation itu.

kita nak jadi ketua bidadarikan kan? kan?

kain telekung kita nipis tao, even yang pakai 2 lapis pun keno cek jugak kot2 nipis.

cara cek:

saya buat macam ni, test dengan tangan, masukkan tangan ke sebela dalam pastu tengok kat sebelah luar ade nampak jari ke kuku ke. nampak jelas ke x?

lepas tu saya akan tengok under sun shine pulak.

saya bab ni memang syadid sket.

ok settle.

yang kedua bab kainnya. kain tu kan ada yang saya tengok nampak jari-jari kaki masa solat. bukan sebab kainnya singkat tapi sebab jarang.

nak settlekan macam mana?

sama ada pakai stokin @ buat kain jadi 2 lapis @ beli kain tebal-ala yang ada kaler2 hitam putih merah etc.

again

cek dulu sama ada jarang ke tidak ye.

aaa... lagi...kalau takde kain sembahyang,

pakai je apa yang ade, baju kurung ke tshirt ke. tapi kena make sure yang kita pakai tu bersih, suci, cuci serta tebal, longgar.

tips:
saya selalu bawa stokin spare pegi mana.

lagi, bab sarung kaki

dah bagus dah pakai sarung kaki, tapi kan jarang, warna pun warna kulit. hopefully tukar la ye tak pun pakai 2 lapis sarung kaki.

saya prefer stokin tebal~

selalaunya sarung kaki ni kan dekat tumit nampak sangat jarang also dekat jari.

dear lady. cukup utuk hari ini dan beberapa hari

saya offline dari 17-22. ada program.

saya harap bermanfaat.

dari lady to ladies.

wa are gem, we are precious, we are diamond.

assalamu'alaikum ~

tUmbLr

http://saidahnafisa.tumblr.com/

my 3rd

my legacy

Saturday, January 14, 2012

awak tahu tak?

bismillahi walhamdulillah :)

tadi saya pergi solat subuh berjemaah, alhamdulillah saya diberi kesempatan! lepastu ade tazkirah pasal 'aqidah. tapi saya tak dengar full pun, sebab saya tertido. huhuhu.

ustaz kata takkan melayu HILANG di dunia sebab melayu tu bangsa. yang boleh hilangnya AGAMA. melayu tetap melayu tetapi bila orang tu tukar agama dia jadi lah dia christian, buddhis dan lain lain kan2/

lepas tu ustaz kongsi:
nak belajar ni ada 3 menda.

satu -
kena membaca. masa first mukjizat tu pun kan, nabi s.a.w diminta membaca.

dua-
mendengar, relate dengan kisah tadi jugak, after nabi s.a.w tatau membaca, so malaikat jibril pun bisik dekat teling nabi s.a.w

tiga:
tulis, nak bagi ingat sebab bukan semua benda kita ingat kan.

lepas tu saya tertido laaa...

bangun balik tu ustaz tu bagi kesimpulan kenapa pentingnya "aqidah"

toink...toink...

awak tau ta. bukan senang nak selalu jadi baik kan, ingat allah selalu. saya selalu menyesal bila bangun pagi2 x sempat qiam. tapi pagi esok menyesal balik. T_T

nasib la sekarang dududk dekat dengan masjid, atleast 5x berjemaah solat. then ada tazkirah. ada makan2 jugak.

cuma saya kan tak pandai nak beramah mesra ni. dengan makcik2 surau tu pun, saya senyum je. ui, tak pandai la saya. senyum tu sedekah, kira ok la.

saya ni memang susah nak attach dengan orang. nak jadi da'ie tak boleh macma ni kan tapi tu la.

oh, saya paling muda ..kira muda la 23 banding dengan 50 plus++

eh sebenarnya, mana ada sign board "orang muda takyah gi masjid". hehe
tapi tu la.

saya kan nak gegar dunia. eh, tapi macam mana ye?
dalam sudut hati nak jadi orang baik, muslim yang baik, pelajar cemerlang~ macam dulu2 saya score study.

saya sedih la.

awak tahu tak, nak jadi baik bukan sennag, takkan nak jadi JAHAT kot

saya masih merangkak2 lagi , asyik terlupa nak baca BISMILLAH bila buat semua benda.

at least try? ye tak?

~ alhamdulillah~