Sunday, March 25, 2012

angan-angan biar jadi kenyataan

bismillahi walhamdulillah

ini saya scan. hihi


satu ketika dahulu semasa saya di sekolah rendah jawapan untuk apa yang saya nak jadi adalah doktor juga guru. tetapi semasa saya di sekolah menengah memandangkan memasuki aliran sains saya bercita-cita menjadi doktor. tetapi sebaliknya saya belajar sains kesihatan dan bakal bergradusi dalam program ijazah sarjana muda pemulihan carakerja.


untuk bidang pemulihan carakerja, saya lebih ke arah child psychology :)


tetapi

sekarang saya melihat saya yang akan datang sebagai seorang pemilik Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam , kedai kraftangan dan rekaan (design). dan Work at HOME MUM. paling-paling tidak saya mahu menjadi pendidik :)

pusat asuhan kerana nanti saya nak menjaga anak saya dengan tangan saya sendiri. asuhan saya sendiri.. kita tahu mendidik anak sekarang adalah satu cabaran, dan saya rasa satu tanggungjawab yang sangat besar.

kerana minat saya yang mendalam terhadao dunia kreatif seperti membuat kraftangan, melukis dan mereka, saya memasang angan-angan untuk membuka kedai pula.

macam-macam kan.

disebabkan perniagaan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w juga sumber untuk perjuangan ISLAM. saya mahu menyahut cabaran itu.

dan saya menyimpan impian mengambil master di bidang psikologi dan mungkin doploma untuk rekaan grafik.


itu 5 tahun lagi.

dan sekarang. habiskan IJAZAH dahulu.

dan saya mohon do'anya untuk merelialisasikannya.

Saturday, March 24, 2012

being KMNSian

bismillahi walhamdulillah

ini cerita seorang saie

membelek kembali tahun 2007/2008, saat Allah takdirkan saya di bumi negeri sembilan. jauh perjalanan, berbukit-bukit sampai terputus bukitnya- BUKIT PUTUS-.

melangkah ke satu fasa lagi setelah habisnya fasa sekolah. sekolah menengah yang solehah biiahnya ke tempat yang tidak boleh digambarkan suasananya. sosial kah? solehahkah?

kaki saya melangkah juga ke sana, ramai yang menghantar anak sulung cikgu abdullah ini. pendaftaran selesai dengan lancar dan minggu orientasi bermula. hadiah masuk KMNS adalah baju t-shirt hijau -biru-putih, tudung bawal bidang 45 warna kuning dan beg KMNS.

zapp....

tudung bawal- jarang-kecik. saya pakai juga tapi 2 lapis. lapis dengan tudung lain. bimbang ternampak batang leher , silap-silap rambut sekali.

baju pendek. dipakai 2 lapis juga bersama t-shirt labuh.

5 hari begitu. berjaya dilalui.

aktiviti minggu orientasi yang padat. kami budak baru setahun jagung ini perlu berjalan laju. benar kata fasi ini latihan apabila sesi pembelajaran nanti.

dan 5 hari berjaya dilalui.

walaupun satu masa, bergelut dengan solat dan masa yang padat.
walaupun satu masa, tak sempat nak makan.

5 hari penuh erti bagi seorang pelajar berusia 18 tahun ketika itu. lagi bererti bila bertemu mereka.

MEREKA

bukan saya seorang memakai tudung 2 lapis dan baju 2 lapis. bertemu dan bersenyum dan bersahabat selama setahun. dan kini perhubungan itu sudah menjangkau tahun ke 5.

jika seorang kanak-kanak usia 5 tahun sudah boleh menguruskan diri sendiri, bersosial dengan kawan dan masuk tadika-sudah advance. jadinya persahabatan 5 tahun sudah  boleh matang bukan?

mereka buah hati saya. tersimpan kukuh diingatan saya. dan kami sekarang berhubungan jarak jauh. sesekali sms, sesekali emel, sesekali fb, sesekali telefon, sesekali jumpa di program.

Being KMNSian

disitu saya mendalami ilmu-bilologi , matematik, kimis, bahasa inggeris
disitu saya mengenal dan berkenalan- rakan sepraktikum, rakan seJPP, rakan sebilik, rakan sesurau, rakan se-blok
disitu saya ditempatkan bersama berlainan gender-almaklum sekolah menengah di sekolah perempuan.
disitu saya berkenalan dengan kawan cina dan india
disitu saya melatih skill kepimpinan-pertama dan terakhir bertanding sebagai calon pilihanraya
disitu medan dakwah saya yang baru-ketika itu-

culture shock?
alhamdulillah, saya mampu menanganinya dengan kekuatan dari sahabat-sahabat kepada saya. eheh. mereka bagi super saiya dekat saya. :)

sebenarnya, suasana adalah faktor paling minor untuk mengubah seseorang sekiranya KEIMANAN menjadi faktor major kekuatannya.

saya membina IMAN bersama sahabat-sahabat. saya tidak melakukannya seorang-seorang. saya memang lemah tapi ada yang mengingatkan, ada yang memegang tangan memimpin saya untuk berdiri , berjalan dan berlari. ada yang menadah tangan untuk sahabatnya nan seorang ini. ada yang memeluk saya meminjamkan kekuatan, ada yang menadah telinganya mendengar celoteh saya. ada yang berkata-kata manis membuang rajuk saya.

once KMNSian always KMNSian

sehingga sekarang saya masih lagi mahu berbakti buat KMNS baik secara langsung atau tidak. jika sempat , saya menjadi fasilitator minggu orientasi.

di KMNS hanya 10 bulan. tapi impaknya jauh kedalam. dan rindu tidak pernah padam terutama bersama MEREKA.

dan kelak nanti, UITM bakal menjadi 1 lagi memori dalam lipatan sejarah hidup hamba ALLAH ini.

semoga ALLAH memberkati BUMI KMNS.

Wednesday, March 21, 2012

DARI KAKAK

bismillahi walhamdulillah

adik kakak, tahniah 5A5B

mumtaz untuk STAM ye insya ALLAH.

...

my big bro,

will be STAM candidate this year. cita-cita ke bumi urdhun. moga ALLAH mudahkan.

:)

mabruuk

bismillahi walhamdulliah

senyum lebar ke telinga
hati gembira tak terkata
melihat mereka bersatu di hari bahagia.

sungguh saya melihat ketengangan dan kebahagiaan pada mereka yang menjaga perhubungan sehingga 'akad.

hari bahagia mereka, diri sendiri pun sangat gembira.

cik puan hidayah roselan dan encik rizal
cik puan azimah ismail dan encik izuan
cik puan shafidah dan encik hafiz
cik puan umairah esa dan encik anas rosedi

juga buat yang bakal menyambut cahaya mata pertama,

puan sakinah dan encik farid
puan syafi'ah dan encik aly

dan ramai lagi sebenarnya..

baitul muslim itu berbeza, matlamatnya untuk REDHA ALLAH, jalannya berlandaskan sunnah RASULULLAH. hati dijaga dari khilaf-khilaf maksiat dan dosa. pergaulan sihat dan ikhtilat sifar.
SABAR adalah kuncinya. syariat menjadi pembatasnya.

suami/isteri yang dinikahi itu adalah pinjaman tak ternilai dari ALLAH. itu dijaga dengan amanah. di didik dengan mujahadah.

berdua lebih baik, agar langkah lebih kedepan, maju setapak seiringan, juga agar bisa lebih kuat.

^______________^

baitul muslim itu antara tangga-tangga menuju ke JANNAH. =). keputusan yang bukan mainan, memerlukan kematangan dan kedewasaan.

baitul muslim itu bukan sekadar percintaan , tetapi pengurusan dalam kehidupan.

nah!

baitul muslim itu indah.

SUBHANALLAH.

~

mabruuk buat kamu-kamu.










Friday, March 16, 2012

SATURDAY REMINDER


I LOVE TO PLAY WITH COLORS, CRAFT AND ART :)

i am still on my pediatric clinical. 

i am good, same old alhamdulillah

~
May Allah Bless