Wednesday, April 29, 2009

Labibah Ahmad

Ustaz Zainudin Hashim Tue Apr 28, 09 7:00:57 pm MYT
Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.



Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.
Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.
Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.
Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun
Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.
Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.
Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.
Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.
Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.
Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.
Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah
Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.
Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta. - lanh
Sumber: www.ikhwanonline.com, http://ar.wikipedia.org _
p/s:teringat dekat k.bah...da lam tak jumpa...bila nak gi induk nih??

kenape tak suka..

assalamu'alaikum warahmatullah..

bercakap dari pengalaman sendiri..
respon kepada adikku humairah..kat shout box tuh..
nti tamrin??? huhuhu..
tak dinafikan ada yang suke ke tamrin...ada yang tak suka.
takpa2

MyEm0.Com



tamrin tu ape??
perkataan bahasa arab yang dimelayukan..bermaksud = latihan,,,
program kerohanian & keagamaan yang diisi dengan ceramah-ceramah & modul bermanfaat..




hati ini telah jatuh cinta pada tamrin..sejak tingkatan satu...


sehingga sekarang....


rindu pada sekolah menengah dimana ana diberi latihan ataupun memberi latihan buat adik-adik...




disitu kukenal sahabat..


mengorbankan masa bersama-sama merancang program...


bersengkang mata bersama menyiapkan barang-barang,,


menangis bersama,,,berqiamullail bersama..




sehingga kini adik2 junior yang menyambung tugas kakak2nya yang telah menyambung pengajian diluar ataupun didalam negara,,,sering bertanya..


antara sms yang ana terima.."kak saidah bila nak balik""


hati dipagut rindu...lambaian ketenangan bumi maahad dan syamsul maarif..


wajah kiut miut adik-adikku,,,

jawatankuasa kem bina sahsiah 07


tamrin BEST!!!
foto ini foto lama...
almaklum..ana tak punya kamera dan tak mengambil gambar dari sahabat2 lain...
wahai diriku,,sahabatku,,kakakku juga adikku...
kita pewaris rantai-rantai perjuangan,,
yang memerlukan pengorbanan, ketabahan, kesabaran,,
sehingga ISLAM,,,tinggi dijulang..
Sesungguhnya Engkau tahubahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
MySpace


Monday, April 27, 2009

pagi yang damai

MyEm0.com

bertemu kembali~~

~~imtihan: 5 paper telah berlalu~~

hubungan etnik

anatomy & physiology

occupational therapy assessment in orthopedic & surgical condition

occupational therapy intervention in orthopedic & surgical condition

neuropsychology...

MyEm0.Com

soalan2 agak mencabar jugak....

apapun yang penting BERUSAHA!!!!

Saturday, April 18, 2009

keluargaku keluarga BESAR

alhamdulillah..
pagi ahad yang damai..
matahari belum keluar lagi..
usai solat subuh berjemaah bersama k.maziah roomate tersayang..
(ekk...saidah,,,tak ngaji lagi ni...!!)

hari ini nak guna "saya"
ana=saya..mempunyai makna yang sama..

KELUARGA BESAR SAYA

saya anak sulung
da sorang adik perempuan
tapi ada 4 orang adik lelaki..
hero2 belaka

MySpace

tapi saban tahun keluarga saya semakin membesar,
rasanya sejak saya tingkatan 2,
sekarang ada kakak, abang,adik yang ramai..
alhamdulillah,
umat ISLAM itu bersaudara...
usrah mengikat kami dengan ukhuwwah islamiyyah,
tak seibu juga tak sebapa,
tapi kami adik beradik...

sahabat-sahabat seperjuangan,
bagaikan adik beradik,
perjuangan kita perjuangan yang sama
perjuangan kita perjuangan agama
perjuangan kita mengharap redhaNYA..
walaupun kita bukan insan sempurna
kita lemah lagi hina,
namun,
kita mahu kita Indah dimataNya

"Wahai orang-orang yang beriman..mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang labih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya" AS-SOFF ayat 10 & 11

JOM USRAH..MAHUKAH KAMU MENJADI ADIK-BERADIK SAYA???
MySpace

Tuesday, April 14, 2009

isteri kedua..???


Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?
serunaiklang_91
editor : everjihad
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Sumber : penditamuda.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

L.O.V.E+hubb+sayang+sarang hae+ai

assalamu'alaikum warahmatullah

frankly speaking, ana bukanlah pakar untuk bercakap tentang perkara ini...

manusia+pencipta...
cinta kepadaNya..
melebihi segalanya...
buktikan kita CINTA kepadaNya

manusia+manusia
bila bercakap dengan walaupun hanya melalui telefon,
rindu padanya amat membara,
mendengar tawariangnya,
bisa membuat ana tertawa,
celotanhya, bisa menghibur,,,
ana amat cinta padanya..
insan itu ummi
abah pula...
ketabahannya,
pegangannya,
lembut tetapi tegasnya,
membuak-buak rindu ana padanya...
ana juga cinta padanya...
adik-adikku..
darah yang mengalir adalah sama..
even jenis darah mungkin tidak serupa..
gene mu gene ku juga..
ana juga cinta pada mereka
sahabat,teman,kawan
dulu,kini,selamanya,,
ana sayang pada mereka...
muslimin???
no until akad
man+another creature
perlu juga sayang mereka..
senario lain
A menelefon "abangnya".....dari jam 5 ptg sehingga ke maghrib..solat..kemudian sambung b'gayut lagi...
B ym dengan "abangnya" menghantar gambar yang tidak bertudung..na'uzubullahi min zalik..
& banyak lagi...
berat dalam kepala....macam satu batu besar menghempap lepala...
inikah sayang yang ingin ditunjukkan..???
kawan+teman..
hari ini kita adalah anak
nanti kita adalah ummi,ibu.papa,walid
insya allah...bakal nenek & datuk...
peliharalah generasi ini...
the steps
fardhu muslim-baitul muslim-mujtama' muslim-daulah islamiyyah-khilafah islamiyyah
kita pada hari esok adalah kita pada hari ini
p/s:
tepuk dada tanya iman??
iman sihatkah??
hati pula macam mana??

Friday, April 10, 2009

aku ingin mencintaiMu

Aku Ingin Mencintai-MuMunsyid : EdCousticAlbum : Muhasabah Cinta
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Reff:
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cintaDalam do'a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU
ya Rabbi

Thursday, April 9, 2009

bukan yang terakhir..









tadi, jamuan kelas sempena peperiksaan diadakan..sederhana tetapi meriah...alhamdulillah...temanya..putih+pink+merah...

pagi tadi 5 jam dalam kelas anatomy and physiology (anp) 2 jam untuk presentation cranial nerve...3 jam lagi test...100 soalan mcq dlam ms 1 jam...dan da 2 test..maknanya 200 soalan 2 jam...yang tak sempat tanda 2 kosong la markah...=(

kecape-an yang amat..dengan malamnya, satu rumah bersengkang mata menyiapkan assignment & test& presentation...

kumpulan ana...present pasal accessory nerve 11

nerve (saraf ) ni adalah salah satu saraf didalam otak (brain)...innervate dekat 2 muscles which iare sternoclaidomastoid mucle & trapezius....lihat gambar





Wednesday, April 8, 2009

dari muslimah untuk muslimah =)







TAKBIR!!


ALFUN MABRUK

ni gambar sepupu ana time walimahnya bulan 2 lepas...
then insya allah bakal bergelar ibu bulan 11 nnt.
sape sangka... orang yang asyik berkongsi cerita dengan kita, gurau sama2..
minat sama.. da jadi milik orang..
sebenarnya da lama nak post p takda gamba,,
zawani+dr.abu zarr...alfun mabruk

Monday, April 6, 2009

rest

salam,alaik,,
nak k.i.v update blog... P blogwalking as usual..
saifulislam...iluvislam..gamisdaily..mahasiswakini..harakah.net..takkan ku lupokan untuk ditatap ..
MySpace
exam...21.4-12.5..
fasi matrix...dlm sminggu..
hjung bulan 5..back to hometown..
miss ummi abah...adik2..
adik2 maahad..syamsul maarif...=)

MySpace
sediakah diuji???

BUKIT GANTANG IS OURS...INSYA ALLAH..
TAKBIRRRRRRRRRR!!!!!!!
MySpace